Yu pari terkenal sebagai salah satu ikan yang memberi tentangan dari bawah ke atas, tegak dan melintang kepada pemancing. Ia mampu memberi kepuasan dan serta keletihan kepada pemancing ketika melayannya tidak kiralah pancingan di atas bot mahupun pancingan pantai.
Yu pari mempunyai tulang-tulang lembut seperti seperti pari dan nilainya baik di pasaran. Selain sirip dagingnya lembut seperti mana pari menjadikan ia paling sedap untuk dinikmati. Permintaan tinggi di setengah-tengah kawasan pendaratan ikan dan harganya lebih tinggi jika dibandingkan dengan harga pari ataupun ikan yu.
Yu pari memiliki bentuk badan memanjang dengan sebahagian dari badannya berbentuk seperti pesawat udara. Bahagian kepala tirus mendatar (segitiga) dan memiliki tulang-tulang kecil yang timbul di bahagian tengah kepala yang keras.
Ads
Sirip dorsal pertama kiri satu pertiga panjang dari panjang badan, sebagaimana yang terdapat pada sirip yu. Saiz badan satu pretiga dari lebar kepala yang leper. Ekornya mirip ikan yu pasir kecuali sirip dorsal pertama dan kedua lebih rendah dari yu.
Kulit badan berwarna coklat cerah dan mempunyai tompok-tompok hitam (blackspot). Mulutnya dilengkapi dengan gigi-gigi kecil dan halus. Kedudukan mulut di bawah badan hampir sama dengan jarak muncung dengan mata di atas. Muncungnya pula terdiri dari tulang lembut yang di selaputi kulit liat hingga ke pangkal kepala.
Ads
Yu pari merupakan spesis yang gemar mendiami kawasan berpasir, berlumpur selut dan kawasan dasar yang rata mendatar. Tidak pelik jika anda terpancing spesies ini di kawasan karang maupun berbatu kerana sifat haiwan air ini yang sentiasa meronda di kawasan berkenaan untuk memburu mangsa terutama pada waktu malam.
Pada siang hari ia banyak menghabiskan masa lepak di kawasan dasar yang rata sambil menanamkan separuh badan di dasar menunggu jika ada mangsa yang sudi menyerah jiwa raga di depan mata. Yu pari tidak tergolong dalam spesies merbahaya di dalam air dan sering menjauhkan diri dari manusia. Begitu pun pemancing perlu berhati-hati dengan ikan pari berhubung yu ini apabila mengendalikan ia di lantai bot.
Ads
Badannya liat sepertimana yu dan bahagian ekor mampu melibas ketika ia menggelupur. Serangan ke atas kaki dan tangan pemancing biasa terjadi kepada pemancing yang kurang arif mengenai kemampuan seekor ikan tanpa air di lantai bot.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan patin mengandungi beberapa zat yang memang dapat membantu proses pemulihan luka pasca pembedahan dengan lebih cepat. Sudah terbukti secara perubatan dimana ikan patin mengandungi protein yang dikenali dengan nama albumin.
Ia sangat efektif dalam proses penyembuhan luka terutama luka besar akibat pembedahan.
Tinggi Kandungan Omega 3
Salah satu zat yang terkandung dalam ikan patin adalah omega 3. Omega 3 merupakan asid lemak yang sangat baik untuk tubuh terutama dalam masa pemulihan pasca pembedahan. Fungsi omega 3 sangatlah penting dalam menjaga daya tahan tubuh, mempercepat proses penyembuhan serta menjaga kestabilan sistem imun.
Meningkatkan Metabolisme Tubuh
Ikan patin dipercayai dapat membantu meningkatkan metabolisme tubuh kerana kandungan vitamin dan mineral yang terkandung di dalamnya. Ketika metabolisme tubuh bekerja optimal maka proses penyembuhan juga akan berlangsung lebih cepat.
Jadi penting untuk selalu menjaga sistem metabolisme tubuh untuk bekerja secara optimal terutama ketika dalam masa penyembuhan.
Melancarkan Sistem Peredaran Darah
Kandungan mineral dan protein yang tinggi pada ikan patin dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah. Fungsi sel darah sangatlah penting dalam sistem tubuh iaitu membawa nutrisi dan oksigen ke seluruh bahagian sel.
Dengan memastikan setiap sel mendapatkan cukup nutrisi dan oksigen, sel-sel yang belum sempurna akibat pembedahan dapat pulih dengan lebih cepat.
Mengatasi Stress
Dalam tempoh waktu pasca pembedahan boleh menyebabkan stress pada pesakit kerana selain rasa sakit yang mungkin masih terasa, pesakit pasca pembedahan juga terbatas untuk bergerak. Jadi tidak hairan jika mudah stress.
Pengambilan ikan patin dapat membantu mengatasi stress akibat pasca pembedahan kerana ternyata menurut penelitian pesakit yang mengalami stress justru memerlukan masa penyembuhan yang relatif lebih lama.
Membantu Menghilangkan Parut Luka Pembedahan
Tidak hanya mempercepat proses penyembuhannya, pengambilan ikan patin setelah pembedahan juga ternyata dapat membantu menghilangkan bekas luka pembedahan yang biasanya cukup besar.
Meningkatkan Selera Makan
Ikan patin biasanya digunakan oleh ibu bapa tua untuk meningkatkan selera makan pada anak yang biasanya susah sekali makan. Hal yang sama juga biasanya dialami oleh pesakit pasca pembedahan yang biasanya seleramakan juga ikut menghilang padahal pengambilan makanan sihat sangat penting pada fasa ini.
Meningkatkan Daya Tahan Tubuh
Pasca pembedahan tubuh akan mudah sekali terserang penyakit karena sistem imun yang biasanya rendah. Perkara ini boleh menjadi serius ketika luka pembedahan terdedah terhadap infeksi.
Pengambilan ikan patin dapat membantu meningkatkan daya tahan tubuh sehingga proses penyembuhan berjalan dengan lebih cepat dan optimal.
Sumber Tenaga
Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pesakit setelah pembedahan besar adalah tubuh lesu karena kekurangan tenaga. Kehilangan selera makan sehingga metabolisme tubuh tidak dapat berfungsi dengan baik.
Ikan patin yang dianggap efektif untuk meningkatkan selera makan serta mengurangkan stress ternyata juga kaya nutrisi yang mampu dijadikan sumber tenaga bagi para pesakit yang memerlukannya.
Tinggi Kandungan Protein
Sudah bukan rahsia lagi bahawa semua jenis ikan memang mengandung protein tinggi. Namun ada yang unik dari ikan patin iaitu protein yang terkandung dalam ikan patin merupakan jenis protein yang dikenal dengan sebutan albumin.
Jenis protein yang juga ditemukan pada ikan keli dan ikan haruan. Jenis protein inilah yang menyumbangkan peranan besar dalam proses penyembuhan luka pasca pembedahan.
Betul! Betul! Betul! Ini sememangnya kenyataan dan bukannya gurauan. Berdasarkan pengalaman, saya berani menyatakan bahawa ikan baung sememangnya boleh diperdaya dengan menggunakan gewang atau umpan tiruan.
Walaupun cuma sekali dan bukan disengajakan, saya pernah mendaratkan ikan baung dengan menggunakan gewang. Gewang selaman dalam yang digunakan untuk memancing haruan tetapi ikan baung pula yang mengena.
Walau bagaimana pun boleh dirumuskan di sini, jika ingin memburu baung menggunakan gewang, dicadangkan agar menggunakan gewang yang boleh menyelam hingga ke dasar.
Lebih baik jika gewang dapat menyodok dasar sungai kerana ikan baung adalah spesies yang hidup dan mencari makan di dasar sungai.
