Ada 4 jenis bebulus yang boleh ditemui di negara kita dan amat sukar untuk membezakan di antara satu sama lain kerana bentuk badan yang hampir sama kecuali jika diperhatikan saiz serta corak halus pada badannya.
Anda tentu biasa melihat spesies yang berbadan bersih dan jernih ini yang boleh ditemui di kawasan pantai berpasir di serata tanahair. Sekali pandang dari atas, sukar untuk melihatnya disebabkan keupayaan corak warna badan yang boleh menyamai warna pasir serta air.
Badan yang halus memanjang, berekor runcing, bersisik halus dan jernih perlu diamati lebih teliti jika ingin melihatnya berenang di dasar. Bebulus biasanya menjarakkan diri di antara satu sama lain walaupun ia berada dalam kelompok yang sama.
Ads
Setengah spesies juvenil akan berenang rapat di antara satu sama lain untuk membentuk satu reformasi yang lebih besar untuk menakutkan pemangsa. Namun saya tidak pasti kenapa bebulus agak menjarakkan diri sesama mereka atau mungkin memberi ruang mencari makanan yang lebih terbuka sesama mereka.
Bebulus berkeupayaan menyembunyikan diri di dalam pasir dan sukar untuk dikesan jika ia mengetahui kehadiran pemangsa atau manusia. Menyembunyikan diri juga memberi peluang spesies ini untuk memburu mangsanya yang terdiri dari cacing laut, perumpun, larva, anak ketam, udang dan sebagainya.
Ads
Ia akan menyerang apabila mangsa lalu dihadapannya tanpa segan silu lagi. Menurut laporan dari pengkaji hidupan laut, bebulus di kawasan pantai Timur seperti di Terengganu bertelur pada bulan Ogos hingga Februari dan waktu kemuncak adalah dari Oktober hingga Januari.
Ads
Spesies bebulus dikatakan galak mencari makanan dari bulan Mac hingga Mei dan dietnya semakin kurang menjelang bulan Jun hingga Ogos. Bebulus banyak menghabiskan masa untuk menghasilkan telur pada waktu tertentu. Dietnya menjadi normal selepas proses bertelur dari bulan September hingga Februari.
Spesies ini gemar bertelur di kawasan air cetek dan juga kuala sungai yang berpasir. Ia memilih kawasan air yang mempunyai suhu sekitar 20 darjah Celcius di mana suhu yang panas membantu proses penetasan telurnya. Faktor suhu juga mempengaruhi sifat biologinya dan ia dikatakan cepat matang pada suhu yang sesuai.
Ikan ini matang apabila mencapai saiz ukuran kira-kira 13 cm keatas. Bebulus bertelur sekali dalam masa setahun dan telur yang dihasilkan mengandungi kira-kira 14 000 biji telur didalamnya. Saiz telus hanya sebesar 0.65 mm terlalu kecil untuk dilihat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jangan ingat mancing puyu tu senang gais. Nak pulak puyu liar di kawasan terbiar seperti di kolam, parit atau lombong yang mana permukaan airnya dilitupi tumbuh-tumbuhan akuatik, tidaklah semudah berbanding kawasan yang lebih terbuka. Banyak perkara yang perlu dilakukan terlebih dahulu sebelum melabuhkan mata kail yang dicangkukkan umpan.
Buat Lubang
Sepadan mana pun tumbuhan akuatik menutup permukaan air pasti terdapat juga ruang kosong yang biasanya menjadi lapangan untuk ikan-ikan puyu mengambil udara. Jika tiada langsung ruang kosong atau lubang, buatlah satu lubang untuk dijadikan spot memancing. Sekiranya banyak terdapat ruang kosong, pantaulah di kawasan mana yang paling kerap kelibatnya kelihatan. Dan pastikan juga ruang tersebut tidak terlalu jauh sehingga sukar untuk meletakkan umpan dengan menggunakan joran teleskopik.
Tabur Umpan
Apabila sudah mengesan spot yang berpotensi, taburlah dedak ayam di spot berkenaan sebagai rasuah untuk memanggil ikan-ikan yang ada berkumpul di situ. Ia lebih bagus jika dapat menabur dedak beberapa sebelum memancing. Jika tidak berkesempatan, ia perlu dilakukan sekurang-kurangnya satu jam sebelum memancing.
Dan perbuatan ini perlu diteruskan ketika memancing. Jangan takut ikan akan kekenyangan dengan dedak yang ditabur. Apa yang lebih penting ialah mengekalkan kumpulan puyu terus berada di spot tersebut.
Teknik Mantap
Pancingan menggunakan joran dan kekili tidak sesuai digunakan dikawasan begini. Oleh itu gunalah joran pole atau teleskopik yang panjangnya mampu untuk menghulurkan umpan pada spot. Penggunaan tali tangsi 6-10 lb sudah memadai. Panjang tali lebih kurang 3/4 panjang joran teleskopik. Mata kail saiz kecil tanpa lubang cincin kerana ia biasanya lebih ringan dan tajam.
Jika boleh sukatlah dahulu kedalaman spot agar dapat menggantung umpan pada jarak yang bersesuaian.
Sekiranya menggunakan umpan yang terapung seperti cengkerik, gunalah batu kepit bersaiz kecil dalam anggaran satu inci dari mata kail.
Cengkerik pula pilihlah yang bersaiz kecil. Jika cengkerik besar, sebaiknya potong kepalanya terlebih dahulu. Cengkerik yang dipotong kepalanya lebih berkesan kerana rangsangan baunya yang merembes keluar.
Salah satu tabiat puyu ialah menyambar serangga yang bergerak. Atas sebab itu umpan perlulah kerap kali diunjun perlahan sebelum dibiarkan tergantung di dalam air.
Dan pemancing perlulah peka melihat sebarang pergerakan pelampung kerana jika lewat membuat sentapan akan mendorong puyu membawa mata kail celah-celah akar rumpair dan sukar untuk ditarik keluar.
Ketika pembinaan pelabuhan barat banyak lubuk dan lokasi kapal karam tempat tumpuan memancing dimusnahkan, laluan diperdalam untuk memudahkan kapal dagang masuk ke pelabuhan.
Pesisir pantai dan hutan bakau digondolkan dan diganti dengan jeti dan dermaga siap sekali dengan papan tanda “Kawasan Larangan Memancing”.
Itu juga satu revolusi!!! Dalam erti yang menyakitkan hati.
Pecah Tabung
Sampai bila nak sewa sampan, kalau diikutkan jumlah sewa yang dileburkan selama ini sudah tentu dapat bayar deposit bot dan enjin baru.
Kalau nak keluar seketul duit bukan senang, wang simpanan masih sedikit. Sambil buat perancangan mencari sampan dan enjin sendiri.
Aktiviti memancing tebing dilebihkan sambil mengurangkan sewa sampan.
Setidak-tidaknya ada sedikit wang untuk merealisasikan impian kemudian hari. Masa berlalu begitu pantas walaupun kadang kala bosan menghantui ketika menunggu sentapan ikan yang tak kunjung tiba.
Memancing adalah kepuasan minda, bukan kepuasan mata, soal dapat ikan atau tidak bukan perkara pokok, yang penting dapat melapangkan fikiran di hujung minggu setelah otak penat bekerja.
Maki hamun, tekanan, perasaan marah dan kejengkelan terhadap boss dari Isnin hingga Jumaat dapat dilepaskan selepas jam 1800 Jumaat.
Minda dah ‘free’ sebaik sahaja minggu kerja berakhir. Persiapan dan perancangan dibuat sehari dua sebelum masuk hujung minggu.
Contact dengan rakan sekaki dalam dunia pancing turut dibuat bagi merencana perancangan yang telah dibuat.
Sambil memancing, kepala dok asyik fikir bila nak merasa sampan sendiri pula.
Pasal lubuk, selok-belok dah tahu serba sedikit Kemahiran mendayung, menjala dan mengemudi enjin sampan juga dipertingkatkan.
Tunggu masa sahaja sementara guna sampan sewa.
Pasang Telinga
Memandangkan tabung tak cukup penuh, pasang telinga di sekitar pangkalan mana tahu ada yang hendak jual sampan dengan enjin.
Puas menunggu akhir terungkai apabila ada kaki pancing ingin menjual sampan kayu 17 kaki bersalut fiber dengan enjin 15hp.
Harga agak murah ketika itu. Bila dah kemaruk melanda tanpa usul periksa sambar sahaja.
Bila selesai urusan jual beli, tak sabar menunggu saat dan waktu pertama kali untuk menggunakan sampan sendiri.
Hari pertama menggunakan sampan sendiri cukup mengujakan. Buat permulaan hanya kawasan berdekatan dengan pangkalan sahaja yang dikunjungi sementara mengilap kemahiran.
Semakin lama semakin memberanikan diri bertandang ke lokasi lebih jauh kononnya. Enjin kecil setakat sekitar Pulau Ketam sahaja yang mampu di kecapi.
Lapuk dek panas, kuyup dek hujan sudah lumrah apabila bersampan tiada bumbung berlapik petak kayu lantai usang sehingga kematu bontot.
Tapi sudah cukup baik memancing bersama teman. Biasalah bila menggunakan enjin berserta sampan kecil selalu kena potong, lebih marah bila kena potong tang selekoh anak sungai.
Ini tidak boleh jadi suatu hari pasti nak cari sampan yang gadang sikit. Langit tidak selalu cerah apabila lepas satu persatu enjin buat hal.
