Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Umpan kini berada di dalam aplikasi   
Home Hobi & Minat Info Spesies – Kenali Ikan Sebarau ®

Info Spesies – Kenali Ikan Sebarau ®

 

Hampala macrolepidota merupakan spesies ikan air tawar yang cukup popular di Malaysia. Hampala macrolepidota merupakan nama latin bagi sebarau dan nama global lain termasuklah hampala barb dan juga jungle perch.

Spesies yang tergolong dalam order Cypriniformes di dalam keluarga besar Cyprinadae merupakan spesies natif atau ikan asal.

Selain perairan Malaysia, taburan spesies ini turut merangkumi perairan Indonesia, Thailand, Mynmar, Laos dan Vietnam.

 

Ikan sebarau boleh ditemui boleh ditemui di aliran Sungai Mekong, Sungai Chao Phraya dan Mae Klong. Selain itu, tasik dan lembah sungai juga menjadi tumpuan bagi spesies ini.

Di Malaysia, sebarau boleh ditemui di banyak kawasan sungai dan tasik. Sungai-sungai pergunungan pula menjadi antara lokasi yang paling untuk menjejak spesies ini.

Bagi sebarau di Kepulauan Borneo, majoriti sebaraunya sedikit berbeza kerana memiliki dua belang berbanding sebarau di Semenanjung.

Info Spesies – Kenali Ikan Sebarau ®

 

IKLAN

Secara umumnya, habitat ikan sebarau lebih tertumpu kepada kawasan-kawasan sungai berair jernih, mempunyai kadar oksigen yang tinggi, kawasan larian air yang berbatu dan berpasir.

Begitu pun, ikan sebarau juga mempunyai daya kesesuaian dalam kawasan tanah tinggi mahu pun tanah rendah dan boleh menghuni kawasan yang berlumpur dan tanpa arus seperti tasik.

 

Info Spesies – Kenali Ikan Sebarau ®
Sebarau tasik kenyir

Info Spesies – Kenali Ikan Sebarau ®

 

Sewaktu musim hujan atau musim tengkujuh, sebarau akan bermigrasi ke kawasan hulu yang dinaiki air untuk tujuan mengawan dan pembiakan.

 

IKLAN

Bagi kebanyakan sebarau yang bersaiz besar yang dikenali dengan nama badong, biasanya sukar ditemui di kawasan sungai berarus deras, jernih dan cetek.

Spesimen yang lebih besar gemar menghuni kawasan yang lebih dalam dan sering tertumpu kepada kawasan yang mempunyai objek seperti kayu atau reba.

Info Spesies – Kenali Ikan Sebarau ®

Sebarau merupakan spesies pemangsa yang memburu lantas menjadikannya spesies karnivor.

Ikan sebarau lazimnya menjadikan ikan yang lebih kecil sebagai makanannya. Selain itu, dalam habitat semula jadinya, serangga dan hidupan akuatik lain turut dijadikan sebagai mangsa dalam buruannya.

Bagi sebarau juvenil, serangga kecil menjadi diet utama selain daripada zooplankton. Spesies pemangsa ini juga menjadikan mamalia akuatik sebagai diet makanannya terutama yang sering bermain di kawasan permukaan air selain krustasea yang turut menjadi pilihannya.

IKLAN

 

Sebarau biasanya bergerak secara berkumpulan dan lazimnya dalam setiap kumpulan terdapat seekor sebarau yang dominan bertindak sebagai ketua.

Bagi sebarau yang lebih besar, biasanya akan bergerak secara bersendirian atau pun berpasangan. Spesimen yang besar jarang berenang secara berkumpulan berikutan sifat dominannya.

 

Info Spesies – Kenali Ikan Sebarau ®
Sebarau di Berau, Kalimantan.

Info Spesies – Kenali Ikan Sebarau ®

 

Daripada aspek morfologi, sifat luaran bagi sebarau yang paling mudah dikenali ialah garisan hitam yang menegak pada badannya.

Paten warna hitam pada badannya menegak merentasi garisan lateral sehingga ke bawah. Ekor atau sirip kaudalnya pula berwarna oren kemerahan yang terang dan terdapat garisan margin berwarna hitam pada garisan luar ekornya.

 

  • Taksonomi
  • Kingdom : Animalia
  • Phylum : Chordata
  • Class : Actinopterygii
  • Order : Cypriniformes
  • Family : Cyprinidae
  • Spesies : Hampala macrolepidota (Kuhl & van Hasselt, 1823)
  • Common name : Hampala barb, Jungle perch
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI