Seronceng biasanya melarikan umpan bertentangan dengan pemancing, memberikan daya perjuangan serta tarikan yang cukup memuaskan pada peringkat permulaan.

Saiz terbesar dilaporkan boleh mencapai kira-kira 3 kaki dan saya pernah melihat gambar seronceng seberat 8kg yang dipancing di Pulau Aur.

 

Saiz yang biasa ditemui sekitar 50cm sahaja. Melebihi dari 6kg dianggap bonus terutama untuk rekod tangkapan di Semenanjung. Jika terjumpa umpan pada waktu siang atau malam, seronceng jarang menyelinap di bawah karang seperti mana kerapu.

 

Ia akan berenang lari merentasi atau berlegar di kawasan karang terbabit berdekatan dengan dasar di mana perambut atau tali utama mudah bergeser dengan karang ketika bertarung. Barisan giginya tidak berupaya memutuskan perambut tangsi dengan mudah.

IKLAN

 

Seronceng pada dasarnya tidak memilih jenis umpan. Umpan hidup seperti selar, mahupun kembong kurang sesuai kerana faktor saiz seronceng itu sendiri.

Umpan yang paling berkesan ialah sotong sama ada hirisan sotong jarum, torak mahupun harimau, sotong cumit dan sotong kurita.

 

IKLAN

Sotong kurita lebih berkesan untuk kawasan yang mempunyai anak-anak ikan karang yang banyak kerana ia liat untuk dikutis oleh anak-anak ikan sebelum dijumpai oleh seronceng.

Selain sotong, hirisan ikan Selayang, ikan tamban sisik potong dan ketam serta udang boleh digunakan pada bila-bila masa.

 

IKLAN

Peralatan terutama jenis perambut bergantung kepada padang pancing, kedalaman air serta saiz peralatan yang dibawa.

Jika anda ingin memancing dengan lebih mudah iaitu mengelakkan perambut tersangkut pada karang, gunakan teknik apolo. Pastikan perambut untuk mengikat batu ladung dipanjangkan lagi dan gunakan tangsi halus supaya ia mudah putus apabila tersangkut.

 

Mengunakan tanduk adalah untuk memancing di air dalam (50 kaki ke atas) dan untuk melayan seronceng yang bersaiz besar lagi.

Kekuatan perambut tangsi disyorkan 50Ib atau 30Ib dengan dawai di hadapan sejengkal. Mata kail saya gemar yang kuat dan tajam seperti Gamakatsu 2/0 dan 4/0. Kuat agar ia mudah menusuk masuk ke dalam bahagian mulut seronceng yang keras.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI