Di Malaysia, ikan tengas ini juga dikenali sebagai ikan kejor. Taksonomi ikan ini masih kurang jelas kerana terdapat beberapa kekeliruan dan pertindihan nama spesiesnya.
Ikan-ikan dari genus ini boleh didapati di air yang mengalir laju dan jernih airnya dan biasa ditemui di kawasan sungai berbatu di kawasan tanah tinggi.
Secara amnya, ikan tengas ini adalah dari jenis omnivor yang memakan haiwan-haiwan kecil, alga dan tumbuhan-tumbuhan air tawar.
Namun begitu di Malaysia, Ikan tengas dari spesies (Neolissochilus soroides) lebih mudah ditemui di kawasan hulu sungai air tawar yang jernih, berbatu dan terletak dikawasan jeram yang tinggi di Semenanjung Malaysia.
Ads
Ia pernah dilaporkan mudah ditemui di hulu-hulu sungai di Hulu Perak, Pulau Pinang, Langkawi dan Kedah. Ikan tengas spesies ini kelihatan agak mirip dengan Ikan Kelah (Tor tambroides), satu lagi spesies ikan air tawar yang amat terkenal di Malaysia.
Namun kedua-dua ikan ini dapat dibezakan dengan struktur cuping median yang terletak di bibir bawah ikan yang ada pada ikan kelah namun tiada pada ikan tengas, ini membuatkan seakan-akan ikan tengas kelihatan tiada atau sedikit bibir bawahnya.
Ads
Harga ikan tengas adalah agak mahal kerana, menangkapnya sukar utuk dilakukan kerana secara semulajadinya ia hanya boleh didapati melalui kaedah pengkapan secara tradisional menggunakan jala atau joran di hulu sungai yang berair jernih, sejuk, berbatu dan berjeram yang nun jauh ke dalam hutan.
Tidak ramai pengusaha yang menternak ikan tengas secara serius untuk penjualan di pasaran terbuka. Ikan tengas juga lebih sedap dimasak pekasam. Di Malaysia antara sungai yang menjadi habitat bagi ikan tengas ialah di daerah Batu Kurau seperti Sungai Lata Sempeneh, Sungai Lata Air Hitam, Sungai Lata Telaga Tujuh dan Sungai Lata Puteh.
Ads
Sekurang-kurangnya terdapat 2 spesies ikan tengas yang utama iaitu Neolissochilus soroides & Neolissochilus hendersoni. Hendersoni saiz ikan dewasanya lebih kecil dari spesies soroides.
Ikan tengas spesies Neolissochilus hexagonolepis sebenarnya sukar ditemui di Malaysia. Ikan daun (Poropuntius smedleyi) juga mirp dengan ikan tengah tetapi berlainan genus dari Neolissochilus sp.
Tengas batu
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Lazimnya ikan dengkis memiliki sirip hampir penuh mengelilingi badan dan di antara sirip lembut terdapat duri tajam yang berbisa. Panas mungkin juga mewakili lada atau cili yang diketahui pedas. Rata-rata ikan dengkis berbentuk lebar separa bulat.
Saiz ikan dengkis bintik oren lebih besar dari ikan dengkis biasa yang kita temui dan secara keseluruhannya sifat dan ciri-ciri utama dengkis bintik oren adalah sama sahaja dengan ikan dengkis.
Dengkis bintik oren disenaraikan dalam famili Siganidae. Terdapat 12 subspesies dengkis ditemui. Hampir keseluruhan warna asas badannya kelabu manakala warna sirip dorsal atas dan bawah berwarna kekuningan.
Sedikit warna kekuningan dikesan pada bahagian mulut hingga sekitar bahagian mata. Corak badannya berbintik di sebelah atas dan jalur pula di bahagian bawah.
Hampir semua dengkis mempunyai ciri warna berlainan dan cantik corak badan spesies ini. Juvenil atau dengkis bintik oren bersaiz kecil lebih popular dijadikan ikan hiasan. Nama saintifiknya ialah Siganus javus (Java rabbitfish).
Ekornya tirus melebar dan ada yang tirus memanjang. Gigi halus, bersengat di setiap hujung sirip dorsal dan mulut kecil adalah ciri-ciri utama ikan ini.
Ikan dengkis bintik oren hanya ditemui di kawasan berpulau karang seperti Tukun Perak, Pulau Jarak, Pulau Aur. Paling banyak yang meragut mata pancing ialah di Tukun Perak dan Pulau Jarak kedua-duanya di sebelah pantai barat semenanjung.
Kawasan karang di tengah laut dalam saya jarang melihat ia makan umpan pemancing. Kawasan muara sungai berbatu serta persisiran pantai berkarang juga berpotensi menjinakkan ikan ini. Saya biasa juga memperolehi anak kitang tetapi paling banyak ialah dengkis di muara sungai pantai timur tapi hanya untuk muara berbatu sahaja.
Dengkis bintik oren adalah ikan karang. Gemar mendiami kawasan berstruktur karang kerana sumber makanan utama diperoleh di kawasan batu karang terdiri dari anak ikan, krutesia kecil dan moluska.
Ikan dengkis bintik oren juvenil kecil bergerak dalam kumpulan besar di persisiran pantai berkarang dan jumlah semakin mengecil kumpulannya apabila membesar. Mampu membesar sehingga 30cm. Saiz ini memang dianggap besar bagi ikan dengkis bintik oren.
Untuk saiz purata yang biasa saya lihat dan pancing untuk semua spesies dengkis termasuk dengkis bintik oren ialah saiz 17cm hingga 25 cm. Berat kurang dari 300 gram seekor kecuali yang melebihi 20cm. Bermusim aktif dari bulan May hingga Ogos.
Sotong mengabang atau mabang juga dikenali sebagai sotong harimau di sesetengah tempat. Corak badannya yang cantik dan isinya yang sedap merupakan tarikan utama bagi pemancing. Sotong ini selalunya dipancing menggunakan joran aksi ringan dari kawasan berbatu, pulau, pantai dan unjam di tengah laut.
Sotong mengabang suka mendiami kawasan batu karang. Ia sangat aktif ketika petang dan malam. Air pasang surut juga sangat mempengaruhi keaktifanya. Bulan mengambang merupakan bonus ketika memburu spesies ini.
Di pantai biasanya sotong yang ditangkap bersaiz sehingga sekilogram. Di kawasan unjam saiz sotong ini mampu menjangkau sehingga 2kg seekor. Badannya yang bulat dan gemuk memberikan perlawanan yang cukup hebat jika joran aksi ringan digunakan.
Sotong ini dipancing menggunakan umpan udang tiruan yang banyak dijual di kedai-kedai pancing. Apabila sotong memegang umpan, tegakkan joran. Jangan sekali-kali mengunci kekili. Kekili yang dikunci boleh menyebabkan sotong terlepas. Biarkan sotong berenang sehingga dakwatnya habis dikeluarkan.
Sotong Katak
Fizikal sotong ini hampir menyamai sotong mengabang. Sotong katak mempunyai tulang yang tebal dan besar berbanding sotong mengabang yang mempunyai tulang seakan-akan plastik. Sotong katak sangat malas untuk bergerak. Wilayahnya tidak jauh.
Jika terkena pancing, sotong ini hampir tidak melawan. Sotong ini juga mudah terlepas kerana ia tidak mempunyai jejari panjang yang terdapat pada sotong mengabang. Oleh kerana tabiatnya yang agak malas, ia selalu menangkap umpan di bahagian dasar laut.
Sotong ini kurang sedap jika hendak dibandingkan dengan sotong-sotong yang lain. Harga di pasar juga lebih murah. Selalunya dakwat sotong katak lebih banyak berbanding dengan sotong-sotong lain.
Agak sukar untuk memancing sotong ini dalam jumlah yang banyak kerana sifatnya yang suka bersendirian dan jarang bergerak dalam kumpulan. Ketika air surut, tulang sotong ini boleh dilihat bertaburan di kawasan pantai.
Sotong Kurita
Sotong Kurita merupakan spesies sotong yang mendiamai kawasan berlumpur seperti paya bakau ketika peringkat juvana. Sotong ini selalunya bergerak secara sendirian. Ia mencari makan dengan cara menerkup dan menyamar.
Tubuh sotong ini lebih fleksibel dari sotong-sotong yang lain. Sotong ini boleh memasuki lubang yang lebih kecil dan sempit untuk mencari makanan. Ia mendiami lubang-lubang ketam yang ditinggalkan dan juga struktur batu karang di laut.
Sotong kurita bukanlah sotong yang biasa dipancing tetapi ada juga sotong kurita yang ditangkap menggunakan pancing. Ia boleh ditangkap menggunakan sauk di celah-celah pokok bakau. Selalunya sotong ini dijadikan umpan untuk memancing ikan. Di Taiwan dan China, sotong ini dimakan hidup-hidup.
Agak sukar untuk menemui sotong ini diperairan terbuka kerana ia pandai menyamar menyerupai latar persekitaran bagi mengelirukan musuh. Sotong ini juga pandai meniru gaya renangan ikan bagi mengelak pemangsa. Di Malaysia sotong ini dijadikan umpan memancing dan sotong masin.
Pengkelasan taksonomi bagi menjelaskan Rasbora adalah genera ikan dalam keluarga besar Cyprinidae. Atau lebih mudah untuk difahami, Rasbora ialah kumpulan ikan yang bernaung di bawah nama seluang. Mereka berasal dari habitat air tawar di Selatan dan Asia Tenggara, serta tenggara China.
Beberapa spesies lebih mudah ditemui di dalam akuarium. Sebagaimana nama genus, ia turut dikekalkan nama genus sebagai nama umumnya, rasbora. Rasbora digunakan untuk banyak spesies dalam genus Rasbora, serta beberapa spesies di genus atau genera Brevibora, Boraras, Megarasbora, Metzia, Microdevario, Microrasbora, Rasboroides, Rasbosoma, Sawbwa, Trigonopoma dan Trigonostigma. Sebahagian daripada genera yang berkaitan ini termasuk dalam genus Rasbora pada masa lalu.
Rasbora adalah spesies ikan-ikan kecil yang hanya mampu membesar panjang sehingga 17 cm dan kebanyakan spesimen yang ditemui tidak melebihi 10 cm. Kebanyakan spesies yang ditemui mempunyai jalur vertikal yang gelap.
Menurut laman web FishBase, kini terdapat 84 spesies yang diiktiraf dalam genus ini. Ini berbeza sedikit berbanding laporan dibuat oleh Catalog Of Fishes, di mana beberapa spesies ini dianggap sinonim juvenil dan beberapa yang lain (tidak disenaraikan di bawah) diiktiraf sebagai spesies yang sah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...