Ini belum masuk kes sampan hampir tenggelam akibat hujan lebat semalaman.
Paling bengang ialah apabila semua barang siap dipunggah ke dalam sampan bersedia untuk keluar memancing, start enjin tak nak hidup.
Berpeluh satu badan hingga terpaksa buka baju di tengah panas mengerjakan enjin meragam. Sampai habis separuh tenaga barulah enjin berkepuk-kepuk hidup.
Dalam perjalanan sekali lagi ia mati di tengah laluan bot.
Habis kudrat enjin terus diam sehingga terpaksa ditunda balik ke pangkalan oleh kenalan yang kebetulan baru balik memancing.
Kopak lagi duit asyik dok membela enjin yang sudah layak masuk muzium.
Sampan akhirnya reput begitu sahaja apabila menanti spare part enjin yang tidak kunjung tiba. Kos baik pulih pula lebih baik dapatkan yang baru.
Pecah tabung lagi apabila mangsa seterusnya ialah sampan gentian kaca berukuran 19 kaki dengan injin 25hp berusia lebih dari 4 tahun.
Baru ada semangat sikit, enjin baik sampan dah boleh muat bertiga.
Bumbung berlipat mudah alih juga dipasang bagi memutihkan sedikit kulit yang sudah gelap terbakar oleh sinaran cahaya terik. Kata orang dari tetanda dapat pula jenahak, dari sembilang mengintai gemang, selalu gelama sesekali mengintai temerih.
Banyak sikit barang termasuk peti ikan, dapur ketika bermalam boleh dimuatkan dalam sampan.
Kalau setakat Pulau Ketam tu mainan sahaja, minyak satu tong pergi balik pun tidak habis. Lepas ini berani meneroka lubuk-lubuk baru hingga ke Pulau Angsa.
Pantang dengar sahaja kawasan ada potensi terus diterjah dengan hati kering. Malah rumah api Permatang Sedepa (One Phantom Bank) juga dilawati dengan enjin 25hp tanpa ada perasaan takut.
Ketika itu berpandukan kompas dan Rumah Api Bukit Jugra sebagai pedoman sahaja.
Nak dijadikan rezeki ada kenalan bagi pinjam terus GPS miliknya kerana beliau langsung tak tahu pakai, tahu beli sahaja katanya.
Pantang dapat ikan di satu-satu lokasi, kedudukan kordinat berkenaan terus dilog dalam GPS.
Ada GPS tidak akan lengkap kalau tiada sonar. Terpaksalah labur sedikit duit beli sonar hitam putih terpakai asalkan dapat lihat struktur dasar sudah memadai.
Ketika itu dah rasa cukup sempurna aktiviti memancing. Pantang ada cuti kawasan Delta Klang dijelajahi bagi memenuhi masa lapang.
Sehinggalah enjin 25hp dimamah usia beroperasi, ada tanda-tanda semput.
Beberapa kali turun naik ke bengkel akhirnya tiba waktunya ia terus melekat. Nak baiki mahal, akhirnya timbang kati.
Sekali lagi terpaksa menebing sambil memendam rasa sementara mengumpul duit menggantikan enjin yang baru.
Memancing ikan lampam merupakan salah acara wajib apabila berkunjung ke Tasik Kenyir dengan menggunakan perkhidmatan rumah bot atau boathouse. Lazimnya, pengusaha atau pemilik rumah bot akan menyediakan peralatan asas dan umpan untuk para pelanggan memancing lampam. Cara memancingnya pula akan ditunjuk ajar oleh kru rumah bot.
Pemilik atau kru rumah bot merupakan orang yang cukup berpengalaman dalam soal memancing lampam. Begitu jugalah dalam soal menyediakan umpan untuk lampam.
Umpan kerak nasi lemak yang dikongsikan di sini juga merupakan salah satu umpan yang didedahkan oleh kru rumah bot Tasik Kenyir.
Kenapa nasi lemak?
Ikan lampam dipercayai menyukai sesuatu yang berlemak. Oleh kerana itulah buah sawit yang berlemak dan berminyak merupakan umpan yang disukai oleh lampam. Begitu jugalah nasi lemak yang kaya dengan santan yang lemak manis.
Bahan keperluan:
Kerak nasi lemak
Mata kail rambai
Set pancing lampam
Cara Penyediaan Umpan:
Kerak dan nasi lemak yang sudah keras direndam terlebih dahulu di dalam air. Memadai direndam sekadar melembutkannya sahaja. Sekiranya terlalu dan kembang berderai ia sudah tidak boleh digunakan lagi.
Ambil kira-kira segenggam keras nasi lemak yang masih melekat dan cucukkan mata kail rambai. Kemudian turunkan umpan tersebut ke dasar lubuk yang mana ikan-ikan lampam banyak berlegar-legar di permukaan air.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...