Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Keseronokan Sebenar Memancing Gelama

Keseronokan Sebenar Memancing Gelama

 

Ikan gelama memiliki sisik halus dan kebanyakan berwarna perak dan kadangkala kuning kehitaman. Orang Putih menamakan spesies ini Croaker kerana bunyi yang dikeluarkan seperti “krook” atau lebih kurang bunyi katak!

 

Bunyi ini bukan saja dapat didengar di atas malah di dalam air ia mengeluarkan bunyi yang mudah dikesan oleh juruselam berpengalaman untuk nelayan masa kini bagi menjalankan aktiviti menjaring. Bunyi juga boleh menentukan saiz, jenis dan besar kumpulan ikan ini di bawah air.

 

Keseronokan Sebenar Memancing Gelama

 

Hampir seperuh dari jenis spesies ini mempunyai mulut yang menghala ke bawah sesuai dengan tabiat mencari makanan di dasar. Manakala yang mempunyai gigi yang agak tajam mempunyai mulut yang menghala ke atas dan lurus ke depan.

 

Jenis yang mempunyai gigi yang lebih besar dan tajam biasanya mempunyai mulut yang lebih besar adalah bermusim, seperti contoh gelama papan di sebelah pantai Timur boleh dipancing apabila ikan ini mula membanjiri kawasan pantai dan sungai.

 

Keseronokan Sebenar Memancing Gelama

 

Musim ini anda akan lihat ramai pemancing di kawasan pantai memancing ikan yang purata saiznya 300gram berumpankan ikan yang dibeli di pasar sama ada udang mati atau ikan selayang.

IKLAN

 

Memancing gelama agak mudah kerana ia dalam jumlah yang banyak, serta boleh ditemui di serata tempat. Gelama tidak memilih umpan selain udang, perumpun, sotong, ikan malah anak ketam, siput, ala-ala, kupang dan dan sebagainya pernah dijumpai di dalam perutnya.

 

Keseronokan Sebenar Memancing Gelama

 

Ia adalah spesies pemakan tidak kira waktu. Sepanjang masa ia sentiasa sibuk melayan kerenah pemancing. Hampir 70% spesies gelama membesar kurang dari sekilogram, peralatan jenis ringan adalah paling sesuai dengan kaedah dua mata.

 

Kalau yang kecil gunakan mata kail udang (kecil, halus dan tajam) supaya ia cepat melekat pada mulutnya dan paling baik umpan tidak terlalu besar untuk mulut gelama yang kecil saiznya.

 

IKLAN

Gelama juga pernah menyambar bulu atau pancing apollo yang dihenjutkan di dasar air. Gelama adalah spesies yang mudah boleh dipujuk memakan umpan dengan kaedah mengampai umpan di dasar serta mengangkatnya perlahan-lahan atau menghenjut hujung joran berulang kali dengan lembut sebelum membalas apabila sentapan berlaku.

 

Keseronokan Sebenar Memancing Gelama

 

Umpan terbaik untuk memujuk gelama ialah perumpun. Kaedah ini membolehkan anda membawa satu peti gelama balik kerumah untuk dikeringkan. Ia mungkin seronok apabila sekali naik dua dan tarikannya boleh tahan pada permulaan sahaja sebelum ia lemah di kaki pancing.

 

Memancing sudah menjadi adat, kalaulah gelama tiada, susah jugak memancing sementara menunggu ikan besar merangut umpan.

 

IKLAN

Sunyi pulak rasanya tanpa dilayan oleh gelama tidak pilih waktu makan. Jenis gelama yang lebih besar seperti tirusan, jarang gigi, san gaa atau ibu gelama memerlukan tali berkekuatan 15Ib ke atas serta mata kail yang bersaiz 1/0, 2/0 ke atas.

 

Keseronokan Sebenar Memancing Gelama

 

Memburu spesies yang agak besar perlu keluar sedikit dari kawasan muara.

 

Ramai tidak gemar memancing gelama kerana ia kurang enak rasanya. Satu perkara lagi ialah asyik gelama saja yang naik, sebab itu ramai pemancing mula bosan melayan kerenahnya dan beralih kepada spesies lain. Gelama paling sesuai dimasak ialah gelama kering dan jeruk (digaramkan).

 

Malah industri mengeringkan gelama adalah menguntungkan kerana ia memang popular di pasaran tempatan yang banyak dijual di pasaraya disebabkan harga adalah murah.

 

Keseronokan Sebenar Memancing Gelama

 

Di antara gelama yang biasa dimasak tanpa dikeringkan ialah gelama tiga gigi, gelama pisang, gelama papan dan gelama jarang gigi. Kesemua jenis ini memiliki badan membujur dan memanjang badan dari kepala hingga ke ekor.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI