Rasanya korang tentu pernah hadapi situasi di mana ikan yang dipancing di tengah laut, dinaikkan ke bot dalam keadaan terjegil biji mata atau tersembul pelampung atau belon di dalam mulut. Dalam istilah perikanan, kejadian itu dinamakan barotrauma.
Hampir kesemua ikan, terutamanya ikan demersal atau yang mendiami dasar lautan mempunyai organ swim bladder atau pundi renang (satu organ dipenuhi dengan gas yang mengawal keapungan ikan).
Walau bagaimana pun terdapat juga ikan yang tidak dibekal pundi renang sebagaimana ikan yu atau jerung.
Apabila ikan tersebut dibawa dari dasar ke permukaan air dengan pantas, pengurangan tekanan membuatkan gas dalam pundi renang itu mengembang yang menyebabkan ikan tersebut mengalami kecederaan dan tidak dapat kembali ke dasar dengan sendiri.
Tidak semua ikan mengalami barotrauma, ikan jenis pelagik tidak mengalami barotrauma yang teruk kerana ia lebih berdaya tahan berbanding ikan yang mendiami dasar.
Namun saya pernah melihat ikan talang yang dinaikkan dengan kepantasan melampau sehingga terkeluar belon!
Ads
Ikan yang mendiami perairan kurang 10meter dalam tidak mengalami kesan kecederaan yang teruk dan masih boleh hidup jika dilepaskan segera.
Antara symptom barotrauma ialah tisu umpama belon atau pelampung tertolak keluar dari mulut, mata membengkak dan terjojol keluar dan bahagian perut mengembang dan tegang.
Berikut adalah amalan yang boleh diamalkan bagi pemancing yang memancing lebih dari kedalaman 10meter bagi mengurangkan kesan barotrauma ke atas ikan dengan cara
mengarau ikan dengan perlahan atau menghentikan menghentikan seketika karauan dapat mengelakkan barotrauma yang serius.
Ads
Namun, rawatan yang paling berkesan untuk mengatasi barotrauma adalah pencegahan.
Sebaik saja anda menangkap ikan mencukupi keperluan atau mencapai had simpanan, berhenti memancing atau tukar lokasi memancing dengan mensasarkan ikan selain dari ikan dasar.
Bagaimana cara untuk melepaskan ikan tangkapan yang mengalami barotrauma?
Jangan memecahkan perut ikan yang mengembang akibat barotrauma kerana ia akan memburukkan lagi keadaan di mana menyebabkan Ikan akan mati.
Ads
Cara yang terbaik utk melepaskan ikan yang mengalami barotrauma adalah mengembalikan tekanan gas di dalam pundi renangnya ke dalam tekanan normal.
Caranya ialah dengan membawa ikan itu kembali ke dasar degan segera. Melepaskan ikan di permukaan air tidak akan membantu kerana ikan tersebut tidak dapat kembali ke dasar dengan sendiri.
Di negara barat kesedaran tentang barotrauma sudah lama diberi pendedahan kepada pemancing. Amalan melepaskan ikan yang mengalami barotrauma ada cara tersendiri.
Mereka mencipta alat seperti decompression device yang membolehkan ikan kembali ke dasar dengan segera dan boleh terus hidup seperti biasa.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Apa saja jenis umpan perisa yang ada di pasaran memiliki kelebihan tersendiri. Ia boleh digunakan terus bersama bahan utama umpan seperti roti, dedak atau pelet. Namun untuk paduan yang lebih padu, ia perlu diolah dengan bahan lain.
Di sini saya berkongsi cara saya menyediakan umpan pelet yang diolah bersama perisa Papa Paste dan beberapa bahan lain yang terbukti berkesan menewaskan ikan patin. Bahan umpan lain yang perlu digunakan juga tidak sukar untuk dicari.
Kalau korang teringin nak buat umpan ini pastikan ikuti tutorial yang disediakan ini.
Tutorial 1
Masukkan ke dalam bekas bekas bancuhan umpan 2 kg pelet 558 dan 400 gm pelet 920 bersaiz besar.
Tutorial 2
Masukkan air kelapa tua masam 1 liter dan biarkan ia menyerap pada pelet lebih kurang satu jam.
Tutorial 3
Masukkan kelapa parut dan gaul hingga sebati. Biarkan campuran ini lebih kurang setengah jam.
Tutorial 4
Masukkan Papa Paste Strawberry Kongkang 150 ml, Strawberry Papa Paste 30ml, Papa Paste Nangka 60ml. Gaulkan hingga sebati. Biarkan setengah jam. Kemudian leraikan pelet dan masukkan pulak Papa Paste Frambozen 2 tudung botol.
Biarkan sejam. Kemudian masukkan ke dalam plastik dan peram semalaman.
Apabila hendak digunakan di kolam pancing, tambah 3 penutup botol Papa Paste Papazola bertujuan untuk menaikkan lagi aroma pemikat. Selamat mencuba!
Sebelum ini penulis pernah terlibat dalam bidang event management pertandingan memancing.
Banyak pengalaman dan cabaran yang penulis lalui dan tempuhi.
Daripada kes-kes penipuan ikan hinggalah ke krisis ketidakpercayaan pemancing terhadap penganjuran yang kami lakukan semuanya telah penulis rasai.
Tetapi antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah apabila berdepan dengan satu situasi yang mana pemancing yang sama sering menjuarai pertandingan yang dianjurkan.
Kalau hendak diikutkan, situasi sebegini memang tidak sedikit pun memberi kesan terhadap pertandingan memancing yang kami anjurkan.
Tetapi ia menjadi semakin serius apabila timbul persoalan demi persoalan daripada rakan pemancing yang mula meragui kejayaan yang diperoleh pemancing tersebut.
Dari situ, mulalah keluar fitnah dan pada masa yang sama khabar angin mula bertebaran bahawa pemancing berkenaan menggunakan bomoh, jin, hantu laut, tangkal dan sebagainya untuk membantu beliau menjuarai pertandingan.
Daripada satu isu kecil ia mula menjadi besar dan dari situ ramai yang mula hilang kepercayaan terhadap pertandingan memancing dan sedikit sebanyak ia memberi kesan kepada kami, penganjur pertandingan pada masa itu.
Hairan juga penulis dengan sikap segelintir pemancing kita yang begitu cepat jatuh hukum dan mengeluarkan fitnah yang entah apa-apa.
Bagi penulis sendiri, isu-isu berkaitan guna tangkal, jin, hantu laut ini langsung tidak pernah penulis hiraukan apatah lagi untuk dipercayai.
Jika benarlah menggunakan perkara-perkara tahyul mampu untuk memperoleh kejayaan, pastinya sudah ramai yang bersenang-lenang dan hidup mewah di dalam dunia ni.
TANGKAL – JAMPI – JIN
Penulis tertarik untuk membincangkan tentang isu ini apabila melihat beberapa komen dan status yang dimuat naik oleh rakan pemancing di laman sosial terhadap perkara ini.
Ada yang mempersoalkan bagaimana pemancing yang sama mampu menyapu bersih kedudukan hadiah dalam sebuah pertandingan memancing.
Yang paling menarik nama pemancing dari Pantai Timur yang terpalit dengan kontroversi sebegini.
Kononnya pemancing Pantai Timur bertanding secara tidak sihat bila menggunakan khidmat jin, hantu ataupun tangkal ini.
Jika sebelum ini nama pemancing dari Indonesia yang menetap di Malaysia sering dikaitkan dengan perkara-perkara sebegini bila sering memenangi pertandingan memancing air
tawar yang dianjurkan di sekitar Lembah Klang, kini nama pemancing Pantai Timur pula menerima nasib yang serupa.
Menariknya bila melihat komen, ramai yang seolah-olah begitu mempercayai penggunaan tangkal, hantu dan jin ini untuk memenangi pertandingan memancing hinggakan ada yang bertanya bagaimana hendak mendapatkan khidmat perkara-perkara tahyul ini.
Hairan kan? Seolah-olah mereka dengan sewenang-wenangnya menidakkan rezeki yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita, malah ada pula yang berniat menyekutukannya.
Pada hemat peribadi penulis, isu tahyul seperti guna tangkal, jin, hantu laut untuk menang sesebuah pertandingan memancing ini tidak seharusnya kita percaya.
Semuanya bergantung pada rezeki yang diturunkan kepada kita. Jika acap kali kita tewas di dalam pertandingan memancing, janganlah cepat berputus asa.
Cuba dapatkan seberapa banyak ilmu daripada mereka yang berpengalaman dan sering menjuarai pertandingan memancing sebagai salah satu usaha kita untuk memperoleh kejayaan.
Selebihnya ia tetap terletak pada rezeki masing-masing. Janganlah akibat rasa cemburu, iri hati dan sebagainya kita mengeluarkan dalil-dalil fitnah yang secara tak langsung mampu
menguris hati sesetengah pihak dan pada masa yang sama ia mampu memesongkan akidah kita sendiri.
Apa kata netizen:
HANAFI NAFI
“Tu semua karut-marut. Sebagai pemancing tegar akan tau cara-cara hendak memancing. Ikan apa yang hendak dipancing, umpan apa yang hendak dipasang.
Kena dengan cara dan teknik yang betul akan membuahkan hasil. Dan rezeki itu datang dari Allah.
Saya pun pernah menang dalam pertandingan memancing tapi tak ada jampi serapah apa-apa pun. Hanya joran, umpan saja yang dibawa.”
FAIZAL PEJE
“Pernah nampak masa game ada sebatang rod diikat kain kuning tapi bangau le jugak. Huhu. Paling utama adalah rezeki.
Pakailah Shimano Stella sekalipun kalau takde rezeki ikan dah naik atas darat pun boleh terjun balik.”
MOHD SAIFUL NIZAM
“Aku tengok game Seri Bayu takde orang yang sama menang pun. Skill dan rezeki penentu.
Tapi kalau orang yang sama asyik dapat ikan tu aku percaya, sebab umpan dan teknik dia berkesan, bukan sebab hantu belaan.”
PAHLAWAN PADANG PASIR
“Sihir, Jin dan Syaitan itu perkara yang haq akan wujudnya. Dalil al-Qur’an mengenai wujudnya sihir; Surah Al- Baqarah ayat 102, Surah Yunus ayat 77, 81 dan 82 serta banyak lagi dalam Surah Taha, Surah al-A’raaf dan lain-lain.
Tidak mustahil ada penggunaan ilmu hitam dalam pertandingan memancing yang berprestij, lantaran semua pemancing (lagi-lagi pemancing tegar) tahu hadiah yang menjadi habuan bagi kejuaraan kejuaraan ini amat lumayan.
Memang dikalangan komuniti pemancing akan wujud golongan-golongan yang tamak dan tidak akan teragak-agak menggunakan pendekatan ilmu hitam ini sebagai jalan singkatnya. Wallahu’alam.”
MAHYUDIHISHAM MOHDSAID
“Untuk pemancing yang sudah biasa masuk game semua sedar ia berkaitan teknik, fokus dan kesungguhan.
Tuduhan pakai jin dan hantu ni biasanya keluar dari mulut kalangan pemancing yang tak berminat masuk game.
Mereka tak faham dan tahu situasi sebenar pertandingan. Sebilangan kecil sahaja bukan semua.”
SAFARI
“Memang betul asyik orang yang sama je jadi juara. Tak pasti dia orang manderam ke tidak.
Tapi sepanjang saya mengikuti XTVT ni, bermacam cara digunakan, petua dan amalan-amalan tertentu diamalkan. Terpulang pada seseorang tu utk mengamalkan yang putih atau hitam. Tepuk dada tanya iman.
Orang-orang yang handal dalam mencari rezeki di air pun kecundang bila masuk bertanding. Tak tau kenapa. Paling senang jawapannya belum rezeki.
Pada saya berusaha dan bertawakal. Berusaha menyediakan peralatan perang yang terbaik dengan umpan yang terpilih, bertawakal, berdoa dan berserah kepada Allah.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...