DALAM KESERONOKAN MELAYAN TARIKAN IKAN-IKAN DI UNJAM, ADA KALANYA BERLAKU KES MATA APOLLO TERBELIT. AKIBATNYA ADA PEMANCING YANG BUANG SAHAJA DAN BUKA MATA APOLLO YANG BARU. SEBENARNYA ADA TIP MUDAH MENGELAKKAN DARI APOLLO KITA BERSIMPUL.
GUNAKAN BATU LADUNG BESAR
AIni supaya ketika di dalam air, sekiranya apollo kita mendapat ‘full house’, pergerakan ikan yang cuba untuk melepaskan diri dapat disekat oleh batu ladung yang besar. Sekiranya kita memakai batu ladung kecil, dengan mudah ikan akan cuba untuk melepaskan diri dengan berenang tak tentu arah dan ini akan menyebabkan apollo mudah bersimpul.
Ads
ELAKKAN MELETAKKAN DI ATAS LANTAI
Ads
Ads
Satu lagi tipnya ialah ketika kita menaikkan apollo ke atas bot, elakkan dari meletakkan keseluruhan apollo tersebut di atas lantai bot kerana pergerakan ikan dengan mudah akan membuatkan apollo bersimpul.
Satu lagi tipnya ialah, sentiasa tegangkan apollo dengan memastikan hanya batu ladung yang diletakkan di atas lantai bot dan apollo diangkat supaya tegang. Untuk lebih cepat, seeloknya sesi mengunjun apollo ini dilakukan berkumpulan 2 orang. Seorang mengunjun dan seorang lagi mencabut mata kail apollo dari mulut ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pancingan ikan tilapia di Malaysia bukanlah sesuatu yang asing di Malaysia. Malah, ia merupakan satu perkara yang pelik pula jika seorang pemancing berpengalaman mendakwa tidak pernah memancing tilapia sepanjang hayatnya.
Meskipun berstatus ikan pendatang, populasi ikan tilapia hari ini begitu berkembang biak sehingga hampir menguasai semua sumber perairan air tawar. Sekaligus menjadikan tilapia antara ikan yang paling banyak ditangkap termasuklah dengan penggunaan joran dan kekili.
Berikutan spesies tilapia dibawa masuk ke Malaysia sebagai ikan ternakan dan kebanyakannya diternak di bekas lombong, tasik dan kolam, ini menjadikan lokasi-lokasi tersebut sebagai spot utama bagi pancingan tilapia.
Pergilah ke mana-mana bekas lombong atau tasik-tasik kecil khususnya, pasti kelihatan kelibat pemancing sedang memancing tilapia. Malah, jangan terkejut apabila melihat ada pemancing yang memancing tilapia di longkang-longkang besar dan kolam tadahan kawasan perumahan.
Selaku ikan yang tidak dikategorikan sebagai ikan sukan, bukan juga ikan bersaiz besar, sebaliknya dipancing untuk dijadikan hidangan, pancingan tilapia lebih menjurus kepada pancingan santai.
Justeru untuk memancing tilapia tidak memerlukan peralatan pancing yang khusus. Hanya dengan peralatan asas anda sudah boleh memancing tilapia. Tetapi jika inginkan sedikit keseronokan, boleh menggunakan set peralatan ultra ringan.
Tilapia adalah ikan omnivora dan tidak cerewet memilih umpan. Cacing, anak udang atau dedak ayam merupakan antara umpan popular untuk memancingnya.
Namun tabiat makan tilapia yang gemar mengutis umpan sehingga mengosongkan mata sedikit sebanyak menghadirkan cabaran kepada pemancing. Walaupun mata kail kecil digunakan, ia masih mampu menghabiskan umpan dengan jayanya.
Kepandaian tilapia mencuri umpan ini secara tidak langsung membuka minda pemancing untuk memerangkapnya dengan kaedah pancingan alternatif.
Bagi pemancing yang benar-benar memancing tilapia sebagai sumber makanan, mereka akan menggunakan jaring mini yang disambungkan pada peralatan pancing.
Jaring mini yang dilengkapi dengan alat atau dawai spring bagi mendakap umpan seperti dedak ayam atau roti, akan memerangkap tilapia yang datang mengerumuni umpan.
Satu lagi teknik memancing tilapia yang agak popular suatu ketika dahulu dan masih diguna pakai sehingga kini ialah sembat. Sama ada menggunakan mata tiga yang dilengkapi pemberat atau mata kail cakar ayam, bancuhan dedak ayam dikepalkan kili bersaiz besar sebagai umpan.
Cara memancingnya hampir sama iaitu apabila tali pancing bergedik menandakan ada tilapia sedang mengutis umpan, joran akan disentap dengan kuat dengan harapan mata tiga atau perambut cakar ayam tersebut akan melanggar badan tilapia sekaligus memerangkapnya.
