Peranti Sistem Kedudukan Global (GPS) merupakan alat yang tepat mengira lokasi geografi dengan menerima maklumat daripada satelit GPS. Pada mulanya ia digunakan oleh tentera Amerika Syarikat, tetapi kini kebanyakan penerima berada di dalam kereta dan telefon pintar.

 

GPS adalah sistem navigasi berasaskan satelit yang terdiri daripada rangkaian 24 satelit ditempatkan ke orbit oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Dahulu penggunaan satelit hanya dikhususkan oleh tentera tetapi pada tahun 1980an penggunaan peranti GPS telah dibenarkan penggunaannya untuk orang awam memudahkan urusan seharian mereka.

 

Adakah ia berguna kepada nelayan dan pemancing? Jawapannya adalah YA. Kegunaan penentuan bagi lokasi lubuk ke lubuk yang terdapat di laut yang cukup terbentang luas boleh di tanda dengan alat ini.

 

 

IKLAN

Cara nelayan-nelayan terdahulu hanya menggunakan arah angin, awan dan penanda di laut mungkin kurang tepat ke lubuk yang ditandai menggunakan GPS. Teknologi ini telah lama diaplikasikan kepada nelayan tempatan yang telah banyak merubah taraf hidup nelayan dan mampu meneroka lubuk-lubuk yang ada di laut.

 

FUNGSI KEPADA PEMANCING

 

Fungsi GPS tidak terhad kepada laut sahaja bahkan hutan dan pergunungan juga ia boleh digunakan kerana ia menggunakan pancaran satelit. Bagi kaki pancing yang gemarkan keindahan alam semula jadi, penggunaan alat peranti ini mampu membawa pemancing meneroka lokasi-lokasi yang jauh dan sukar dijejaki orang lain.

Ia boleh dijadikan panduan perjalanan di hutan agar tidak sesat. Ia satu alternatif lain kepada penggunaan kompas yang memerlukan peta sebagai bahan rujukan.

 

 

Terdapat pelbagai jenis alat GPS di pasaran termasuklah peranti yang dimuatkan di dalam telefon mudah alih yang mampu membantu pemancing untuk sampai ke lubuk-lubuk yang berpotensi dengan mudah.

 

Setiap alat peranti ini mempunyai kelebihan masing-masing yang ditampilkan oleh pengeluar. Rujuk buku manual bagi mengetahui fungsi-fungsi yang boleh digunakan bagi mengesan kedudukan kita.

 

Bagi sebuah GPS, ia biasa didatangkan dengan bateri litium atau yang terdapat di kedai namun sebelum digunakan, pengguna dinasihatkan agar sentiasa memeriksa bateri agar dalam keadaan penuh dan mampu bertahan sepanjang trip berlangsung.

 

Jom join port baru di www.facebook.com/umpania101