Bagi membolehkan kenderaan air seperti kapal, bot atau sampan berhenti pada suatu tempat di perairan maka diperlukan satu alat bernama sauh. Selain itu biasanya juga digunakan ketika kapal atau bot berhenti di perairan untuk maksud-maksud tertentu dalam waktu yang relatif lama atau ketika kapal mengalami gangguan, rosak atau aktiviti memancing.

 

Jenis dan kegunaan sauh bergantung pada tiga aspek utama iaitu ukuran kapal, jenis perairan dan tujuan penggunaan sauh.

 

Sauh adalah mutlak ada di atas kapal, kerana merupakan jaminan keselamatan bagi kapal untuk tiba ditempat tujuan dengan selamat tanpa memperkecilkan kemungkinan bahaya di laut.

 

Kenali Variasi Sauh Dan Kegunaan Yang Tepat

 

Secara umum sauh dibezakan dengan cara:

 

Sauh Paten (Sauh Tak Bertongkat)

 

Mempunyai 2 lengan, iaitu lengan tetap yang tidak dapat digerakkan dan lengan tidak tetap yang dapat digerakkan terbuat dari besi.

Ukurannya besar (untuk kapal-kapal tanker, kontainer, penumpang, kapal penangkap ikan skala besar.)

Tali sauh menggunakan rantai.

Penyimpanan pada sarang sauh.

Perlu alat khusus untuk mengoperasikan sauh.

 

Kenali Variasi Sauh Dan Kegunaan Yang Tepat

 

Sauh Bertongkat

Mempunyai 2 lengan berupa lengan tetap

Diperbuat daripada besi

Umumnya berukuran kecil hingga sederhana (untuk kapal-kapal barang, penumpang atau kapal penangkap ikan yang berukuran kecil)

Tali sauh diperbuat daripada rantai, tali besi/baja ataupun tali manila

IKLAN

Penyimpanannya harus dinaikkan ke atas dek kapal di bahagian haluan

 

Sauh Luku

Mempunyai 1 lengan

Berukuran kecil (umumnya hanya digunakan pada kapal ikan berukuran kecil)

Penyimpanannya harus dinaikkan ke atas dek

Tali sauh diperbuat daripada tali besi/baja atau tali manila

 

Kenali Variasi Sauh Dan Kegunaan Yang Tepat

 

Sauh Sekoci

 

Mempunyai 4 lengan

Terbuat dari besi berdiameter 10-15cm

Diperbuat dalam ukuran kecil (umumnya untuk kapal-kapal perikanan berukuran kecil hingga sederhana)

Penyimpanannya dinaikkan ke atas dek pada bahagian haluan kapal

 

IKLAN

Kenali Variasi Sauh Dan Kegunaan Yang Tepat

 

Sauh Danforth

Mempunyai 2 lengan

Mempunyai sebuah palang (besi) yang terletak di bawah tajuk sauh untuk mempercepat tenggelamnya sauh ke dasar perairan

Diperbuat daripada besi dan berukuran sederhana hingga besar (umumnya digunakan pada kapal perang)

Penyimpananya digantung pada sarang sauh

Lengan sauh dapat bergerak ke kanan atau ke kiri

 

Clisold & Lynn membezakan sauh kepada beberapa jenis:

 

Admiralty pattern anchor

Sauh paling asas yang sudah berkurun lamanya digunakan dan menjadi logo utama merujuk kepada sauh.

 

Kenali Variasi Sauh Dan Kegunaan Yang Tepat

 

IKLAN

Stockless anchor

Digunakan untuk dasar perairan berkarang dan berlumpur halus. Semakin besar ukuran sauh maka semakin efisien.

 

Kenali Variasi Sauh Dan Kegunaan Yang Tepat

 

Plough anchor

Digunakan pada kapal-kapal berukuran kecil.

 

Kenali Variasi Sauh Dan Kegunaan Yang Tepat

 

Danforth anchor

Digunakan untuk kapal-kapal besar dan kapal tanker.

 

Kenali Variasi Sauh Dan Kegunaan Yang Tepat

 

Mushroom anchor

Digunakan pada kapal-kapal kecil dan untuk tujuan berlabuh (mooring) baik di laut mahupun di pelabuhan.

 

Kenali Variasi Sauh Dan Kegunaan Yang Tepat

 

Gradwell anchor

Digunakan untuk dasar perairan berkarang dan berpasir.

 

Kenali Variasi Sauh Dan Kegunaan Yang Tepat

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI