Kebanyakan spesies hidupan laut mendiami kawasan tengah laut. Kecuali beberapa spesies yang memang mendiami alur sungai atau selat menghala ke laut. Hampir semua ikan laut ini bergerak mengikut arus pasang lalu menghampiri pantai atau masuk ke selat-selat atau muara sungai.

 

Ini adalah kerana ia memburu mangsa sebagai sumber makanan terutamanya udang, anak ikan, anak ketam dan cacing laut (perumpun).

 

Kesan Pasang Surut Pada Ikan & Sesi Memancing

 

Waktu arus mula pasang, udang dan anak ikan akan berpusu-pusu menghampiri pantai atau masuk ke selat atau muara sungai. Ketika inilah banyak spesies ikan lain yang juga menghampiri pantai, atau masuk ke selat atau muara sungai. Ia biasanya memburu udang atau anak ikan. Ikan yang paling ketara mengikut arus pasang surut ialah ikan belanak.

IKLAN

 

Bila arus mula pasang, gerombolan ikan belanak akan kelihatan di pinggir pantai dan masuk ke alur-alur sungai di pinggir laut. Ikan belanak sangat digemari oleh ikan-ikan besar seperti siakap, pari, dan beberapa jenis ikan besar yang lain.

 

Kesan Pasang Surut Pada Ikan & Sesi Memancing

 

IKLAN

Ikan sembilang pula sangat gemar memakan udang dan perumpun laut yang juga mula aktif ketika arus mula pasang. Sebab itulah masa terbaik untuk memancing sembilang adalah ketika arus mula pasang. Begitu juga untuk memancing siakap dan pari.

 

Spesies ketam juga mula aktif mencari makan ketika arus mula pasang hinggalah air penuh. Jadi kalau nak menangkap ketam pun itulah juga masa yang sesuai. Apabila arus mula surut, kebanyakan spesies ikan sudah mula kurang aktif, jadi kurang sesuai untuk memancing atau menjaring.

 

IKLAN

Kesan Pasang Surut Pada Ikan & Sesi Memancing

 

Sebab itulah untuk menjadi nelayan atau memancing, kita harus sangat memahami kitaran peredaran air laut supaya kita boleh memilih waktu yang tepat dan sesuai untuk memulakan aktiviti dan menghentikan aktiviti bila waktunya sudah kurang produktif.

 

Inilah kunci untuk mendapat hasil yang berbaloi dan tidak pulang dengan tangan kosong. Ilmu ini sudah lama diamalkan oleh orang tua-tua kita semenjak dahulu kala. Nampak tak hebatnya orang tua-tua Melayu dahulu kala. Ilmu ni nampak simple tapi sebenarnya mereka sangat memahami tentang ilmu falak samudera, hidrografi laut, ekologi dan sifat-sifat haiwan atau biologi hidupan laut.

 

Kesan Pasang Surut Pada Ikan & Sesi Memancing

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI