Terdapat 4,810 spesies katak di dunia dan 254 spesies di Malaysia. Namun, hanya beberapa spesies katak yang sering ditemui di kawasan kediaman manusia. Seringkali juga kita tertanya-tanya beberapa persoalan iaitu apakah jenis katak ini? Beracun atau tidak? Mengapa katak ini selalu muncul di sini? Dan katak jenis apa yang sesuai untuk dijadikan umpan memancing?

 

Kenali Jenis-Jenis Katak & Katak Terbaik Dijadikan Umpan

 

Katak dan habitat

 

Katak tergolong dalam kumpulan haiwan amfibia dan memerlukan kehidupan dua alam iaitu di kawasan daratan ketika dewasa dan kawasan berair ketika mengawan, bertelur dan perkembangan tumbesaran pada di peringkat larva (berudu).

 

Umumnya, katak menggemari keadaan persekitaran yang lembap dan sejuk. Namun, sesetengah spesies katak gemar berada di persekitaran yang kering, dan ada juga yang lebih gemar berada di permukaan daun. Sifat fizikal seperti kulit separa telap yang cenderung kepada kekeringan turut menjadi faktor pemilihan habitat.

IKLAN

 

Kenali Jenis-Jenis Katak & Katak Terbaik Dijadikan Umpan

 

Kulit katak yang separa telap berkebolehan menyerap air pada apa-apa jenis permukaan supaya kekal lembap. Tambahan pula, katak adalah haiwan berdarah sejuk dan sensitif terhadap perubahan suhu sekeliling. Kebiasaannya katak memilih untuk berlindung di bawah teduhan bagi mengelakkan kehilangan air yang terlalu banyak.

 

Kediaman manusia menyediakan pelbagai bentuk habitat yang sesuai dengan keperluan habitat katak. Kawasan laman bertanah, lantai simen yang sejuk, celahan batu-bata atau pasuan, longkang atau tumbuhan yang menakung air ketika hujan dan permukaan helaian daun sering kali menjadi tumpuan kehadiran dan kediaman katak.

 

IKLAN

Kenali Jenis-Jenis Katak & Katak Terbaik Dijadikan Umpan

 

Spesies katak umpan

 

Apa yang saya tahu terdapat dua jenis katak yang biasa digunakan sebagai umpan memancing haruan. Katak sawah dan katak air. Namun yang lebih banyak diguna pakai ialah katak sawah. Katak sawah atau nama saintifiknya Hylarana erythraea (Family Ranidae).

 

IKLAN

Katak sawah boleh dikenali dengan memerhati beberapa perkara berikut. Bahagian atas tubuh spesies ini berwarna kehijauan dan memiliki jalur berwarna krim dan kuning memanjang daripada mata sehingga dubur. Bahagian atas tubuh juga berbintik halus. Ianya mempunyai garisan pada bibir yang berwarna putih dan timpanum yang berwarna merah.

 

Kenali Jenis-Jenis Katak & Katak Terbaik Dijadikan Umpan

 

Kaki yang panjang dan kurus mendorong Katak Sawah untuk melompat dengan sangat pantas dan tinggi. Spesies ini tidak beracun. Purata ukuran panjang muncung hingga dubur bagi katak dewasa jantan adalah 45 mm dan betina 75 mm.

 

Habitat katak sawah biasanya mendiami kawasan berair seperti tasik buatan dan kawasan terganggu akibat aktiviti manusia seperti sawah padi, ladang, saliran pertanian.

 

Kenali Jenis-Jenis Katak & Katak Terbaik Dijadikan Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI