Antara kelebihan hobi memancing ialah memiliki istilah tersendiri. Jadi, sebagai pemancing kita kenalah tahu maksud istilah-istilah berikut apabila dipertuturkan.
Air Besar (springtide)
Keadaan di mana paras air tertinggi pada permulaan bulan dan bulan penuh/mengambang.
Air surut jauh (neap tide)
Keadaan di mana paras pasang surut adalah rendah, 7 dan 21 bulan hijrah.
Batu ladung (lead)
Pemberat yang digunakan semasa memancing, selalunya dibuat daripada timah
Ads
Otai (old timer)
Orang lama yang hebat dan penuh ilmu dalam memancing.
Perambut kejutan (shockleader)
Perambut yang digunakan untuk menyerap tekanan mengejut daripada sambaran ikan.
Ads
Skodeng
Hanya memerhati tanpa berforum di laman web pancing.
Tali hantu (flourocarbon line)
Tali pancing yang halimunan, di mana ianya tidak kelihatan di dalam air.
Ads
Pancing layang (flyfishing)
Gaya pancingan menggunakan umpan layang.
Cincin (rod guide)
Cincin yang terdapat pada batang pancing untuk memudahkan tali melaluinya.
Rabut (terlepas , ikan terlepas )
Situasi di mana ikan yang dipancing terlucut dari mata kail ketika dalam pertarungan untuk didaratkan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Korang tak makan ikan patin ke? Rugi la… tapi admin pun tak makan juga. Lepas tengok khasiat ni semua rasa macam nak kena makan juga la.
Tinggi Kandungan Omega 3
Salah satu zat yang terkandung dalam ikan patin adalah omega 3. Omega 3 merupakan asid lemak yang sangat baik untuk tubuh terutama dalam masa pemulihan pasca pembedahan. Fungsi omega 3 sangatlah penting dalam menjaga daya tahan tubuh, mempercepat proses penyembuhan serta menjaga kestabilan sistem imun.
Meningkatkan Metabolisme Tubuh
Ikan patin dipercayai dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh kerana kandungan vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya. Ketika metabolisme tubuh bekerja optimal maka proses penyembuhan juga akan berlangsung lebih cepat. Jadi penting untuk selalu menjaga sistem metabolisme tubuh untuk bekerja secara optimal terutama ketika dalam masa penyembuhan.
Melancarkan Sistem Peredaran Darah
Kandungan mineral dan protein yang tinggi pada ikan patin dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah. Fungsi sel darah sangatlah penting dalam sistem tubuh iaitu membawa nutrisi dan oksigen ke seluruh bahagian sel. Dengan memastikan setiap sel mendapatkan cukup nutrisi dan oksigen, sel-sel yang belum sempurna akibat pembedahan dapat pulih dengan lebih cepat.
Mengatasi Stress
Dalam tempoh waktu pasca pembedahan boleh menyebabkan stress pada pesakit kerana selain rasa sakit yang mungkin masih terasa, pesakit pasca pembedahan juga terbatas untuk bergerak. Jadi tidak hairan jika mudah stress. Pengambilan ikan patin dapat membantu mengatasi stress akibat pasca pembedahan kerana ternyata menurut penelitian pesakit yang mengalami stress justru memerlukan masa penyembuhan yang relatif lebih lama.
Membantu Menghilangkan Parut Luka Pembedahan
Tidak hanya mempercepat proses penyembuhannya, pengambilan ikan patin setelah pembedahan juga ternyata dapat membantu menghilangkan bekas luka pembedahan yang biasanya cukup besar.
Meningkatkan Selera Makan
Ikan patin biasanya digunakan oleh ibu bapa tua untuk meningkatkan selera makan pada anak yang biasanya susah sekali makan. Hal yang sama juga biasanya dialami oleh pesakit pasca pembedahan yang biasanya seleramakan juga ikut menghilang padahal pengambilan makanan sihat sangat penting pada fasa ini.
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
Pasca pembedahan tubuh akan mudah sekali terserang penyakit karena sistem imun yang biasanya rendah. Perkara ini boleh menjadi serius ketika luka pembedahan terdedah terhadap infeksi. Pengambilan ikan patin dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh sehingga proses penyembuhan berjalan dengan lebih cepat dan optimal.
Sumber Tenaga
Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pesakit setelah pembedahan besar adalah tubuh lesu karena kekurangan tenaga. Kehilangan selera makan sehingga metabolisme tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik. Ikan patin yang dianggap efektif untuk meningkatkan selera makan serta mengurangkan stress ternyata juga kaya nutrisi yang mampu dijadikan sumber tenaga bagi para pesakit yang memerlukannya.
Tinggi Kandungan Protein
Sudah bukan rahsia lagi bahawa semua jenis ikan memang mengandung protein tinggi. Namun ada yang unik dari ikan patin iaitu protein yang terkandung dalam ikan patin merupakan jenis protein yang dikenal dengan sebutan albumin. Jenis protein yang juga ditemukan pada ikan keli dan ikan haruan. Jenis protein inilah yang menyumbangkan peranan besar dalam proses penyembuhan luka pasca pembedahan.
Masak singgang ala Terengganu merupakan menu resipi yang amat mudah untuk dihasilkan. Ia tidak memerlukan banyak bahan rempah ratus dan boleh dihasilkan di atas bot memancing sekiranya memperoleh ikan tersebut.
Bahan-Bahan
Ikan tenggiri
Kunyit hidup (sebesar ibu jari dan dihiris)
Serbuk kunyit
Lengkuas (sebesar ibu jari dan dihiris)
2 keping asam gelugor
Garam
Serbuk perisa
Cara penyediaan:
Masukkan ikan tenggiri (terutamanya bahagian kepala) ke dalam periuk.