Semua tekong pasti mau melihat para pemancing aka pelanggan yang dibawanya untuk jigging memperoleh hasil yang lumayan. Tak ada tekong yang tersenyum puas melihat kesemua pelanggannya kumpau.
Atas sebab itulah para jigger perlu bijak mengorek ilmu atau tip daripada tekong. Walau bagaimana pun ada juga tekong yang sudi berkongsi tip & trik sebagaimana yang dikongsi oleh tekong Amy Anglers untuk jigging di perairan Penyabong ini.
⇒Tali utama (braided) diameter halus kurang 0.15mm (max 20lb lagi halus lagi baik, tapi jangan guna set ultralight).
Leader 15lb-20lb, 100% fluorocarbon (diameter <0.40mm). Lagi halus lagi bagus tapi jangan guna kurang dari 14lb, nanti buang ikan. Saya guna 15lb, 0.32mm diameter.
⇒Leader panjang 5 depa. Semua ahli kena buat panjang yang sama. Banyak sebab kenapa perlu 5 depa tapi tak perlulah dipersoalkan.
Pakai je 5 depa atau lebih sikit tapi jangan kurang dari 5 depa.
⇒Cara persembahan jig basic very slow jigging knock bottom. Senang cakap main ketuk-ketuk lantai kecuali kawasan karang tinggi.
Kalau tekong terlupa nak bagitau situasi dasar macam mana, jangan segan-segan bertanya. Jangan jig dah tersangkut karang baru nak bersuara.
⇒Assist hook jangan labuh sangat. Agak-agak je. Jika labuh sangat nanti peratus kena pipi atau faul hook luar mulut tinggi. Hook up akan jadi kurang solid sekaligus mudah rabut atau koyak.
⇒Jangan banyak buang masa. Kena all out. Kalau lambat bertindak atau terlalu santai sangat nanti mudah pulak mabuk laut. Korang jugak yang rugi nanti kalau terlepas peluang untuk strike monster.
⇒Rajin tukar jig kalau takde sambutan. Saiz jig 40-60g apa-apa jig yang ada gandingan warna hijau, silver, gold, oren. Jig murah ke… mahal ke… clone ke… semua boleh pakai. Takde istilah jig tahyul di perairan Penyabung dan Tioman ni.
⇒Yang ni pun penting jugak… jangan stress sangat. Rezeki bukan kita yang tentukan tapi usaha kena berpatutan. Dan jangan cepat serik! Sekali kumpau tak bermakna akan kumpau lagi… lagi dan lagi.
Memancing tanpa mata kail umpama memberi ikan makan. Memang tidak dinafikan mata kail merupakan keperluan penting walaupun ia bukanlah peralatan utama memancing.
Selain dari perlunya ada mata kail untuk memancing, anda juga seharusnya tahu bahagian-bahagian utama pada sebatang mata kail tersebut.
Cincin (eye hook)
Ia merupakan bahagian paling atas di mana ia menjadi bahagian utama untuk menghubungkannya dengan tali pancing dengan simpulan atau ikatan-ikatan mata kail. Namun tidak semua mata kail memiliki cincin, sesetengah mata kail bahagian cincin ini diratakan.
Batang teras (shank)
Bahagian yang menyambungkan mata ke bingkai mata kail. Setiap mata kail memiliki teras yang berlainan kepanjangannya dan bergantung kepada jenis aplikasi memancing. Sama ada terus panjang atau pendek, penghujungnya semakin cenderung untuk bengkok.
Lengkung (bend)
Lengkung atau selekoh di bahagian bawah mata kail yang terdiri daripada pelbagai gaya dan jurang. Bahagian ini adalah tulang belakang mata kail kerana jika diberi tekanan berlebihan akan melurus sekali gus bakal kehilangan ikan yang dipancing.
Jurang (gap)
Ia adalah jarak antara hujung bilah mata kail dan teras yang tercipta dari hasil panjangnya lengkung. Jarak jurang itu ditentukan berdasar pada umpan yang digunakan dan lebar rahang spesies sasaran. Untuk lebih jelas, untuk cangkokan sempurna ikan jenis berahang luas memerlukan jurang mata kail yang lebih luas.
Mata jarum (point)
Boleh dikatakan ia bahagian paling penting pada mata kail. Mata jarum yang kuat dan tajam adalah kritikal kerana ia adalah titik pertama di mana ia berhubung dengan ikan. Sekiranya ia gagal menembusi mulut ikan maka ia adalah kegagalan mutlak. Jadi, pastikan mata jarum ini sentiasa tajam.
Duri pandan (barbed)
Bahagian ini direka untuk memegang ikan yang dipancing apabila mata kail menembusi bahagian mulutnya. Bahagian ini juga menjadi bahagian paling ditakuti oleh pemancing sekiranya mata kail tertancap pada anggota badan sendiri.
Justeru bagi pengamal sukan memancing sejati, mereka akan mematahkan duri pandan atau menggunakan mata kail tanpa duri pandan kerana ia bersifat lebih adil dan mesra kepada pemancing dan juga ikan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...