Ketahui 11 Jenis Ikan Siakap Dunia!!

Share

 

Barramundi juga sebenarnya merujuk kepada ikan saratoga dalam bahasanya. Barramundi atau siakap merupakan ikan brackish water merupakan ikan yang berupaya hidup di air masin dan air tawar.

 

Selain nama tersebut, kepelbagaian nama tempatan dalam negara Malaysia iaitu Siakap (Semenanjung), Selunsung (Sabah & Sarawak), bagi kaum Cina menggelar ikan ini Mang chau  dan nama tempatan lainnya juga iaitu Ikan kakap putih. Manakala bagi nama saintifik ikan ini adalah Lates calcarifer (Bloch, 1790).

 

Ikan siakap boleh ditemui muara sungai dan juga mendiami persisiran laut, pantai serta pulau-pulau berhampiran malah ikan ini mampu hidup di tasik buatan manusia dan kolam-kolam ternakan serta boleh dijadikan ikan perhiasan akuarium di dalam rumah pada masa kini.

 

Lates calcarifer

 

Klasifikasi saintifik

 

Alam : Haiwan

Filum : Chordata

Kelas : Actinopterygii

Order : Perciformes

Keluarga : Latidae

Genus : Lates

Spesis : L. calcarifer (Bloch, 1790)

Sinonim :

Holocentrus calcarifer Bloch, 1790

Coius vacti F. Hamilton, 1822

Pseudolates cavifrons Alleyne & W. J. Macleay, 1877

Lates darwiniensis W. J. Macleay, 1878

 

Barramundi terdiri pengkelasan genus ‘Lates’ iaitu dari 11 pecahan spesis ikan ini iaitu seperti tersenarai di bawah;

 

Lates niloticus ( Linnaeus, 1758) – Nile perch

 

Lates calcarifer (Bloch , 1790) – Barramundi

 

Lates microlepis (Boulenger, 1898) – Forktail lates

 

Lates angustifrons (Boulenger, 1906) – Tanganyika lates

 

Lates mariae (Steindachner , 1909) – Bigeye lates

 

 

Lates stappersii (Boulenger , 1914) – Sleek lates

 

Lates macrophthalmus (Worthington , 1929) – Albert lates

 

Lates longispinis (Worthington, 1932) – Rudolf lates

 

Lates japonicus (Katayama & Y. Taki, 1984) – Japanese lates

 

Lates lakdiva (Pethiyagoda & A. C. Gill, 2012)

 

Lates uwisara (Pethiyagoda & A. C. Gill, 2012)

 

 

IKLAN