Boleh dikatakan banyak spesies ikan di laut terutamanya laut dalam mengandungi merkuri. Ia hanya dibezakan dengan peratusan merkuri yang ada di dalam badan sama ada rendah, sederhana atau tinggi.
Logam berat merkuri merupakan antara elemen yang boleh di temui didalam laut, tasik dan sungai akibat dari pencemaran alam. Di dalam air, merkuri bertukar menjadi methyl mercury, sejenis bahan kimia yang boleh di kesan dalam ikan dalam kuantiti yang RENDAH.
Dalam kuantiti yang TINGGI, methylmercury boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf manusia. Ikan yang lebih besar dan hidup lebih lama mengandungi kandungan merkuri yang lebih tinggi.
Ads
Ikan yang telah dikenal pasti mengandungi kandungan merkuri yang tinggi adalah seperti berikut:
Tilefish
Ads
Ikan Pedang (Swordfish)
Ikan Jerung
Ads
King Mackeral
Ikan ini hanya boleh dimakan beberapa apa kali setiap bulan dan perlu dielakkan untuk ibu hamil, menyusu badan dan kanak kanak. Atau lebih senang lagi, tidak perlulah mengambil ikan-ikan ini sebagai menu. Banyak lagi spesies ikan yang mengandungi zat nak nutrisi yang bagus untuk kesihatan tubuh dan ia dapat diperoleh dengan mudah di perairan negara kita.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Bagi yang merasakan kurang berpuas hati dengan ibadah puasanya sejak dari hari pertama berpuasa, anda tidak perlu risau. Kerana masih ada peluang lagi yang Allah berikan. Peluang terakhir ramadhan itu adalah pada 10 malam terakhir.
Pada 10 malam terakhir ini banyakkan berjaga di sebelah malam (biarlah pd 10 mlm terakhir ini, waktu kita bertukar. Sebelah siang rehat/tidur secukupnya untuk kita berjaga/beribadah di sebelah malam).
Jika perlu, ambillah supplemen tambahan agar kita tetap sihat/cergas pada malam-malam itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.
Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dengan solat, zikir dan mengaji Al-Quran.
Kurangkan menonton tv pada malam-malam ini.
Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 mlm terakhir, jangan tinggal doa: “Allahuma Innaka ‘Afuwwun Tuhibbul ‘Afwa Fa’Fu’Anni”
Sentiasa amalkan langkah-langkah ini sebelum berdoa:
1) Puji Allah dahulu dengan 99 nama-namaNya
2)Berselawat
3)Istighfar
4)Doa
Apa yang kita doakan, sentiasa diulang 3 kali kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi saw menyukai angka 7.
Banyakkan berdoa dgn memuji Allah. Qadar dan Qada Allah boleh diubah dgn doa.
Kepada wanita yang dalam haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan malam-malam ini dengan zikir dan doa.
Jangan sibukkan diri dgn membuat kuih raya pada malam-malam ini. Buat persiapan raya pada waktu siang. Jangan lepaskan peluang yang Allah berikan ini.
Sepanjang malam ini, hidupkan suasana harmoni dalam rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami isteri, anak-anak serta adik beradik. Sentiasa bersabar dgn kerenah suami isteri, anak-anak sehingga 10 mlm ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak-anak yang degil sekalipun. Allah mendengar doa ikhlas kita.
Jika tiada suasana aman di dalam rumah kita, kita tidak mungkin dapat bertemu dengan malam lailatul qadar. Kerana pernah terjadi pada zaman Nabi SAW, terdapat 2 orang pemuda yg bertengkar, dan terus malaikat Jibrail membatalkan utk memberitahu bila sebenarnya malam lailatul qadar itu.
Jika kita ada merasai kelainan pada malam ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yg lain. Kejut mereka jika mereka tidur.
Bermula dari hari ini sehingga malam-malam tersebut:
1)Sentiasa dlm berwudhu
2)Sentiasa pakai pakaian yg bersih
3)Sentiasa dlm keadaan wangi
Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dgn kita.
Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa-dosa kita diampunkan Allah. InsyaAllah, jika kita melepasi Ramadhan ini dengan dosa-dosa kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang Allah di luar bulan Ramadhan nanti.
Pengalaman disengat ikan menjadi lumrah dalam kalangan kaki pancing. Sakit sengatan tak sedikit pun menghalang untuk terus memancing, apa yang penting keselamatan diutamakan.
“Zaman kanak-kanak saya belum kenal banyak speisis ikan, yang saya tahu janji ngail jika ada peluang. Masa itu saya darjah 6 dan tinggal dengan bapa di Kuching. Bapa selalu kirim barang kepada keluarga di Sibu dengan kapal laut. Sementara tunggu kapal berlayar saya cuba-cuba pancing.
Selalu juga dapat udang galah, tapi hari tu saya dapat ikan sembilang api (ekor berwarna merah). Sangka saya keli. Masa buka mata kail, ikan mengelepur dan terkena durinya pada hujung jari. Tak sakit mulanya cuma darah berciciran keluar. Masa nak basuh ayah nampak. Kenapa? Kena petik (sengat) keli…. “Mana ada keli kat air payau, itu semilang api!!!
Malamnya saya tak tahan bisa… kena bawa hospital untuk suntikan. Tak dapat tidur sampai pagi kerana bisa berdenyut-denyut. Kepada yang baru mula nak berjinak-jinak dengan dunia pancing, sila berhati-hati.”
“Kena sengat baung, nasib baik ada batang keladi, kurang denyutannya, petua orang kampung. “
“Pernah kena sengat ikan kitang… panas bisa ikan ni buat hilang mood mancing. Pemancing tegar je yang dapat pengalaman cenggini. “
“Pernah kena sengat obor-obor ketika sedang casting dalam air. Sakit hingga sesak nafas. Nak minta tolong kami ada di pulau terpencil dari orang. Last-last aku teringat petua orang tua. Jika terkena sengat obor-obor lumur tempat kena sengat dengan air kencing. Apa lagi tanpa berfikir panjang aku terus buat… tau apa yg jadi??? Jenggg!!! Alhamdulilah betul-betul jadi… kesakitan beransur kurang. Kadang-kadang kita tak perasan yang penawar ada pada kita.”
“Pernah gak kena sengat dengan ikan keli. Masa tu berkubang dalam paya untuk menangkap ikan-ikan darat. Dengar cerita sengat ikan laut lagi dasyat. Tak pernah lagi kena. Apa-apa pun sentiasa berhati-hati semasa mengendalikan ikan yang bersengat.”
“Petua ayah saya bila terkena sengat ikan tu, ludah di tempat kena sengat tu dan ambik segumpal tanah gosok kat tempat tu. Bila saya mancing jauh dari darat ayah selalu pesan jangan lupa bawa tanah dalam balang. Yelah takut apa-apa jadi jauh nak dapatkan pertolongan.”
“Kena dah sekali spesieis ikan duri kat Pulau Ketam. Ikan tengah melompat… kite nak ambil playar. Sekali zaappss!! Tercucuk duri tepi insang. 2 jam menahan bisa atas bot. Rasa macam nak nangis oo!
“Pernah rasa penangan ikan kitang… tercucuk kat jari hantu, betul-betul celah kuku… rapat sampai tulang pulak tu. Time tu tak tau apa-apa, kebetulan ada minyak cap kapak dalam poket. Sapu je… hahaha sakit bisa ikan melebihi pedih minyak cap kapak.”
“Banyak kali dah kena sengat ikan, dari kecik main kubang pedap ikan, keli, sembilang… lepas tu start main laut main pegang je ikan depu dengan kitang. Memang betul-betul tak tau mana spesies ikan bisa kat laut ni, tau-tau rasa kebas-kebas tangan, selawat baca 3 Qul dalam 15 minit liang roma keluar cam peluh lepas tu hilang sakit. Pegang ekor pari walau tak kena sengat pun boleh rasa kebas tangan… lepas tu dapat ikan main cabut pakai playar je dah.”
“Saya pernah kena sengat ikan tuka, walauuon terkena duri dia yang dah dipotong tapi kesannya dari air mula nak pasang sampai air kembali surut masih terasa. Serik dah mancing dalam gelap. “
“Pancing parit jer… kena ikan temekung saja pun dah boleh jadi kebas jari-jari. “
“Kitang… sangat berbisa walaupun besar duit lima sen. Pernah kena.. bengkak. Guna petua tekong… selawat tiga kali, celup tangan yang bengkak di dalam lumpur. Alhamdulillah… Lima minit lega sikit.”
“Saya pernah kena sengat iting utik, aduhh sakit bah. Langsung tidak dapat tarik keluar pasal terlampau dalam masuk isi, apa lagi darah banyak keluar. Last-last paksa bawa hospital, ikan utik pun ikut skali. Kena ketawa kan lagi tu oleh nurse… mau marah pun, sudah salah sendiri. Sendiri yang cuai. Cerita pancing udang, utik yang naik. Pesan untuk kawan-kawan kaki pancing, kalau strike ikan yang pandai sengat atau ada iting, jangan lupa buang dulu duri ikan, jangan nak tera sangat… hehehe.”
Sejarahnya, teknik ini banyak digunakan di Jepun dan China sejak tahun 960 lagi dan diwariskan secara turun temurun. Di Jepun, tradisi memancing ikan dengan menggunakan burung Cormorant ini disebut ‘ukai’.
Biasanya teknik ini dilakukan bersama nelayan lain yang semuanya memiliki burung ini. Dengan menaiki perahu, para nelayan membentuk sebuah formasi lingkaran dan burung-burung Cormorant diarahkan untuk mengejar ikan dengan arah ke tengah dari lingkaran.
Setelah burung Cormorant dilepas dari perahu oleh nelayan, ia dengan segera akan menyelam dan menangkap ikan dengan paruhnya.
Untuk mengendalikan burung, para nelayan memasang tali pengikat pada leher burung. Ini dilakukan untuk mencegah burung daripada menelan ikan yang bersaiz besar, namun
burung Cormorant masih boleh menelan ikan kecil atau ikan yang tidak menepati saiz yang diinginkan nelayan.
Teknik ini sangat berkesan pada waktu malam kerana nelayan menggunakan cahaya api dari obor untuk menarik perhatian ikan.
Saat ini, teknik Cormorant fishing merupakan khazanah memancing yang semakin luput ditelan zaman.
Lebih malang lagi, teknik ini hanya dilakukan oleh nelayan yang berusia di mana nelayan muda lebih gemar menggunakan teknik moden seperti jaring dan pukat.
Fakta
Burung Cormorant merupakan burung air yang memiliki kaki berselaput dan mempunyai paruh yang berkantung. Menu utamanya ialah ikan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...