Cara persembahan amat penting dan sering kali sambaran berlaku apabila gewang dipersembahkan betul-betul di hadapannya. Apa yang penting kita mestilah tahu mengenal rumah atau lubuk yang didiami oleh ikan ini.
Selain dari teknik casting, teknik yang turut mujarab khususnya memperdaya baung ialah dengan menggunakan teknik trolling atau menunda dengan menggunakan gewang selaman dalam atau gewang rattlin jenis bergetar.
Dalam pada itu anda perlu bersedia untuk kehilangan gewang kerana lazimnya ikan baung menggemari dasar sungai atau tasik yang berstruktur.
Risiko gewang tersangkut reba atau jaring lama yang berlonggok di dasar sungai sangat tinggi. Dan pastikan anda bawa alat penyelamat gewang!
Ikan berkepala ular atau snakeheads merupakan kumpulan spesies ikan yang yang tergolong dalam keluarga Channidae dalam pengkelasan saintifik.
Terdapat kira 40 spesies dalam genus Channa ini di dunia dan kebanyakan di Asia dan sebahagian kecil sekitar empat hingga tujuh spesies sahaja di Afrika.
Sementara di Malaysia pula dianggarkan terdapat lapan spesies popular yang lazimnya membawa nama toman atau haruan pada pangkalnya.
Nama binomial: Channa micropeltes
Nama umum: Giant snakehead, giant mudfish
Nama lokal: Toman
Ikan toman merupakan spesies snakehead yang paling besar dan dalam genus Channa. Ia merupakan ikan pemangsa yang bertenaga dan agresif.
Toman hidup di perairan air tawar yang biasanya boleh ditemui di sungai-sungai bertanah rendah, paya, tasik, terusan atau lombong.
Selain ikan yang lebih kecil, toman juga kadangkala menjadikan krustasea sebagai dietnya. Begitu juga dengan haiwan-haiwan kecil yang bergerak di permukaan air tidak terkecuali menjadi mangsa toman.
Spesies ini boleh membesar sehingga mencapai panjang lebih enam kaki dan berat mencecah 20 kilogram.
Nama binomial: Channa maruliodes
Nama umum: Emperor snakehead
Nama lokal: Toman bunga, kerandang, jelai
Ikan toman bunga merupakan spesies yang paling cantik dalam keluarga snakehead atau genus Channa.
Namun jangan terpedaya dengan kecantikannya kerana ia tetap merupakan spesies bergigi tajam dan agresif.
Toman bunga atau kerandang mendiami sungai, tasik dan kawasan paya gambut, dan kawasan yang kandungan Ph airnya rendah, sama seperti ikan Haruan palas, dan ikan bujuk.
Diet utamanya adalah anak-anak ikan dan juga udang, katak, serangga kecil seperti cengkerik, dan cacing.
Berbanding saudaranya yang lain, populasi ikan toman bunga mengalami kemerosotan yang agak teruk.
Hari ini ia semakin sukar untuk ditemui. Ikan ini juga boleh didapati di selatan Thailand, Kalimantan dan Sumatera, Indonesia.
Nama binomial: Channa striata
Nama umum: Snakehead murrel, common snakehead
Nama lokal: Haruan, betuk
Haruan merupakan spesies ikan air tawar yang cukup terkenal. Sama ada di kalangan kaki pancing atau penggemar ikan air tawar, boleh dikatakan semuanya mengenali ikan haruan.
Spesies ini boleh ditemui di kebanyakan kawasan berair tawar dan payau. Malah ikan ini juga boleh ditemui dalam hampir kebanyakan punca air kerana toleransi survival haruan sangat tinggi.
Ikan haruan mempunyai kadar survival yang tinggi lantas tidak sukar baginya untuk memilih habitat.
Dari sungai, sawah padi, terusan, tali air, bekas lombong, paya, kolam tadahan hinggalah ke kolam terbiar kita boleh menemui spesies ini
Nama binomial: Channa lucius
Nama umum: Forest snakehead
Nama lokal: Bujuk
Spesies bujuk boleh ditemui di kawasan terpencil pedalaman seperti paya tanah gambut, parit ladang-ladang sawit atau badan sungai pergunungan.
