Spesies dari keluarga ikan kap, B. gonionotus memiliki badan yang sangat mampat. Profil belakang badannya melengkung. Berkepala kecil dengan muncung mendongak ke atas.
Memiliki sesungut yang sangat asas atau hampir tiada. Warnanya apabila dalam keadaan segar berwarna putih keperakan, kadang-kadang hampir berwarna emas.
Sirip dorsal dan sirip kaudal kelabu dan hampir kelabu kekuningan, sirip anal dan sirip pelvik oren cerah, sirip pektoral seperti kuning pucat.
Lampam jawa mampu membesar sehingga 40.5cm sementara berat maksimumnya secara rasmi tidak pernah dicatatkan.
Ads
Silver barb atau Java barb boleh ditemui di kawasan air dalam, sungai berjeram, sungai, dataran banjir, dan kadang-kadang di dalam takungan.
Nampaknya lebih suka habitat air statik dan bukannya air yang mengalir. Mereka menjadikan bahan tumbuhan dan invertebrate sebagai makanannya.
Ia juga merupakan spesies migrasi tetapi tidak dianggap sebagai penghijrah jarak jauh. Ia lebih merupaka penghijrah domestik yang bergerak dari Delta Mekong ke sungai kecil dan terusan dan ke daerah banjir semasa musim hujan dan kembali lagi ketika air surut.
Ads
Sesetengah laporan menunjukkan bahawa penghijrahan huluan ikan ini dicetuskan oleh hujan pertama dan paras air yang semakin meningkat.
Apabila ia menemui anak sungai, terusan atau aliran ia bergerak ke hulu dan akhirnya ke kawasan banjir. Apabila air merosot, ia kembali ke kanal dan sungai dan ke Mekong lagi.
Ads
Ia Sering digunakan sebagai ‘pituitary donor’ untuk penyebaran buatan dalam akuakultur. Berguna dalam mengurangkan tumbuhan yang berlebihan di dalam takungan.
Satu spesimen yang berukuran 45cm (2,100 g) dilaporkan ditangkap dari Dan Tchang Reservoir, Thailand pada 8 Julai 2003.
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Peminat sukan memancing di Malaysia wajib tahu dan kenal spesies ini. Spesies pemangsa air tawar ini bolehlah ditabalkan sebagai pemangsa teratas dalam rantaian makanan dan antara spesies air tawar yang kuat dan ganas.
Aksi ganas, kekuatan dan stamina ikan ini cukup membuatkan kaki pancing berpeluh untuk mendaratkannya.
Dengan bentuk kepala seperti ular yang besar, spesies Channa micropeltes atau giant snakehead merupakan spesies yang cukup sinonim dengan kebanyakan kaki pancing di Malaysia.
Tidak syak lagi sesiapa saja yang mempunyai hobi memancing atau mengilat ikan air tawar, pasti akan kenal dan sedia maklum akan kerakusan sang toman dalam pertarungan.
Secara global, ikan toman lebih dikenali sebagai giant snakehead. Tergolong dalam famili Channidae, sama sebagaimana haruan dan bujuk namun toman mampu membesar sehingga saiz trofi.
Ikan toman juga merupakan salah satu spesies natif atau spesies ikan asal di Malaysia.
Taburan spesies
Taburan ikan sangat meluas terutama di kawasan Asia Tenggara. Bagi kebanyakan lokasi di Asia Tenggara, ikan toman merupakan spesies natif kepada tempat ini.
Lembah Sungai Mekong dan Chao Phraya, Semenanjung Malaysia, Borneo dan Sumatera merupakan antara kawasan yang mempunyai taburan ikan toman.
Selain itu, ikan toman terdapat di Eropah dan Amerika Syarikat walaupun bukan merupakan spesies asal.
Oleh sebab kesan daripada aktiviti manusia yang memperkenalkan spesies ini ke perairan mereka, beberapa tempat dikatakan telah didominasi oleh spesies ini.
Antara kawasan tersebut termasuklah Wisconsin, Maryland dan Virginia.
Habitat dan ekologi
Ikan toman merupakan spesies yang hidup di persekitaran air tawar. Toman biasanya boleh dijumpai di sungai-sungai bertanah rendah, paya, tasik dan terusan.
