LOLONG BARA
Nama Saintifik: Priacanthus tayenus
Nama umum: Purple spotted bigeye
Nama Tempatan: Lolong bara
Kebanyakan ahli keluarga ini berasal dari bahagian tropika dan subtropika di lautan India dan Pasifik, tetapi empat spesies (Cookeolus japonicus, Heteropriacanthus cruentatus, Priacanthus arenatus, dan Pristigenys alta) dijumpai di Atlantik.
Mereka cenderung hidup berhampiran dengan gugur atau terumbu karang, walaupun sedikit diketahui mendiami perairan terbuka.
Banyak spesies yang terdapat di perairan yang agak dalam, di bawah kedalaman yang dapat dicapai dengan menyelam skuba biasa. Sesetengah spesis dipetik untuk makanan.
Umpan: Ia memakan apa sahaja umpan untuk pancingan ikan dasar seperti merah atau kerapu.
Pancingan : dasar / jigging
RUBY SNAPPER
Nama saintifik: Etelis carbunculus
Nama umum: Long tail red snapper, onaga, ruby snapper, scarlet snapper
Nama tempatan: Ruby Snapper / merah ruby
Ruby snapper merupakan spesies snapper (seperti merah, jenahak dan kakap) dan merupakan jenis ikan yang berhabitat di terumbu karang. Berbeza dengan keluarga snapper lainnya, Ruby Snapper lebih cenderung mendiami kawasan air laut dengan kedalaman 90-400 meter.
Ruby Snapper memiliki morfologi gigi tajam di dalam mulut besarnya yang dijadikan senjata untuk membaham mangsa, serta didukung oleh bentuk tubuh memanjang mirip torpedo yang menjadikan Ruby salah satu perenang handal.
Umpan: Ruby snapper boleh dipancing dengan menggunakan hirisan ikan dan sotong. Ia juga boleh dipancingan dengan menggunakan umpan besi melalui teknik jigging.
Pancingan : Dasar / jigging
KERISI BALI
Nama saintifik: Etelis coruscans
Nama umum: Long tail red snapper, onaga, ruby snapper, scarlet snapper
Nama tempatan: Kerisi bali / guntur
Kerisi bali lebih tertumpu di sesetengah kawasan di Semenanjung terutama di kawasan pelantar minyak di perairan Terengganu. Sabah dan Labuan merupakan destinasi pilihan pemancing untuk meneroka kekuatan kerisi bali. Terutamanya di lubuk yang dikenali sebagai Terumbu Lucornia dan Terumbu Layang-layang.
Bentuk badannya seperti mana ibu kerisi dan ruby snapper tetapi berbeza dari corak warna badan, ekor dan bahagian mulut.
Umpan: Sama sebagaimana umpan untuk memancing ibu kerisi serta ruby snapper.
Pancingan : Dasar / jigging.
IBU GELAMA
Nama saintifik: Argyrosomus japonicus
Nama umum: Mulloway, Jewfish, Kingfish
Nama tempatan: Ibu gelama, temerih
Ibu gelama dianggap sebagai spesies buruan paling atas masa kini. Ia berikutan bukan sahaja kerana kesukaran untuk memperolehinya, bahkan disebabkan tahap kekuatan pertarungannya yang luar biasa berbanding spesies.
Ibu gelama adalah ikan besar berbentuk menirus. Memiliki kepala berwarna tembaga dan keperakan dengan permukaan belakang badan berwarna keunguan-hijau dan perut berwarna pucat. Ia memiliki dengan deretan bintik-bintik putih khas yang membentang di sepanjang garis lateral. Sirip kaudal bersudut pada juvenil tetapi menjadi lebih bulat pada spesimen dewasa.
Argyrosomus japonicus adalah spesies ikan berwarna keperakan dan hijau gangsa yang tergolong dalam keluarga Sciaenidae. Di Australia ia dikenali sebagai mulloway atau jewfish dan kob dusky di Afrika Selatan. Ibu gelama ini mampu mencapai panjang kira-kira 180 cm (80 kg berat), walau bagaimana pun purata saiz yang biasanya ditangkap sekitar 3-15 kg.
Umpan: Biasanya dipancing dengan berumpankan ikan, udang atau sotong.
Pancingan: Pancingan dasar / jigging
SENANGIN
Nama saintifik: Eleutheronema tetradactylum
Nama umum: fourfinger threadfin, Indian salmon, blue threadfin
Nama tempatan: Senangin, gubal
Ia boleh ditemui di atas dasar berlumpur yang cetek di persisir pantai, sering hadir dalam kawanan yang kecil. Spesies dewasa dari spesies ini memasuki muara sungai ketika musim hujan. Spesies dewasa memakan udang, ikan, dan kadang-kadang polychaetes.
Senangin atau threadfin yang bernaung dalam keluarga Polynemidae ini mudah dikenali berikutan penampilan yang hampir sama pada penampilan keseluruhan badan, saiz mata dan filamen pada sirip pektoral. Sirip pektoral senangin terbahagi kepada dua seksyen.
Sirip bahagian atas lengkap dengan filamen, manakala di bahagian bawah terdapat 3 hingga 16 sirip tunggal tanpa filamen. Sirip ini berfungsi sebagai agen deria untuk mengesan makanan di dalam perairan yang berlumpur.
Umpan: Banyak dipancing dengan umpan udang hidup
Pancingan: Dasar / jigging