Satu lagi komponen yang cukup penting bagi sebuah enjin bot terletak di bahagian leher yang dikenali sebagai pendakap lekap atau dalam bahasa automatifnya mountain bracket.
Fungsi alat ini adalah sebagai pemegang enjin kepada badan sampan dan menjadi penggerak stereng bagi putaran ke kiri, ke kanan atau pusingan 360 darjah bagi enjin bersaiz kecil.
Pada bahagian bawahnya terdapat satu shaft yang menahan kedudukan enjin mengikut tingkat yang dipilih. Setiap tingkat itu sebenarnya memberi perbezaan kepada sesuatu penggunaan enjin sangkut. Dalam bahasa automatif ia disebut tilt angle pin.
Kebiasaannya terdapat empat lubang yang menjadi penahan kepada enjin sangkut. Bagi lubang yang teratas sekali kadar dongak enjin sangkut adalah lebih tinggi berbanding yang bawah sekali.
Ads
Fungsi sebenar komponen ini adalah bahagian terakhir yang perlu diperkemas apabila sangkut telah dipasang pada bot. Semasa enjin menyusuri air kebiasaannya akan dapat dilihat tujahan enjin sama ada berat atau sesuai dengan beban berat bot. Sekiranya enjin kelihatan agak berat maka tingkat shaft tersebut perlu diubah mengikut kesesuaian kawasan air.
Ads
Kadar tujahan enjin yang baik semasa menyusuri air dapat menjimatkan penggunaan bahan api disamping memberi kuasa sebenar enjin tersebut. Jika tidak, sampan akan menjadi tiada kuasa, belahan air tidak sempurna dan kadangkala akan naik memercik sehingga masuk ke dalam bot.
Berhati-hati semasa menarik shaft tersebut kerana ia boleh terlucut dan jatuh ke dalam air. Terdapat satu spring dan pin yang bertindak sebagai penahan shaft daripada terkeluar dari lubang tingkat tersebut.
Ads
Tip melepaskan waterpump tersumbat.
Kadangkala sistem penyejuk enjin sangkut tidak boleh berfungsi dengan sempurna akibat kemasukan sampah-sampah kecil atau pasir halus ke dalam salur rubber impeller. Sekiranya ia berlaku semasa bot sedang bergerak sebaiknya berhenti di kawasan yang selamat dan gunakan alat yang lembut seperti tali tangsi yang sedikit kasar dan jolokkan di bahagian air keluar.
Sekiranya cara itu masih gagal, periksa bahagian kotak gear bawah kerana di situ tempat air disedut dan dihantar ke bahagian enjin. Periksa dan buang sampah-sampah kecil yang melekat agar kitaran air dapat disalurkan dengan sempurna.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Pada pendapat saya, rasanya kita tidak perlulah meletakkan apa-apa jenis minyak pada tali sulam atau braided kerana beberapa perkara. Pertamanya, saya percaya kebanyakan tali sulam sudah memiliki bahan tersendiri untuk melindungi tali tersebut.
Keduanya, ada kemungkin juga minyak yang akan digunakan nanti mempunyai bauan yang mungkin akan menakutkan ikan.
Lebih rugi jika bahan di dalam minyak tersebut boleh menyebabkan atau mungkin akan merosakkan tali tersebut.
Sekiranya ingin tali sulam tahan lama dan kuat, memadai dengan melakukan proses selenggara selepas menggunakan tali sulam tersebut. Paling utama basuhlah tali tersebut dengan air yang bersih selepas memancing, tidak kiralah menggunakannya di air tawar apatah lagi lagi air masin.
Dan selepas digunakan beberapa kali dalam tempoh tertentu, tali benang dikeluarkan dan di masukan balik dari belakang iaitu tali yang di belakang kekili dialih ke hadapan. Ia bertujuan bagi tali digunakan maksimum yang mungkin.
Perkara lain, kebanyakan tali benang telah pun disaluti lilin khas sejak di awal penghasilannya bagi tujuan kelancaran dan juga melindungi permukaan tali benang tersebut.
Tiada yang lebih seronok ketika memancing terutamanya melalui teknik mengilat atau casting selain dari saat ikan menyambar umpan atau gewang yang digunakan. Tambah seronok apabila ikan tersebut berjaya didaratkan. Kadangkala dalam keadaan seronok itu alpa dengan aspek keselamatan. Terutamanya aspek keselamatan mengendalikan ikan.
Mengendalikan ikan bukan bermakna tindakan selepas mendaratkan ikan, tetapi juga tatkala ikan berada di hujung tali pancing.
Jangan terlalu gelabah atau tergopoh-gapah ketika melayan tarikan ikan. Sebaiknya amalkan konsep hulur dan tarik dengan tenang untuk mengelakkan berlakunya sebarang perkara tak diingini. Malah, ketika inilah sebenarnya kemuncak kenikmatan memancing.
Gunalah gancu, sauk atau lip grip untuk mendaratkan hasil tangkapan. Elakkan dari mendaratkannya dengan menggunakan kekuatan joran dan tali pancing kecuali ikan terlalu kecil.
Dan jangan terlalu berani menaikkan ikan menggunakan tangan kerana rontaan ikan mampu membawa kecederaan kepada pemancing sama ada menerusi ikan tersebut mahupun gewang yang berada pada mulut ikan.
Pastikan anda menanggalkan mata dari mulut ikan menggunakan playar atau alatan lain yang sesuai. Elakkan menggunakan tangan untuk mencabut mata kail! Apatah lagi jika gewang tersebut menggunakan mata tiga. Sebaiknya peganglah ikan dengan kemas bagi mengelaknya dari meronta.
Pastikan ikan yang bersengat sudah dipotong sengatnya terlebih dahulu sebelum sama ada sebelum menanggalkan gewang atau sebelum disimpan di dalam bekas simpanan ikan. Sengat yang sudah dipotong haruslah ditanam atau dicampak semula ke dalam air bagi mengelakkan anda terpijak atau terduduk ke atasnya.
Sekiranya ikan yang diperoleh bukanlah ikan sasaran atau tidak bercadang untuk dibawa pulang maka lepaskanlah ikan tersebut dengan selayaknya. Berilah ruang kepada ikan untuk pulih dengan sebaiknya sebelum dilepaskan. Jangan sesekali dicampak seperti membuang sampah.
Beberapa metod digunakan untuk mematikan udang kara. Cara paling umum untuk mematikan udang kara adalah dengan menempatkannya di dalam air mendidih, kadang-kadang setelah dimasukkan ke dalam peti penyejuk beku untuk jangka waktu tertentu.
Metod lain adalah dengan membahagi udang kara atau memotong tubuh menjadi dua secara memanjang. Udang kara juga dapat dimatikan atau diimobilisasi segera sebelum direbus dengan tikaman ke otak (ikejime), dengan keyakinan bahawa ini akan menghentikan penderitaan.
Namun, otak udang kara beroperasi dari bukan hanya satu tetapi beberapa ganglia dan melumpuhkan hanya ganglion frontal yang biasanya tidak mengakibatkan kematian.
Dan berikut merupakan cara mematikan udang kara yang paling tidak berhemah, yang mungkin menyebabkan kesakitan dan penderitaan:
Setiap prosedur di mana perut dipisahkan daripada toraks.
Pengambilan anggota tisu, daging, atau anggota tubuh saat krustasea hidup dan sedar sepenuhnya.
Menempatkan krustasea dalam air yang dipanaskan secara perlahan-lahan hingga ke tahap pendidihan.
Menempatkan krustasea secara langsung ke dalam air yang sedang mendidih.
Menempatkan krustasea air masin ke dalam takungan air tawar.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...