Terdapat pelbagai nama tempatan bagi spesies ini iaitu selat, belida selat, potok mahupun tongkos. Walau bagaimana pun ia lebih popular sebagai ikan selat dengan nama Inggerisnya Asiatic knifefish atau common knifefish. Namun tidak banyak yang diperkatakan tentang ikan ini dalam media cetak mahupun media elektronik.
Secara fisiologi, ikan selat tidak banyak beza dengan saudara rapatnya dalam keluarga Notopteridae. Kesimpulannya, perbezaan antara ketiga-tiga spesies iaitu belida sungai, belida bintik dan selat hanya boleh dilihat pada corak badan serta saiz maksimum ikan ini.
Ads
Ikan selat mempunyai warna badan sekata seperti belida namun ia tidak mampu membesar sehingga besar maksimum ikan belida lainnya. Ada yang mengatakan ikan selat tidak memiliki badan yang bongkok seperti belida.
Namun ia agak sukar untuk dibuat perbandingan ini pada pandangan mata kasar kecuali dapat meletakkan dua spesies yang sama saiz bersebelahan. Ikan selat dengan belida waktu tampak serupa. Nak beza senang saja… tengok pada bahagian bibir mulutnya. Kalau mulut panjang melepasi mata itu belida, bukan selat.
Ads
Satu perbezaan seterusnya, kedua-dua selat dan belida ketika juvenil memiliki belang. Beza pada kedudukan mata lain sedikit dan anak selat biasanya berwarna putih kemerahan sedikit.
Spesies belida terkecil dalam famil Notopteridae ini mudah ditemui dalam kepelbagaian habitat dan perairan negara. Ia bukanlah spesies buruan pemancing sukan sebagaimana ikan belida sungai dan belida bintik.
Tentu saja ikan selat tidak menjadi spesies sasaran dalam memancing berikutan saiz yang kecil. Ia biasanya terpancing dengan tidak sengaja, lazimnya ketika memancing ikan-ikan kecil lainnya seperti sepat atau puyu.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Spesies kerdil ini bertaburan amat luas. Ia boleh dijumpai di China, Indochina, Myanmar, kepulauan Andaman, India, Sri Lanka, Afghanistan ke Iran. Ke selatan pula ia bertaburan dari Thailand, Semenanjung Malaysia, Singapura, Sumatera, Borneo, Jawa dan Madura.
Spesies yang ditemui oleh saintis Hamilton-Buchanan di Sungai Gangga, India pada tahun 1822 tidak mampu membesar melebihi 25cm. Spesimen yang biasa ditemui sekitar 10-20cm sahaja.
Haruan kedak menjadikan sungai hutan dan paya cetek sebagai habitatnya. Walau bagaimana pun ia turut pernah dijumpai di dalam perigi, longkang, tasik, sungai dan kolam-kolam kecil. Ia turut mampu hidup di kawasan tanah tinggi sehingga 3,500 meter.
Haruan kedak merupakan ikan cinonet yang cantik. Badannya kelabu keperangan dan terang di bahagian bawah. Bergantung kepada mood ikan ini, ia boleh berwarna terang atau berjalur hitam melintang pada bahagian belakang dan tepi.
Siripnya apabila menegak kelihatan hitam keperangan, kadangkala berjalur. Sirip ekor dan dorsal berbingkai merah oren. Warna ini lebih menyerlah pada ikan jantan dan individu yang tinggal di habitat yang lebih berasid.
Sirip analnya berbingkai putih atau kuning. Sirip pektoralnya kuning oren dengan empat hingga enam belang gelap melinting dan biru atau hijau gelap pada latar belakang. Bahagian bawah kepala berbintik seperti marmar dan ketika aktif, ia membentuk kilauan biru terang.
Warnanya yang hidup dan saiznya yang kecil menyebabkan ruan todak menjadi spesies popular ikan akuarium. Ia adalah spesies yang tahan lasak, mudah dipelihara dan cantik berada di dalam akuarium.
Ikan lomah di sesetengah tempat digelar tongsan loma atau loma. Lomah adalah sejenis ikan air tawar yang hidup antara perimeter pertengahan dan permukaan air. Jika diperhatikan sekali pandang, ikan dengan nama saintifik Thynnichthys thynnoides ini tidak kelihatan seperti air tawar, tetapi lebih kepada ikan air masin dengan mulutnya yang kecil, sisik sangat halus keperakan dan ekor berbentuk V.
Ikan lomah merupakan ikan yang hidup secara berkumpulan dalam kumpulan yang besar. Jika bernasib baik, kadangkala ia boleh dilihat seperti hujan lebat di permukaan air ketika kumpulannya lalu di sungai, lombong mahupun tasik.
Diet utama ikan yang hampir juga menyamai ikan tongsan sisik halus pada bahagian kepala ialah alga, tumbuhan air dan plankton. Ikan ini boleh ditemui di Sungai Perak dan tasik-tasik serta lombong-lombong yang bersambung dengan sistem sungainya.
Sebagaimana yang telah dinyatakan, ikan ini tidak memakan umpan pancingan. Ia hanya boleh ditangkap dengan kaedah lain selain memancing seperti jaring, jala ataupun ditangguk.
Ikan ini bolehlah dianggap bernilai rendah. Harganya murah kerana isinya tawar, kurang enak serta bertulang banyak dan halus. Namun harganya boleh menjadi berlipat kali ganda apabila ia bertukar menjadi pekasam.
Dalam arena pancingan rekreasi, ikan loma bukanlah satu spesies ikan yang popular malah berkemungkinan besar ramai pemancing yang tidak mengenalinya. Namun, ikan yang tidak boleh ditangkap dengan kaedah memancing ini cukup popular setelah ia bergelar ikan pekasam.
Tidak dapat dipastikan sudah berapa spesies ikan peacock bass terlepas ke sistem sungai dan perairan negara kita.
Sehingga kini kesan daripada penjarahan ikan pendatang ini belum dirasakan namun jika kesemua 15 spesies peacok bass ini dibebaskan, besar kemungkinan kita akan kehilangan spesies natif atau ikan tempatan.
Cichla nigromaculata
Spesies C. nigromaculata ini pula mempunya 5 garis menegak yang agak rapat di bahagian sisi badan di mana 3 garis lebih gelap dan 2 garis cerah diantara 3 garis gelap tersebut.
Selain itu ia tidak mempunyai tanda htam di bahagian operculum. Keseluruhan badan bewarna gelap, lapisan hijau keemasan dibawah dorsal hitam.
Sirip bahagian atas bewarna gelap manakala sirip di bahagian bawah agak kebiruan. Ia mampu membesar panjang sehingga 26.3cm sahaja.
Cichla jariina
Spesies C. jariina ini hampir sama dengan spesies C. temensis, pinima, thyrorus dan vazzoleri.
Spesimen yang dipelihara menunjukancorak pada operculum menyerupai Chicla temensis. Garis hitam mendatar yang bermula dari mata sehingga ke bahagian ekor.
3 garis gelap yang diwakili oleh barisan tompok hitam dengan garisan kuning keemasan di sekililing tompok tersebut. Ia mampu membesar sehingga 34cm.
Cichla melaniae
Spesies C. melaniae ini adalah spesies yang dikenal pasti oleh para pengkaji sekitar tahun 2006.
Spesies ini seakan serupa dengan C. mirianae kecuali tiada bintik kecil di bahagian kepala dan tompok hitam di bahagian tengah lateral.
Ia memaparkan 3 garis menegak yang agak menonjol warnanya dan terdapat kesan garis medial di antara ketiga tiga garis utama.
Juga terdapat banyak bintik bintik hitam dengan warna muda di tepi bertaburan di sisi badan. Ia mampu membesar panjang sehingga 36cm.
Cichla vazzoleri
Spesies ini hampir menyamai atau similar dengan spesies C. jariina, C. pinima, C. temensis, dan C. thyrorus dengan mempunyai 4 baris mendatar bintik-bintik cahaya sepanjang sisi badan pada spesiemen subdewasa dan betina dewasa.
Spesies ini mampu membesar panjang sehingga 41cm.
Cichla pleiozona
Spesies C. pleiozona ini mempunyai garis keempat yang agak tipikal di bahagian caudal peduncle (bahagian antara badan dan ekor).
Ia juga tidak mempunyai bintik halus di bahagian sirip bawah. Mempunyai warna badan hijau zaitun, emas kekuningan dan bahagian perut bewarna putih. Spesies ini mampu membesar sehingga 44.2cm dan berat maksima 2.4kg.
Cichla thyrorus
Spesies C. thyrorus ini hampir menyamai spesies C. jariina, pinima, temensis dan vazzoleri.
Nama spesies ini berasal dari bahasa Greek ‘thyroros’ yang membawa makna penjaga pintu atau porter, merujuk kepada pengedaran geografi di Cachoeira Porteira, perkataan Portuguese porteira yang bermaksud pintu masuk atau pintu masuk.
Spesies ini mampu membesar panjang sehingga 43cm.
Cichla piquiti
Spesies C. piquiti ini agak unik daripada kebanyakan spesies yang lain. Ia mempunyai 5 garis gelap menegak yang besar pada bahagian badan apabila dewasa.
Warna badan juga berbeza beza dari kelabu pucat kepada warna kekuningan. Spesies ini mampu membesar panjang sehingga 48cm dan berat maksima 1.8kg.
Cichla kelberi
Spesies C. kelberi ini juga serupa menyerupai spesies C. monoculus dan C. pleizona di mana terdapat 3 garis gelap menegak yang jelas pada sisi badan dan tidak mempunyai tanda hitam di bahagian operculum.
Juga terdapat bintik kecil pada sirip pelvik yang membezakan ia dengan spesis yang lain. Spesies ini mampu membesar panjang sehingga 51cm dan berat maksima 2kg.
Cichla pinima
Spesies C. pinima ini mempunyai 3 garis tegak gelap yang menonjol atau tompok hitam bagi spesimen dewasa. Juga terdapat tanda tanda hitam di bahagian operculum.
Ketika juvenil, ia mempunyai 4 atau lebih garis garis halus. Spesies ini mampu membesar panjang sehingga 52cm.
Cichla mirianae
Spesies C. mirianae ini dapat dibezakan dengan spsies lain melalui 3 tompok hitam yang dikenali sebagai ccellated di sepanjang sisi badan dan tompok halus di sepanjang badan bermula dari pipi sehingga bahagian ekor.
Sama seperti Cichla melaniae cuma ia tiada garis hitam menegak. Namun spesies ini mampu membesar panjang sehingga 52cm.
Cichla intermerdia
Taburan spesies ini meluas di Amerika Selatan menerusi lembangan sungai Orinoco dan cabang-cabangnya, sungai Casiquire di Venezuela dan dipercayai sudah menjarah di Colombia.
Bagi corak, terdapat 8 garis hitam menegak di sepanjang sisi badan dan mempunyai jalur melintang di bahagian tengah badan.
Mempunyai warna hijau zaitun dan keemasan di bahagian sisi badan, manakala sirip pelvik berwarna kemerahan dan sirip dorsal pula berwarna kebiruan.
Spesies ini mampu membesar panjang sehingga 55cm dan berat sehingga 3kg.
Cichla orinocencis
Spesies C. orinocencis ini mempunyai 3 bintik (ocelli) berbeza pada sisi badan. Terdapat warna yang seragam pada badan iaitu warna kuning terang keemasan dan warna hijau zaitun.
Spesis ini juga tidak mempunyai tanda gelap di bahagian operculum. Ia mampu membesar sehingga 61.7cm dan berat maksima 6.2kg.
Cichla monoculus
Spesies C. monoculus memiliki garis menegak yang tidak panjang dan tidak melepasi garis panjang melintang yang bermula dari sirip Pectoral.
Pada bahagian operculum juga tidak terdapat tanda berwarna hitam. Warna kemerahan di bahagian bawah rahang muncul apabila musim bertelur dan untuk spesimen yang besar akan terdapat garis occipital (kepala).
Ia mampu membesar sehingga 70cm dan berat maksima 9kg.
Cichla ocellaris
Spesies C. ocellaris ini sedikit berbeza berbanding kebanyakan spesies Cichla lain. C. ocellaris ini mempunyai garis menegak pendek dan kadang-kadang mempunyai satu bintik ocellum yang berbeza di bawah sirip dorsal kedua.
Spesis ini juga tidak mempunyai tanda hitam di bahagian operculum. Ia mampu membesar panjang sehingga 74cm dan berat maksima 6.8kg.
Cichla temensis
Temensis merupakan spesis terbesar dalam keluarga peacock bass. Ia turut dikenali dengan nama umum speckled pavon dan merupakan spesies utama dalam keluarga ikan merak yang menjadi buruan pemancing.
Ia mampu membiak dengan baik dalam iklim tropika seperti di Malaysia. Spesimen terbesar yang pernah dicatatkan ialah 99cm dan seberat 12.2kg!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...