Bagi toman juvenil, biasanya akan bergerak dan memburu makanan secara berkumpulan.
Bagi kebanyakan kaki di Malaysia, lokasi utama mencari toman ialah seperti tasik semula jadi, tasik buatan, sungai-sungai, lombong atau paya yang terbiar.
Toman juga gemar pada kawasan berarus perlahan dan dalam.
Morfologi dan biologi
Seperti ramai yang sedia maklum, anak-anak toman atau fri toman berwarna merah dan bergerak berkumpulan.
Pergerakan ini biasanya oleh sepasang induk toman atau lebih bagi mengelakkan anak-anak ini menjadi mangsa serangan kepada ikan atau pemangsa lain.
Selepas lebih kurang dua bulan, warnanya akan berubah menjadi oren dengan jalur hitam akan muncul pada garisan lateral.
Apabila semakin membesar, ikan toman akan kehilangan warna merah dan jalurnya akan pecah dan akan menghasilkan corak seakan batik pada badannya.
Warna merah pada badannya akan hilang dan akan menjadi warna biru kehitaman pada bahagian atas ikan ini.
Ikan toman merupakan spesies yang paling agresif berbanding 35 spesies snakehead yang lain. Spesies ini juga boleh membesar sehingga mencapai panjang lebih 2 meter dan berat mencecah 20 kg.
Selain mempunyai barisan gigi yang tajam seperti pisau, ia turut memiliki rahang yang sangat kuat. Paduan gigi dan rahang toman ini merupakan senjata yang menggerunkan.
Ikan toman biasanya memburu ikan yang lebih kecil daripadanya sebagai diet makanan utama.
Selain ikan, toman juga kadangkala menjadikan krustasia dan haiwan amfibia sebagai dietnya.
Apabila musim mengawan, ikan toman akan memilih kawasan yang mempunyai tumbuhan akuatik yang agak banyak sebagai tempat melepaskan telur.
Pemburu berkepala ular yang agresif
Ketika memburu mangsanya, toman akan membengkokkan dirinya seperti huruf S sebelum melakukan pecutan dengan menghentam mangsanya.
Mulutnya yang siap dengan barisan gigi tajam akan membaham mangsanya. Kekuatan rahangnya juga memberikan impak yang lebih kuat semasa membaham mangsanya.
Secara kasarnya, ikan toman boleh memberikan satu imaginasi yang agak menakutkan. Dengan sepasang rahang kuat dan dibarisi dengan gigi tajam serta berbadan tegap dan
padu, cukup memberikan impak sebagai pemangsa yang rakus. Apatah lagi dengan kepala berbentuk ular dan corak pada badannya menambahkan lagi kegerunan pada spesies ini.
Walaupun terkenal dengan kerakusan dan sifat agresifnya, ikan toman merupakan induk yang sangat baik.
Sepasang induk (kadangkala lebih) akan menjaga sarang tempat penetasan telur dan akan menjaga serta mengawasi anak yang baru menetas.
Induk ini akan menyerang dan bertindak lebih agresif ketika proses menjaga anak-anaknya.
Ia akan menjaga sehingga anak-anaknya cukup dewasa untuk hidup sendiri atau sehingga musim mengawan berikutnya.
Dalam arena pancingan rekreasi, ikan loma bukanlah satu spesies ikan yang popular malah berkemungkinan besar ramai pemancing yang tidak mengenalinya.
Namun, ikan yang tidak boleh ditangkap dengan kaedah memancing ini cukup popular setelah ia bergelar ikan pekasam.
Ikan loma atau di sesetengah tempat digelar ikan tongsan loma dan lomah, adalah sejenis ikan air tawar yang hidup antara perimeter pertengahan dan permukaan air.
Jika diperhatikan sekali pandang, ikan dengan nama saintifik Thynnichthys thynnoides ini tidak kelihatan seperti air tawar, tetapi lebih kepada ikan air masin dengan mulutnya yang kecil, sisik sangat halus keperakan dan ekor berbentuk V.
Ikan loma merupakan ikan yang hidup secara berkumpulan dalam kumpulan yang besar. Jika bernasib baik, kadangkala ia boleh dilihat seperti hujan lebat di permukaan air ketika kumpulannya lalu di sungai, lombong mahupun tasik.
Diet utama ikan yang hampir juga menyamai ikan tongsan sisik halus ialah alga, tumbuhan air dan plankton. Ikan ini boleh ditemui di Sungai Perak dan tasik-tasik serta lombong-lombong yang bersambung dengan sistem sungainya.
Sebagaimana yang telah dinyatakan, ikan ini tidak memakan umpan pancingan. Ia hanya boleh ditangkap dengan kaedah lain selain memancing seperti jaring, jala ataupun ditangguk.
Ikan ini bolehlah dianggap bernilai rendah. Harganya murah kerana isinya tawar, kurang enak serta bertulang banyak dan halus.
Namun harganya boleh menjadi berlipat kali ganda apabila ia bertukar menjadi pekasam.
Ikan lampam tergolong dalam genus Barbonymus iaitu kumpulan ikan yang paling banyak terdapat dalam sungai-sungai kita seperti di Pahang, Perak, Johor dan sebagainya.
Ikan lain dalam kumpulan ini termasuklah yang terbesar dan lebih mencabar seperti ikan kerai (Hypsibarbus wetmorei) dan Ikan tengalan (Puntioplites bulu).
Terdapat juga beberapa spesis ikan ini dijadikan sebagai ikan akuarium dalam kumpulan ini.
Ia termasuklah ikan bagoh (Barbodes lateristriga) yang mana ia mempunyai saiz kecil comel yang mudah didapati di anak-anak sungai air jernih di kawasan pedalaman.
Selain itu ikan air tawar atau ikan sungai sama dengan kumpulan jenis ini adalah ikan putih atau juga dikenali dengan nama ikan tebal sisik (Barbodes binotatus) iaitu ikan kecil berwarna keperakan yang memberikan satu keseronokan memancing.
Ikan Lampam ini memang mudah ditangkap jika ada ilmu pengetahuan, minat, kemahiran dan suka memakannya.
Lampam sungai merupakan ikan air tawar yang hampir sama dengan ikan bream di U.K, atau ‘ikan panfish’ di USA atau pun juga ‘ikan tilapia Nil di benua Afrika.
Ikan ini adalah spesies ikan yang mempunyai cara hidup dan reputasi pembiakan yang sangat tinggi.
Ikan Lampam sungai selalunya akan hidup dengan baik di dalam sungai-sungai di Malaysia terutama sungai yang belum tercemar.
Dalam masa tertentu jumlah populasi ikan ini banyak jumlahnya atau pun ia meningkat mendadak bergantung kepada cuaca, musim dan kewujudan makanan.
Populasi yang meningkat terlalu cepat membolehkan ikan ini boleh ditangkap menggunakan pelbagai cara.
Walaupun begitu kini agak sukar sedikit untuk menyaksikan jumlah sebegitu banyak akibat tekanan penangkapan yang sangat tinggi.
Kawasan sungai yang dahulu banyak ikan kini terjejas teruk dengan aktiviti penangkapan kurang beretika seperti penggunaan jaring, tuba, bom ikan malahan ada yang menggunakan racun.
Laporan Jabatan Perikanan menyatakan beberapa sungai utama yang senang dimasuki oleh pemancing atau nelayan sungai atau kawasan yang berhampiran dengan penduduk padat berhampiran dengan kawasan bandar sudah sukar ada ikan ini dalam sungai.
Dalam memburu ikan ini sebaiknya pastikan kawasan sungai atau lubuk untuk memancing banyak ikan lampam. Ikan ini biasanya berada di bahagian pertengahan dan hulu sungai.
Ikan lampam ini hidup satu habitat yang sama dengan jenis ikan terbol, merah pipi, pucuk pisang, kaloi dan jenis ikan sama dengannya.
Kalau dapat ikan lampam terus dibersihkan dengan cepat dengan membuang tahi dan isi perutnya disebabkan ikan lampam mudah membusuk dan sebaiknya simpan dalam kotak simpanan yang ada air batu.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...