Biarpun tidak mendiami kawasan air berarus deras, bujuk cenderung memilih bahagian sungai untuk dijadikan habitat.
Ikan ini juga gemar menunggu mangsanya dengan menyerang hendak berbanding menjadi pemburu aktif dan ia memiliki kelebihan tersebut berikutan corak warna penyamaran pada badannya.
Warna badannya mempunyai corak tompokan bersiri dan bahagian kepalanya lebih menirus berbanding spesies ikan berkepala ular lain.
Walaupun tidak sebesar ikan toman namun bujuk mampu membesar panjang sehingga 40 cm.
Nama binomial: Channa bankanensis
Nama umum: Bangka snakehead
Nama lokal: Haruan hutan / ruanjuk
Tidak banyak kajian saintifik pengelasan bagi spesies bangka snakehead ini. Justeru nama tempatan bagi spesies ini lebih merujuk kepada sifat rupa dan habitatnya.
Spesies ini dikatakan lebih mudah ditemui di kawasan air tawar di bahagian tertentu di Borneo khususnya di Sarawak dan pola taburannya masih belum ditemui di mana-mana sistem sungai Semenanjung Malaysia.
Spesies haruan hutan atau ruanjuk (mungkin dinamakan sempena rupanya lebih mirip gabungan haruan dan bujuk) hanya mampu membesar sehingga 14 cm sahaja.
Warna badannya agak berbintik dan boleh ditemui di kawasan alur sungai kecil.
Nama binomial: Channa gachua
Nama umum: Dwarf snakehead
Nama lokal: Ruan todak
Ruan atau haruan todak memiliki kepelbagaian habitat tetapi lebih cenderung mengelak kawasan berarus deras.
Habitatnya boleh dikatakan hampir menyamai lokasi yang disukai oleh spesies bujuk. Spesies ini memiliki tubuh badan yang agak kecil dan warna badannya agak gelap.
Bahagian sirip dorsal dan sirip anal spesies C. gachua ini mempunyai warna jingga di sepanjang kedua-dua siripnya.
Ia mampu membesar panjang sehingga 250 mm namun saiz yang lazim ditemui sekitar 100 mm hingga 200 mm sahaja. Dan ia merupakan antara ikan hiasan yang diminati ramai.
Nama binomial: Channa melasoma
Nama umum: Black snakehead
Nama lokal: Haruan palas
Sekali imbas haruan palas kelihatan seakan-akan sama dengan haruan biasa atau common snakehead kerana memiliki bentuk, corak dan warna badan yang hampir serupa.
Apa yang membezakannya ialah saiz. Berbanding haruan biasa, haruan palas memiliki mata yang sedikit lebih besar dan tona matanya lebih gelap atau hitam.
Saiz maksimum badannya hanya sekitar 25 cm sahaja. Ia boleh ditemui di kawasan sungai kecil hingga ke sistem sungai yang lebih besar dan menjadi kawasan berstruktur seperti reba dan kayu mati sebagai habitatnya.
Nama binomial: Channa baramensis
Nama umum: Baram snakehead
Nama lokal: Runtu, haruan runtu
Runtu atau haruan runtu merupakan ahli keluarga snakehead yang unik dan mudah dikenali berbanding spesies Channa kecil lainnya.
Paling ketara ialah corak penampilan badannya. Boleh dikatakannya ia satu-satunya spesies snakehead yang memiliki corak berbintik pada badannya.
Seperkara lainnya, Channa baramensis ini dikatakan hanya boleh ditemui di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak sahaja.
Channa kecil ini hanya mampu membesar antara 18 hingga 22 cm sahaja. Dan paling menarik, nama umumnya iaitu Baram snakehead dinamakan sempena spesimen yang ditangkap di Sungai Baram, Sarawak.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...