Air menyorong besar bermaksud, keadaan air mati yang mula berarus. Biasanya berlaku 3 hari sebelum air besar. Ketika ini ikan yang berada di kawasan zon pasang surut air mati mula aktif dan bergerak mengikut arus.
Ketinggian air pasang boleh dilihat meningkat sedikit demi sedikit. Kebiasaannya pada hari ketiga. Nelayan akan keluar menjaring untuk memburu spesies Ikan senangin yang mula bergerak bersama air pasang. Dalam erti kata lain, ketika ini jugalah pemancing perlu keluar untuk memancing senangin.
Ads
Air Besar
Air besar bermaksud keadaan di laut yang mana air pasang tinggi dan arus deras. Biasanya air bergerak bersama lumpur menyebabkan air menjadi keruh. Ia biasanya berlaku selama 7 hari sebelum air mengecil semula. Ketika ini air pasang akan menenggelamkan reba-reba kayu dan batu tebing di sekitar tebing muara. Ketika air mula tinggi spesies ikan tetanda dan gelama adalah spesies yang biasa menghuninya.
Kebanyakannya berlindung ketika arus di kawasan tengah terlalu laju. Kebanyakan spesies seperti ikan sembilang juga amat aktif ketika ini. Kawasan muara dan anak sungai ketika air mula masuk, adalah yang paling sesuai. Kebanyakan ikan pari kecil di bawah 2kg biasanya banyak terdapat di kawasan pantai yang cetek.
Ads
Air Mati
Air mati (tidak berarus) bermaksud, keadaan air begitu jernih dan sekiranya umpan dijatuhkan, arus tidak mampu menghanyutkan batu walaupun bersaiz kecil. Adakalanya umpan tanpa batu tidak akan hanyut.
Ads
Keadaan air seperti ini menyebabkan ikan kurang aktif. Hanya waktu air mula pasang atau air mula surut yang mempunyai arus sesuai untuk memancing. Ketika ini ikan buntal dan sesirat adalah yang paling banyak mengganggu.
Sekiranya hujan, suhu air bertambah sejuk dan ini memburukkan keadaan. Kebanyakan spot sesuai berada di laluan alu lebih ke tengah laut. Ketika ini, air jernih di kawasan anak sungai amat sesuai untuk teknik casting.
Umpan perumpun atau udang hidup sesuai untuk menjerat tetanda dan siakap yang bergerak ke dalam anak sungai.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Rempit cukup sinonim dengan kelajuan. Begitu juga sifat ikan patin yang mampu memecut laju seperti merempit. Namun tabiat ini tidak berlaku kepada semua patin. Dikatakan ikan-ikan patin dalam lingkungan berat 3 hingga 5 kilogram memiliki daya pecutan yang mengelirukan. Justeru itu ikan-ikan patin dalam saiz begini dilabel sebagai patin rempit.
Patin Selipar
Patin selipar bukanlah bermakna ikan patin memakai selipar atau diperbuat daripada getah atau isinya liat seperti selipar. Sebaliknya ia merujuk kepada ikan-ikan patin bersaiz kecil. Lazimnya ikan patin yang bersaiz kurang dari 2 kg di mana saiz-saiz ikan tersebut hampir menyamai saiz selipar. Ia bolehlah dianggap sebagai ikan pengacau kerana sering mendahului ikan-ikan lain bersaiz besar mengambil umpan.
Patin Aboh
Patin abah atau lebih banyak banyak disebut sebagai patin aboh bukanlah merujuk kepada status atau pangkat. Bukan juga bermaksud patin yang sudah melepasi zaman kematangan atau sudah menghasilkan baka. Sebaliknya ia lebih merujuk kepada saiz ikan yang besar. Lazimnya ikan patin bersaiz melebihi 7 atau 8 kilogram dipanggil patin aboh.
Patin Jackpot
Perkataan podium amat sinonim dengan pertandingan. Tetapi bukanlah bermakna patin podium merupakan patin yang pernah menjuarai pertandingan. Sebaliknya patin yang bakal atau mampu menduduki podium utama. Saiznya pula bergantung kepada purata patin terberat di sesuatu kolam. Sekiranya di kolam itu memiliki patin terberat melebihi 10 kg dan anda berjaya mendaratkan patin dalam radius saiz tersebut maka patin tersebut dianggap sebagai patin podium atau jackpot.
Patin Thai
Dalam sukan memancing juga ada pemain import sebagaimana liga bola sepak. Ia lazimnya merujuk kepada ikan-ikan patin yang dibawa masuk dari Thailand. Terdapat dua jenis patin import yang popular dan menjadi spesies tarikan kebanyakan kolam pancing air tawar iaitu patin Mekong dan patin Chaophraya. Kedua-duanya mampu membesar dan bertenaga mengatasi patin tempatan.
Masukkan sebungkus atau sekilogram dedak 929 ke dalam bekas bancuhan.
Langkah 2
Masukkan dua paket serbuk pandan dan dua paket serbuk pandan NS Power. Gaul dedak sehingga sebati.
Langkah 3
Masukkan pula lima penutup perisa pisang Original. Gaul dedak hingga sekata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul hingga memperoleh adunan yang sesuai.
Langkah 4
Biarkan umpan buat seketika dan sebelum digunakan masukkan lagi tiga penutup perisa pisang Original dan gaul hingga sebati.
Cara penggunaan umpan:
Langkah 1
Umpan ini boleh digunakan untuk teknik dasar atau apung. Jika dasar, gunakan perambut spring dua mata kail yang telah dicucuk gabus pada mata kail. Jika apung, sebaiknya gunakan perambut spring dua mata kail tanpa gabus.
Langkah 2
Kepal kira-kira satu genggam penuh dedak pada spring. Biarkan mata kail berada di luar dedak. Dan sekiranya memancing teknik apung, pastikan umpan tidak terlalu berderai sebagaimana memancing teknik dasar.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Sebaik sahaja banjir surut antara waktu yang ‘menjadi’ untuk casting. Julai hingga Oktober adalah waktu terbaik untuk berkunjung ke sini. Pastikan korang tidak terlepas waktu mencakop ini.
2-3 minggu selepas air surut. Yang mana mengkuang, kelecut, teratai, rasau serta lain-lain tumbuhan yang ditenggelami air akan layu dan mati. Situasi ini akan menyebabkan air menjadi masam. Ketika ini toman agak sukar membuka mulut.
Pencil antara gewang permukaan yang sesuai dimainkan. Ketika tasik tenang dan permukaan tasik seumpama cermin yang mana pergerakkan pencil dapat dikesan oleh sang toman dengan cepat. Awal pagi ketika angin belum berhembus serta lewat petang, pencil memang ‘laku’.
Apabila angin mula ‘mengocak’ permukaan tasik, para caster biasanya menggunakan gewang kekipas, popper, jump frog dan juga buzzbait.
SETTING POWER
Joran berkekuatan 7lb-14lb atau 10lb-20lb sudah dikira berbaloi untuk dibawa ketika berkunjung ke sini.
Kekili ratio tinggi sesuai kerana kebiasaannya gewang permukaan menjadi pilihan untuk casting di tasik ini. Manakala tali utama kebanyakan caster di sini menggunakan tali sulam 20lb-30lb.
Shock Leader sama ada yang biasa mahupun flourocarbon adalah penting mana kala kabel atau tali kevlar perlu diikat pada muncung gewang sebagai insuran.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...