Berdasarkan sumber kajian ilmiah, ikan depu hidup di kawasan terumbu karang dengan kedalaman laut 20 – 50 meter. Ikan ini merupakan predator yang memakan crustacea, cephalopoda, dan ikan-ikan kecil yang hidup di karang menggunakan strategi menyamar kemudian menyergap mangsa yang mendekat.

 

Kenali Keluarga Ikan Depu!!

 

Mulut ikan depu berupaya untuk menyedut mangsa makanannya dengan kecepatan gerakan yang hampir tidak terlihat, iaitu 15 ms (milisekon). Secara morfologi, ikan depu memiliki fizik yang unik. Hidupan marin ini memiliki kepala berduri yang besar, duri berbisa yang berada pada belakang dan siripnya, dan kantung bisa.

 

Bentuk siripnya berduri membentuk seperti kipas. Panjang tubuhnya sekitar 10 – 40 cm. Selain itu, ikan depu memiliki warna yang identik iaitu bergaris merah, marun, coklat, jingga, hitam dan putih. Ikan depu mengeluarkan bunyi yang berasal dari gosokan dan gerakan rangka tubuh untuk menarik perhatian pasangannya.

 

Kenali Keluarga Ikan Depu!!

 

Menurut Stein (2006), ikan membuat suara atau bunyi untuk beberapa alasan yang berbeza, antara lain untuk tetap berhubungan dengan kawanan, memperingatkan bahaya, berkomunikasi dengan pasangan, menarik perhatian pasangan, menakut-nakuti penceroboh agar menjauh dari telur, dan bahkan mungkin untuk echo location bagi beberapa spesies laut dalam.

Verrapan, et al. (2009) mengatakan lebih dari 800 spesies ikan diketahui mengeluarkan suara. Pada umumnya, suara yang dihasilkan diproduksi pada saat makan atau berenang.

 

Ikan Depu cenderung tidak agresif, namun mereka memiliki tingkah laku pertahanan. Apabila mereka merasa terancam, mereka akan segera menegakkan sirip dorsalnya atau hanya bersembunyi dan diam. Ikan depu merupakan ikan yang beraktiviti pada malam hari (nokturnal). Pada siang hari, mereka lebih banyak bersembunyi di tempat terlindung, seperti di lubang terumbu karang.

IKLAN

 

Kenali Keluarga Ikan Depu!!

 

Satu spesies yang paling hampir dengan kita ialah depu seakan-akan ikan gedema atau kerapu singa. Ia  berwarna coklat dan mempunyai kulit yang agak kasar. Gemar bersembunyi di dalam lumpur, karang dan batu-batuan, merupakan spesies ikan laut yang beracun tergolong dalam jenis Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dari keluarga Scorpaenidae.

 

Spesis ini akan menyedut buruannya dengan mulut besarnya dan dengan refleks cepatnya mereka menekan buruannya sekaligus. Depu dikenali kerana duri yang tajam dan memiliki warna merah, coklat, kuning, hitam atau putih yang amat berbisa yang terdapat di bahagian sirip belakang, jika terkena boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan boleh membawa maut.

 

Kenali Keluarga Ikan Depu!!

 

Sebenarnya ada banyak spesis ikan depu yang diambil maklumat daripada Wikipedia di antaranya:

IKLAN

Ikan Depu Kerapu

Ikan Depu Layer

Ikan Depu Tebuan

Ikan Depu-Batu Karang

Ikan Depu-Belang Karang

Ikan Depu-Belang Karang

Ikan Depu-Belang Zebra

Ikan Depu-Belang Zebra

Ikan Depu-Kala Janggut

IKLAN

Ikan Depu-Kala Jingga

Ikan Depu-Kerapu Bara

Ikan Depu-Kerapu Karang

Ikan Depu-Kerapu Sisik

Ikan Depu-Laut Dalam Lolong

Ikan Depu-Laut Gelang

Ikan Depu-Lebah Abu

Ikan Depu-Lebah Jalur

Ikan Depu-Sengat Bongkok

Ikan Depu-Sengat Janggut

Ikan Depu-Singa Zebra

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI