Ikatan jenis ini sangat berguna sekiranya anda menggunakan tali utama atau perambut halus kurang dari 10lb. Saya sendiri biasa menggunakan ikatan ini ketika baru belajar memancing dulu.
STEP 1
Lipat kira-kira sejengkal hujung tali utama atau tali perambut (tak perlu terlalu panjang tetapi jangan terlalu pendek.
STEP 2
Kemudian buatkan satu simpulan biasa dengan bahagian U tali menjadi hujungnya.
Ads
STEP 3
Buatkan satu lagi simpulan yang sama atau lebih. Pastikan simpulan dilakukan sekurang-kurangnya dua kali.
STEP 4
Tarik bahagian hujung tali (U) dan pastikan simpulan yang terhasil tidak bertindan. Pastikan ikatan simpulan yang terhasil cukup ketat. Simpulan ini sudah siap dan boleh digunakan terus atau boleh disambungkan dengan swivel atau mata kail.
Ads
(Ini merupakan contoh bagaimana ia boleh digunakan untuk menghubungkannya dengan swivel) Masukkan gelung simpulan yang terhasil ke dalam lubang cincin swivel / mata kail bercincin.
STEP 5
Kemudian masukkan pula bahagian atas swivel ke dalam gelung simpulan (bukannya simpulan ke dalam lubang cincin swivel).
Ads
STEP 6
Tarik atau lurutkan gelung hingga melepasi swivel sepenuhnya. Elakkan dari menarik ketat sebelum gelung melepasi swivel sepenuhnya.
STEP 7
Sambungan peralatan terminal yang sempurna. Ia sangat ringkas tetapi amat kukuh menahan rintangan ketika memancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bagi peminat jigging, aplikasi teknik ini sememangnya memerlukan peralatan yang tinggi kosnya. Selain harga jig itu sendiri mahal, perlu juga menyediakan assist hooks. Ia memang ada dijual, tetapi harganya juga mahal, walhal ia sebenarnya begitu mudah dibuat sendiri. Tambahan pula, aksesorinya banyak dijual.
Terdapat banyak cara, orang membuat assist hooks. Tetapi di sini saya memilih untuk berkongsi cara membuat assist hooks yang paling mudah dan pantas. Cara ini amat sesuai digunakan oleh pemancing yang masih beginner ataupun yang sedang mencuba-cuba belajar teknik jigging.
Bahan Keperluan:
Tali sulam 80 lb
Mata kail octopus
Split ring saiz 4-5
Shrink tube
Cara Menghasilkannya:
Langkah 1
Panjangnya tali dan saiz mata kail terpulang kepada bergantung mengikut kesesuaian jig & mata kail. Jika tali tersebut tidak cukup tebal. Gandakan tali tersebut sehingga yakin tali tersebut benar-benar telah kuat. Seperti gambar di bawah, saya menggandakan tali berkekuatan 80lb kepada 2 kali. Ini bermakna tali yang digunakan ini akan mempunyai kekuatan 160lb.
Langkah 2
Masukkan split ring di tengah-tengahtali tersebut dan simpulkan pada satu arah.
Langkah 3
Kemudian masukkan shrink tube danikat pada mata kail seperti gambar dibawah.
Panaskan shrink tube dengan lighter dan jig kevlar tersebut boleh digunakan bersama jig besi serta merta.
Cara ini juga boleh digunakanjika anda mempunyai tali kevlar yang dikhaskan untuk jigging.
Langkah 4
Mudah bukan. Kurang 5 minit untukmenyediakan assist hooks.
(Tulisan : Dr. Izharuddin Kamaruddin (Ph.D. Recreational Fisheries, University of Florida)
Kebanyakan pemancing rekreasi mengetahui tentang tindakan `tangkap-dan-lepas’ (catch-and-release) iaitu tindakan melepaskan semula ikan yang dipancing ke dalam perairan.
Akan tetapi tindakan ini jarang sekali dilakukan oleh kebanyakan pemancing. Mungkin mereka menganggap tindakan ‘tangkap-dan-lepas’ merugikan.
Ini kerana ikan yang ditangkap sepatutnya dijadikan ganjaran kepada segala penat lelah, wang ringgit dan masa yang telah dilaburkan untuk keluar memancing.
Tambahan pula, keluarga dan rakan-rakan akan menganggap tindakan melepaskan semula ikan yang dipancing sebagai ‘kerja gila’.
Tidak dinafikan, memang hak pemancing untuk ‘tangkap-dan-simpan’, dan bukannya ‘tangkap-dan-lepas’.
Memang hak pemancing untuk membawa balik kesemua hasil tangkapan ke rumah, bagi mengimbangi ‘kos’ yang telah dilaburkan.
Selain itu, pengorbanan meninggalkan isteri dan anak-anak juga harus dibayar dengan hasil tangkapan iaitu ikan.
Akan tetapi, apakah kesan sekiranya tindakan ‘tangkap-dan-lepas’ tidak diamalkan?
Apakah kesan kepada sumber perikanan semula jadi, seperti di tasik, sungai, atau laut? Apakah kesan jangka panjang yang akan kita semua hadapi?
Banyak kajian di negara maju mendapati bahawa aktiviti memancing memberikan kesan negatif kepada sumber perikanan di perairan semula jadi.
Perbuatan membawa balik kesemua ikan yang ditangkap boleh mengakibatkan jumlah ikan di perairan semula jadi semakin berkurangan – malah berkemungkinan pupus.
Di Malaysia, dianggarkan terdapat lebih dua juta orang pemancing rekreasi, dan jumlah ini melebihi jumlah nelayan komersial.
Andaikan setiap pemancing membawa balik seekor ikan, ini bermakna ikan yang telah dibawa balik oleh pemancing adalah sebanyak dua juta ekor.
Bagaimana pula kalau seorang pemancing membawa balik 10 ekor ikan atau lebih? dan memancing hampir setiap minggu?
Bayangkan umpama duit di dalam akaun simpanan, sekiranya diambil tanpa kawalan, kesemuanya akan lenyap tanpa kita sedari. Perkara ini amat membimbangkan!
Oleh itu, golongan pemancing di seluruh dunia, terutamanya di negara maju, mengamalkan ‘tangkap-dan-lepas’.
Tindakan ‘tangkap-dan-lepas’ merupakan salah satu strategi pengurusan perikanan rekreasi (recreational fisheries management), bagi mengurangkan kesan negatif aktiviti memancing terhadap sumber perikanan.
Sebagai contoh, tindakan ‘tangkap-dan-lepas’ ikan bass mulut besar (large mouth bass) di Florida Amerika Syarikat, telah diamalkan oleh pemancing sejak tahun 1970-an lagi.
Kesannya pada hari ini, populasi ikan bass mulut besar semakin bertambah, dan menjadi sumber utama untuk pemancing mencari ‘kepuasan’ semasa memancing di tasik atau sungai di Florida.
Tidak hairanlah kelihatan di internet pemancing di Florida jarang sekali pulang dengan tangan kosong, malah ikan yang mereka tangkap kesemuanya besar-besar belaka.
Terbukti, tindakan ‘tangkap-dan-lepas’ dapat memberikan kesan positif kepada sumber perikanan di perairan semulajadi.
Jika tindakan ‘tangkap-dan-lepas’ dapat diamalkan oleh kita semua, iaitu pemancing di Malaysia, maka sumber perikanan di negara kita akan terus kekal dan terpelihara untuk anak-cucu kita di masa yang akan datang.
Oleh: Dr. Izharuddin Kamaruddin (Ph.D. Recreational Fisheries, University of Florida)
Satu soalan yang bagus. Sebenarnya tiada formula khusus untuk memilih saizmata kail untuk jig dan berapa panjang tali kevlar. Namun, untuk mengelakkan kegagalan fungsi mata kail mencangkuk ikan, saya amalkan satu formula sendiri.
Jika anda perhatikan, kebanyakan mata kail untuk jigging memiliki gap yang agak lebar. Tujuan adalah untuk meningkatkan prestasi strike. Sifirnya cukup mudah, gap atau lebar mata kail mestilah melebihi kelebaran saiz jig yang digunakan.
Sekiranya mata kail yang digunakan lebih kecil dari saiz lebar jig, kemungkinan mata kail tersebut tidak akan tercangkuk pada mulut ikan apabila ia menyambar jig, disebabkan terlindung oleh badan jig yang lebih lebar.
Sekiranya sudah membeli mata kail yang mana kelebaran lebih kecil berbanding badan jig, perkara ini masih boleh diatasi dengan menghasilkan assist hook berkembar (dua mata kail).
Assist hook berkembar ini banyak digunakan dalam teknik jigging perlahan berikutan kebanyakan jig yang digunakan bersaiz lebar.
Sementara panjang kevlar pula sebaiknya melebihi setengah dari panjang badan jig. Jika menggunakan dua mata kail (atas dan bawah) pula, pastikan kedua-dua mata kail tersebut tidak tercangkuk antara satu sama lain.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...