Masukkan air sehingga isi ikan tenggelam semuanya.
Masukkan kunyit hidup, lengkuas dan asam gelugor. Hidupkan api dan masak sehingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan garam, bahan perisa dan sedikit serbuk kunyit untuk warna.
Kecilkan api dan biarkan ia mereneh kira-kira 5-10 minit atau isi ikan masak sepenuhnya.
Aku masih lagi terkenang pada satu kejadian aneh yang berlaku ketika aku, Mie, Faizal dan Zamree pergi memancing di sebuah ‘bonda’ (panggilan pada terusan kecil yang mengalir ke sawah bertujuan untuk mengairi kawasan sawah. Ia adalah dialek orang Minangkabau di kawasan Kuala Pilah).
Kami pergi memancing sebaik sahaja pulang dari kelas mengaji Tuan Haji Hamdan. Aku rasa waktunya dalam pukul 5.30 petang. Berbekalkan umpan cacing yang dimasukkan ke dalam tin susu yang kami sediakan sebelum itu, kami meredah semak belukar untuk mencari port memancing yang sesuai.
Kawasan itu memang sunyi. Hanya terdapat sebatang pokok ara yang tumbuh melangit dengan akarnya yang terjuntai. Nun di kejauhan, terbentang sawah padi sedang menghijau. Kalau diikutkan cerita nenek, kawasan di situ agak keras. Banyak peristiwa aneh dan misteri yang berlaku di situ terutamanya pada waktu senja dan tengah malam.
Namun pada kami, budak-budak lasak dan nakal yang baru berusia sembilan tahun, hanya keseronokan yang tergambar di fikiran. Apatah lagi apabila mengenangkan ikan keli masak lemak kuning yang dimasak kuahnya pekat-pekat atau ikan puyu gemuk goreng berlada. Itu semua menambahkan lagi semangat kami untuk meneruskan aktiviti memancing pada petang itu.
Memang rezeki kami agak murah pada petang itu. Selain port yang strategik, aku tidak tahu mengapa setiap kali kami melabuhkan joran batang buluh dengan berumpankan cacing tanah, ikan-ikan darat seperti keli, sepat dan haruan galak memakan umpan kami seolah-olah tidak memilih bulu.
Setiap 2-3 minit pasti kami akan menaikkan ikan yang agak besar. Ini membuatkan semangat kami tambah membara sehingga kami berempat seakan-akan berlumba untuk menaikkan ikan terbanyak. Dalam keasyikan memancing itu, aku dan kawan-kawan seakan terleka dengan perubahan cuaca yang berlaku. Hari sudah remang senja.
Kawasan sekitar mula di terpa dengan kegelapan malam namun keasyikan menaikkan ikan membuatkan kami berempat meneruskan aktiviti memancing tanpa rasa takut atau curiga. Di dalam kepala hanya satu yang kami fikirkan, mahu memancing seberapa banyak ikan untuk dibawa pulang.
Kami berempat bagaikan dirasuk tentang ikan yang dikail. Kami tidak kisah dengan baju yang sudah lencun dek peluh atau kawasan sekitar yang sudah semakin gelap. Kepenatan langsung tidak terasa hinggakan apabila telingaku mendengar laungan azan bertalu-talu dan tiba-tiba aku dan kawan-kawan bagaikan tersedar daripada mimpi panjang yang menakutkan.
Ketika itulah baru kami terpinga-pinga serta saling berpandangan sesama sendiri. Ikan yang ditangkap bagaikan tiada erti apabila kami dapati di sekitar kami adalah satu kawasan gelap yang sungguh asing pada pandangan mata.
Ketika itu, aku rasa bagai mahu menangis. Terkenang akan ibu, abah dan adik-adik di rumah. Aku tidak dapat mengagak waktu ketika itu. Mungkin pada firasatku baru pukul 7.30 malam. Suara azan berlaung lagi. Zamree dan Mie menjerit sekuat hati memanggil ‘Mak’. Aku pula perlahan-lahan membaca surah An Nas bersama ayat Qursi.
Aku cuba menenangkan diri dan membaca ayat-ayat itu di dalam hati. Tidak sampai sepuluh minit, kami ternampak suluhan lampu bersimpang siur di hadapan kami. Rupa-rupanya suluhan lampu-lampu itu datangnya dari sekumpulan pemuda kampung yang datang mencari kami berempat. Kami dipeluk dan dicium dalam keadaan kami terpinga-pinga kehairanan.
Tiba di rumah, barulah aku tahu kisah sebenar yang berlaku. Apabila kami tidak pulang sehingga jam 7.45 malam, abah mengambil keputusan untuk memberitahu Tok Empat Kampung tentang hal ini. Apatah lagi bila bapa Mie, Zamree dan Faizal memberitahu perkara yang sama. Operasi mencari bermula pada jam 8.00 malam. Dan kami hanya dijumpai pada jam satu pagi!
Semenjak hari itu, aku dan kawan-kawan tidak lagi berani keluar memancing di kawasan ‘bonda’ berkenaan. Aku tidak tahu mengapakah aku tidak terasa sudah duduk memancing sambil bertinggung di kawasan itu hampir tujuh jam lamanya. Namun, aku bersyukur, aku dan kawan-kawan selamat.
Memori ini walaupun sudah hampir 20 tahun berlalu, namun ia segar dalam ingatan kerana itulah kali terakhir aku memancing bersama rakan-rakan baik di kampung. Sesungguhnya, benarlah kata orang-orang tua dahulu, selain kita sebagai penghuni dunia, ada lagi makhluk Allah yang berkongsi bumi yang sama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...