Bot fiber atau bot aluminium mempunyai kelebihan tersendiri yang mana kedua dua jenis bot ini mempunyai daya apungan di atas air mengikut rekaan kapasiti tanggungan beban muatan sesebuah bot.
Maksud bebanan adalah bebanan kapasiti berat pemancing dan berat sesebuah enjin sangkut yang menjadi nadi penggerak kepada sesebuah bot. Berat kedua-dua elemen ini perlu diambil kira kerana berat yang berlebihan akan menjadi tekanan kepada bot apabila menampung berat dalam satu-satu masa.
Size bot yang sama 12 kaki panjang tetapi dijana enjin sangkut 9.9hp dan 15hp. Kedua dua kuasa kuda ini boleh digunakan mengikut kemampuan pemilik.
Kesesuaian di antara sampan dengan enjin sangkut perlu di titik beratkan kerana padanan yang sesuai banyak mempengaruhi soal keselamatan, penjimatan bahan bakar dan penjimatan masa.
Berkata soal keselamatan, adalah tidak wajar bagi fiber 10 kaki di sumbatkan enjin sangkut 30 kuasa kuda.
Padanan begini boleh mengundang risiko walaupun bot masih mampu timbul di permukaan air namun bebanan enjin seberat 50 hingga 60 kilogram dan ditambah lagi dengan penumpang maka tampungan beban bot akan melebihi kapasti sebenar.
Semakin besar kuasa kuda pada sesebuah enjin sangkut semakin laju lah menyusuri air. Namun padanan yang sesuai perlu diambil kira tentang keselamatan dan penjimatan minyak.
Kelajuan yang boleh dicapai dengan padanan sebegini boleh mengundang padah apabila throttle di pulas habis kerana ia mampu mencecah 15knot dan apa saja boleh berlaku dengan kelajuan sedemikian di laut, tasik atau sungai.
Kemalangan seperti bot terbalik atau terlanggar kayu akan menjadi lebih tinggi berbanding dengan kelajuan mengikut keperluan sebenar.
Pasangkan enjin sangkut pada kedudukan yang betul dan sekiranya enjin sangkut menggunakan tangki luar letakkan di tempat yang sesuai.
Ini adalah anggaran mengikut kesesuaian tampungan sesebuah bot dan janaan tenaga penggerak enjin sangkut dalam satu-satu masa. Contoh di atas boleh diguna pakai kerana kebiasaannya bot direka hanya untuk menampung berat mengikut kapasiti jisim yang telah dikira secara tepat.
Saiz bot yang biasa dijual di pasaran adalah standard namun kita boleh menempah mengikut kehendak dan kesesuaian penggunaannya.
Kiraan di atas adalah untuk rekreasi memancing dan bukan bertujuan untuk perlumbaan sukan air.
Ada pemilik bot memasang enjin sangkut melebihi kapasiti sebenar bot untuk tujuan tertentu namun bagi kaki pancing perkara pertama yang perlu diambil kira adalah keselamatan dan selebihnya barulah melihat aspek kelajuan sesebuah bot.
Kuasa tinggi yang ada pada enjin bot mampu memberi kepuasan kepada pemandunya dan pemancing lain untuk beralih dari satu lubuk ke satu lubuk.
Enjin yang lebih berkuasa tinggi bagi bot yang lebih besar.
Selain itu, padanan kuasa yang ada pada enjin tersebut mampu menolak bot menyusuri laluan mengikut kehendak pemandunya dengan lancar dan dapat menjimatkan bahan bakar.
Apungan mengikut kapasiti akan mengurangkan tekanan kepada bot untuk bergerak dan ini akan menjadikan perjalanan akan menjadi cepat dan lebih menjimatkan.
Pilihan bot sama ada V-hull atau muncung lunas juga perlu diambil kira bagi kestabilan, penjimatan minyak dan kesesuaian lapangan air padang pancing.
Size Bot Bilangan Penumpang Enjin
7 kaki 1 @ 2 orang 2.5HP – 3.3HP
10 kaki 2 – 3 orang 4HP – 10HP
12 kaki 2 – 3 orang 10hp – 15HP
13 kaki / 14 kaki 3 – 4 orang 15HP – 25HP
15 kaki 4 orang 30HP