Dalam memburu penghuni apungan (selain pecah periuk, ada spesies lain juga menghuni apungan besar), teknik menghanyut umpan dan melontar perlu dilakukan sehampir mungkin ke apungan tersebut.
Perambut
Perambut sepanjang setengah depa menggunakan perambut kabel ataupun tali mono 60 paun boleh dipraktikkan dalam memburu spesies ini. Setting kasar ini penting bagi memastikan dapat menarik mangsa keluar dari halangan apungan.
Ads
Umpan
Umpan sotong atau hirisan kembung sangat sesuai digunakan untuk menjerat mangsa yang kebiasaannya mencari makanan di sekitar apungan yang hanyut. Spesies pelagik ini pada kebiasaannya akan melarikan umpan antara dasar dan permukaan air.
Ads
Set pancing
Set pancing yang digunakan juga tidak perlulah menjurus kepada set yang terlalu berat kerana, aksi tarikannya memang dinantikan pemancing. Cuma perlu seimbang agar dapat merasai keseronokan sebenar melayan penghuni ini.
Ads
Bulu itik
Secara amnya, ikan pecah periuk akan menjamah apa jua umpan yang dilontarkan berhampiran kumpulan mereka.Selain hirisan kembung dan sotong, batu ladung yang diikat bulu itik juga mendapat sambutan dan tidak keterlaluan jika saya katakan spesies ini mudah dipancing jika terkena lubuknya. Selain itu mikro jig dengan sotong getah juga boleh digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tidak dapat dinafikan kelah adalah spesies ikan yang teramat-amat sensitif dan sangat berhati-hati untuk memakan umpan. Banyak aspek yang perlu diambil kira jika ingin berjaya memancing ikan kelah.
Selain faktor persembahan umpan yang tepat, peralatan dan peka pada suasana persekitaran juga amat penting amat penting agar tidak menakutkan kelah agar memakan umpan. Sebarang kegiatan atau aktiviti yang mencurigakan akan menyebabkan kelah enggan untuk mendekati umpan, apatah lagi memakannya.
Peralatan pancing 100% sempurna
Penggunaan tali tangsi atau mono adalah satu KEMESTIAN. Dilarang sama sekali menggunakan tali braided. Tali tangsi pula sebaiknya tidak lebih dari 25lb. Warna tangsi sebaiknya warna jernih atau hijau atau warna yang sepadan dengan warna air di lubuk. Tali tangsi yang berdiameter kecil tetapi tahan lasak adalah pilihan terbaik.
Perambut sebaiknya dari jenis monofilament atau fluorocarbon yang bersifat halimunan. Tali perambut pula mestilah lebih kecil daripada tali utama. Sekiranya menggunakan tali utama 20lb maka tali perambut 15lb digunakan. Panjang perambut memandai satu kaki hingga dua kaki sahaja.
Elakkan dari menggunakan mata kail yang berkilat (stainless steel) seperti mata kail yang digunakan untuk jigging. Gunakan saja mata kail black nikel warna kelabu atau yang berwarna seperti warna merah. Saiz mata kail pula bergantung pada umpan dan perlu disembunyikan dalam umpan sepenuhnya.
Guna batu ladung seringan yang mungkin sepadan dengan arus dan umpan. Lontaran umpan pula sebaiknya umpama gerakan buah-buah hutan yang gugur ke air. Batu ladung yang besar sama sekali akan ‘membunuh’ aksi umpan.
Jangan buat perkara berikut!
Jangan berada rapat dengan gigi air terutamanya kawasan tebing yang tak berpokok. Sebaiknya berlindung agar tidak dapat dilihat secara terus dari kawasan lubuk. Sebab itulah ada yang mengatakan ia umpama perbuatan mengendap.
Jangan pakai baju yang terlalu terang terutamanya jika memancing pada waktu siang. Sebaiknya pakai pakaian yang tidak kontras dengan warna persekitaran. Tak semestinya pakai pakaian camouflage, memadai yang tidak terlalu menonjol warnanya.
Jangan terlalu bebas bergerak. Jika boleh duduk bersembunyi tanpa banyak melakukan pergerakan. Ia sesuatu yang amat merugikan tatkala kelah sedang menjenguk umpan, tatkala itulah kita melakukan pergerakan yang boleh menakutkan kelah yang sememangnya bersifat penakut.
Jangan mandi atau merendam kaki apatah lagi berkubang macam kerbau ke dalam sungai yang mana airnya itu kemudiannya mengalir ke lubuk atau port kita mancing. Kelah sensitif dengan kehadiran manusia.
Amalkan satu spot satu orang. Bila berbuat demikian ia akan dapat mengelak daripada berbuat bising seperti bercakap atau melakukan sesuatu yang boleh mengganggu bunyi persekitaran yang sebenarnya sekali gus boleh menakutkan ikan.
Bagi ikan jelawat baka ternakan dikatakan lebih mudah untuk menyambar umpan tiruan seperti sesudu mikro dan spinner. Spot yang paling baik bagi memancing jelawat ialah di sekitar kawasan air yang berarus dan aliran keluar masuk air seperi pertembungan anak sungai yang kecil, kawasan air sungai masuk dan keluar.
Oleh kerana spesies jelawat liar semakin sukar dipancing, pemancing digalakkan untuk mengamalkan konsep tangkap dan lepas bagi spesimen yang bersaiz kecil dan terlalu besar bagi memastikan spesies ikan ini dapat meneruskan kelangsungan hidupnya.
UMPAN DASAR
Umpan yang biasanya digunakan bagi memancing jelawat ialah cacing, ulat buluh, serangga kecil seperti cengkerik dan juga ikan kecil. Selain itu, sawit juga antara umpan popular bagi menjerat jelawat.
Antara cara penggunaan umpan sawit ialah dengan menggunakan perambut yang panjang dan teknik sawit sate iaitu sawit diracik nipis dan dicangkukkan pada mata kail sehingga ke perambut lebih kurang sejengkal. Selain itu anda boleh cuba gunakan teknik dengan cangkukkan 6-10 mata kail kecil pada sebiji atau 2 biji buah sawit.
Selain umpan di atas, anda boleh cuba gunakan ikan pin-pin sebagai umpan dengan mencangkukkan mata kail pada bahagian kepala ikan tersebut sebelum dimainkan dalam air dalam posisi melawan arus.
Bagi penggunaan umpan tiruan, anda boleh menggunakan sesudu mikro atau spinner dan pasti lebih mencakup dengan padanan set ultralight. Selain itu, penggunaan dry fly dengan menggunakan teknik pancing layang juga berkesan dalam menjerat ikan ini.
Tahukah anda, gewang juga boleh digunakan untuk menjerat ikan ini, sama ada top water, selaman dalam atau minnow. Syaratnya, anda perlu ketahui ada jelawat di sana dan cubalah mainkan aksi gewang tersebut dengan perlahan dan senyap. Banyak rekod yang telah dibuat oleh kaki pancing menggunakan gewang, sama ada casting dari landbase, bot ataupun trolling.
Selain sesudu dan spinner kecil, anda boleh cuba menggunakan umpan soft plastic bagi memancing ikan ini. Cubalah pelbagai jenis warna berdasarkan spot atau lokasi pancing anda, mana tahu giliran anda untuk naikkan spesies ikan jelawat bersaiz besar. Baru namanya rezeki!
Teknik pancing bottom drift atau menotok sememangnya popular di perairan Selat Melaka. Di sini kami berikan sedikit taktik dan trik untuk berjaya ketika menotok.
Penggunaan kekili elektrik (bangla) sangat efektif di kawasan ini kerana kedalaman air sekitar 60 meter ke atas. Kekili manual boleh digunakan sekirinya memiliki tenaga mengarau yang konsisten kerana ada ketikanya tali pancing perlu dikarau secepat mungkin apabila sampan disedari berada di haluan kapal. Waktu ini, pasti hon kuat kedengaran dari kapal menandakan bot sudah hampir di haluannya.
Misi pertama ialah ikan demersal sebagai buruan utama seperti kerapu, jenahak, ibu gelama, gegerut dan kadangkala kaci serta tebal pipi. Perambut kekuatan 60 lb ke atas sepanjang 4 depa dengan tali utama 80 lb hingga 100 lb.
Ini berikutan jika tersangkut pada karang kebiasaannya perambut lebih kecil dari tali utama akan putus, dengan ini ladung terselamat daripada menjadi tukun.
Elakkan menggunakan kekili mendatar kerana ia lebih cepat meletihkan pemancing apabila disuruh karau setiap kali sampan ingin beredar ke lokasi lain.
Mata kail 5/0 jika mata tunggal atau 2 bentuk mata 3/0 digunakan mencangkuk seekor sotong kurita hidup.
Ladung biasanya saiz 24 agar ia terseret di dasar ketika berhanyut atau menotok. Kalau umpan hanyut jauh ke atas dari dasar peluang sentapan adalah tipis kecuali di kawasan yang adanya ikan pertengahan seperti GT, talang dan haruan tasik.
Joran pula perlu dipastikan kuat dan diikat kemas pada sampan kerana banyak sentapan ikan adalah dengan mengejut. Beberapa kes joran tercampak kerap juga berlaku gara-gara pemancing leka menjaga dan mengikat joran.
Umpan selain sotong kurita, udang lipan, pelaling mati, hirisan cabut, belanak, ikan tembakul, anak gelama da udang kertas boleh digunakan. Jika berhanyut pada malam hari sotong cumit adalah umpan nombor 1!
Sambil itu jika membawa sonar, sentiasa perhatikan tahap kedalaman air kerna ia berbeza di setiap kawasan. Bermula dari 30 meter hingga menjunam 70 meter.
Bila umpan masuk lubang dalam, hulurkan lagi tali pancing hingga ladung dikesan terhentak pada lantai dasar. Bila umpan terlepas jauh, ikan jarang mengejarnya. Begitu juga apabila kedalaman menaik, tali pancing perlu dikarau sedikit. Jika tidak ia amat mudah melekat apabila memasuki kawasan berkarang.
Ambil dalam masa sejam setiap kali berhanyut sebelum naik ke arah arus semula. GPS adalah perlu sebagai panduan wajib bagi mengetahui arah sampan hanyut serta membuat data simpanan setiap kali sentapan terjadi.
Jika sampan berhanyut ke arah utara maka ia menandakan air bergerak surut dan jika sampan hanyut ke arah Singapura ini menunjukkan air pasang.
Kecuali bila angin menolak sampan lebih kuat daripada arus. Ketika berhanyut sentiasa ingat darat adalah sebelah timur manakala sempadan Indonesia di sebelah Barat.
Jika mengantuk, jangan tidur serentak, ambil giliran sebab apa yang penting seorang perlu berjaga mengawasi sebarang pergerakan kapal dan sentapan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...