Aya sirip kuning mendiami kawasan lautan dalam bersuhu antara 18°C hingga 31°C. Ia jarang mendiami laut cetek walaupun banyak menghabiskan masa di permukaan.

 

Kenali Family Tuna Spesies Yellowfin Tuna!!

 

Sebagaimana sifat keluarga tuna, aya sirip kuning memiliki bentuk badan seperti selinder membulat serta tegap. Antara ciri pengenalan utamanya ialah memiliki sirip dorsal kedua memanjang berwarna kuning terang hingga ke pangkal ekor.

 

Ekor bercabang memanjang dan besar, sirip pektoral hampir 1/3 panjang badannya dan terdapat jalur kuning di antara warna gelap metalik atas badan dan cerah di bawahnya.

 

Tuna sirip kuning bermulut luas dibarisi gigi halus serata mulutnya. Semasa kecil ikan ini tidak begitu menarik dari segi bentuk badan dan juga harganya. Semakin membesar, semakin memanjang sirip dorsal keduanya hingga sampai ke pangkal ekor.

 

IKLAN

Kenali Family Tuna Spesies Yellowfin Tuna!!

 

Isinya juga berubah rasa apabila membesar dan semakin mahal harganya. Kilauan warna lebih terserlah gah lebih-lebih lagi dilingkungi sirip dorsal kedua yang melengkung cantik hingga hampir tersentuh bahagian ekor.

 

Ikan aya sirip kuning hanya berlegar pada kedalaman 1 meter hingga 250 meter walaupun ia mendiami lautan yang purata kedalaman 1000 meter hingga 5000 meter. Ia amat sensitif dengan kualiti oksigen di mana ia memerlukan kandungan oksigen yang tinggi untuk hidup. Atas sebab itulah ia jarang ditemui di bawah kedalaman 250 meter dari permukaan air. Ia tidak hidup di dasar lautan.

 

Hidup di lautan tropikal bersuhu sederhana dan biasanya bermain di atas suhu termocline di mana terdapat dua suhu berbeza di dalam air. Biasanya suhu bawah lebih sejuk dari suhu atas dan hampir kebanyakan ikan akan berada di lingkungan suhu panas.

IKLAN

 

Kenali Family Tuna Spesies Yellowfin Tuna!!

 

Ia juga gemar bermain di permukaan air dan sering melakukan loncatan ke udara terutama ketika mengejar mangsa. Dengan bentuk badan umpama torpedo, ayah sirip kuningan mampu melakukan tujahan 20 meter sesaat dan berenang dengan kelajuan 72 km sejam.

 

Bergerak dalam kumpulan besar mengikut saiz kumpulan. Juga pernah didapati berenang bersama spesies ikan lain dan gemar bermain sekitar objek terapung kerana kawasan tersebut dikenal pasti mampu memberi sumber rangkaian makanan diperlukan.

 

IKLAN

Ia juga spesies yang sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang jauh mengikut musim. Laluan utama ikan aya kuning ini adalah lautan tropika iaitu laluan arus Pasifik dan Hindi.

 

Kenali Family Tuna Spesies Yellowfin Tuna!!

 

Diet utama aya sirip kuning ialah hampir semua ikan pelagik terutama jenis mackerel, bilis dan sotong. Saiz terbesar dilaporkan menjangkau 200 kg pada usia 8 tahun dengan panjang hampir 208 cm panjang.

Itu sudah kira cukup bagus jika ikan ini dapat melepasi usia 8 tahun. Ini berdasarkan kegiatan memburu secara komersial dilakukan sepanjang tahun hampir seluruh dunia.

 

Kenali Family Tuna Spesies Yellowfin Tuna!!

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI