Gegerut mempunyai bahagian sekata di muka atau pipi dan tidak menonjol keluar serta warna badan perak keemasan (warna silver), warna tompok-tompok hitam di atas garisan lintang dan bahagian ekor putih dan hitam di bahagian hujung.
Saiz gegerut yang mudah diperolehi sekitar 100gram hingga 500gram. Untuk memperolehi spesies yang lebih besar ia biasa dijumpai di air yang agak dalam dan terkeluar sedikit dari muara terutama paluh (laluan utama sungai) serta kawasan pulau persisiran pantai serta laut bebas. Saiz yang biasa dilihat untuk gegerut di air dalam di antara 600gram hingga 3kg.
Gegerut yang biasa diperolehi dikawasan muara dan air cetek sesuai mengunakan perumpun dan mata yang lebih kecil. Kalau mata pancing yang digunakan terlalu besar anda perlu selalu memasang umpan baru setiap kali selepas henjutan berlaku di hujung joran.
Ads
Ads
Gerut-gerut boleh diperolehi di kawasan air cetek sehingga kurang dari satu meter tetapi kebanyakanya adalah yang bersaiz kecil. Gegerut yang bersaiz besar 500gram ke atas hanya boleh diperolehi di perairan yang lebih dalam dari 10meter ke atas.
Gegerut gemar kepada kawasan kuala sungai, pantai dan kawasan batu karang di persisiran pantai atau pulau. Pilihan utama gegerut di kawasan kuala sungai ialah berpasir dan juga di kawasan reba pokok bakau.
Ads
Walaupun saiz kecil, ia boleh mengejutkan pemancing dengan larian pantas ketika melarikan diri dari pemancing dan mampu menghabiskan umpan yang dua kali ganda besar dari mulutnya. Gegerut yang bersaiz 500gram ke atas sangat popular di Australia sebagai salah satu hidangan sumber protein mereka selain dari negara kita sendiri.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan layaran dikategorikan sebagai billfish iaitu ikan berparuh, bermuncung panjang dan paling menarik ialah layarnya iaitu sirip dorsal kembang menawan hitam kebiruan.
Lavi pada bawah bahagian tengkuk memanjang hampir memanjang setengah badannya. Sirip umpama layar, berparuh dan juraian lavi adalah ciri-ciri utama ikan layaran ini.
Layaran dipercayai mampu membesar sehingga tidak melebihi 3meter panjang dengan berat maksimum 110kg, namun rekod tangkapan menggunakan joran dan kekili dipegang oleh Carl Stewart pada 1947 di Ecuador dengan berat 221lb (100.25kg).
Ia boleh dikatakan membiak sepanjang tahun di kawasan air tropika dan sub-tropika. Tiada musim tertentu waktu pembiakannya.
Habitat Dan Sifat
Jenis ikan epi-pelagik ini biasanya ditemui di atas garisan suhu termocline (garisan aras laut pada kedalaman tidak menentu).
Sesuai dengan ikan tropika ia banyak ditemui di lokasi laut berhawa sederhana dan kebanyakan waktunya bermain di permukaan air.
Ia boleh berada di kawasan lautan dalam 1000meter dan juga persisiran pantai di mana paras air kurang dari 20meter.
Walaupun berada di lautan dalam, spesies ini tidak akan berada lebih dari 100meter.
Jika diperhatikan lokasi yang lumrah ikan ini ditemui di Semenanjung ialah sekitar kawasan unjam Pantai Timur, Pulau Jarak, Pulau Bidan sekitar Tuas dan Tukun Perak di pantai barat.
Amnya lokasi permainan layaran ialah kawasan yang diketahui banyak terdapat kumpulan ikan kecil sebagai sumber diet utamanya.
Lokasi di pantai barat ikan ini lebih tertumpu di sekitar pulau berbatu kecuali di Tuas manakala lokasi di pantai timur semenajung pula ia lebih gemar pada gugusan unjam darat mahupun laut.
Sabah juga tidak boleh dinafikan syurga bagi layaran terutama di lokasi terumbu dan jurang laut di pinggir pulau.
Apa yang menarik tentang layaran ialah tabiat semulajadinya gemar melakukan aksi akrobatik ke udara pada awal pagi dan menjelang petang.
Waktu itu anda hanya mampu melihat kerana ia tidak berminat dengan umpan. Jika kumpulannya banyak anda boleh lihat sehingga 5 ekor melonjak ke udara serentak dan di sudut lain kumpulan layaran melakukan senaman unik.
Makanan Buruan
Bagi ikan mendiami permukaan air, makanan utamanya pula pastilah dari jenis pelagik seperti kembung, pelaling, tongkol kecil, selar, selayang, tamban, lolong, selar kuning dan ikan bilis.
Anak tongkol, kembung dan pelaling boleh disifatkan sebagai kegemaran manakala tamban, selar dan sotong cumit sebagai alternatif.
Tempat kumpulan ikan pelagik berkumpul dan bermain juga merupakan kawasan yang sering di kunjungi layaran.
Mahi-mahi memiliki badan leper memanjang, lebar dicbahagian kepala dan menirus hingga ke ekor. Sirip dorsal memanjang hampir ke sirip kaudal. Manakala sirip pelvik bersambung dengan sirip anal. Ekor tirus memanjang dan bercabang.
Spesies jantan dan betina berlainan serta kombinasi warna badan mengikut usia spesies ini. Spesies jantan lebih mudah dikenali dengan kehadiran bonggol di kepalanya.
Ia menjadikan ikan pelagik seperti kembong, tamban, selar, bilis sebagai diet dan sotong atau udang.
Lazimnya ia boleh ditemui di laut lepas, kawasan pesisir pantai yang jernih terutama berdekatan dengan unjam. Taburannya boleh ditemui hampir kebanyakan negara terutama kawasan tropika.
Belitong jantan mempunyai kepala yang agak membonjol sedikit jika dibandingkan dengan spesies betina. Sirip Dorsal belitong jantan agak rapat di bahagian kepala spesies betina.
Spesies ini adalah salah satu spesies yang mempunyai kombinasi warna badan yang cantik terutama apabila dilihat di bawah air. Warnanya akan pudar dengan cepat apabila berada di lantai bot.
Warna biru metalik untuk tompokan bintiknya dengan warna hijau menawan di badan menukar kekuningan dari tengah badan sehingga bahagian perut. Warna sirip dorsal pula gelap seperti kehitaman.
Semakin besar spesies semakin cantik kombinasi warna. Sekalipun badan kelihatan leper, belitong berkeupayaan membuka luas mulutnya kira-kira 3/4 dari lebar bahagian kepala.
Barisan gigi tajam dan halus mampu mencengkam mangsa dengan mudah dan tidak boleh terlepas lagi.
Ia dilaporkan mampu membesar panjang sehingga 126cm bagi spesimen jantan dan 112cm untuk betina dengan linkungan berat sehingga 40kg.
Di negara kita saiz purata belitong yang dipancing sekitar 50cm hingga 100cm dengan purata berat diantara 2kg hingga 15 kg.
Sesuai dengan sifat yang suka memburu kawanan ikan-ikan pelagik, ia mudah ditemui dikawasan unjam di mana ada kawanan anak ikan bermain. Jika kawasan perairan negara dipenuhi dengan unjam buatan, nescaya jumlah spesies yang cantik ini akan bertambah.
Ikan ini aktif pada waktu dinihari dan jarang dipancing pada masa gelap. Di pantai Timur terutama gugusan pulau-pulau Terengganu, Pahang dan Johor, musim yang paling banyak belitong ditemui ialah di antara Mac hingga Julai.
Paling baik sebaik saja musim tengkujuh berakhir di mana kawanan ikan ini akan lebih rapat ke pantai.
Mahi-mahi mempunyai isi yang agak liat berbanding pemburu ikan pelagik yang lain. Rasanya agak tawar sedikit. Oleh kerana lapisan kulit luar yang tebal dan liat, kebanyakan pengemar mahi-mahi mengambil isinya sebagai hidangan.
Di Hawaii spesies ini menjadi pilihan pengusaha hotel sebagai hidangan istimewa. Ia dimasak secara grill atau goreng dengan mentega, lada hitam dan sedikit garam.
Masyarakat Cina suka stim dan goreng isi yang dipotong nipis-nipis dan dicelup dengan telur.
Bentuk dan warna tidak banyak berbeza dengan ikan merah yang ditemui di sebelah timur Malaysia. Ramai keliru untuk membezakan spesies ini dengan dua lagi merah jalang dan merah pucat kerana bentuk dan corak warna tidak banyak beza.
Paling ketara sirip berwarna kekuningan lebih cerah dari warna merah cerah di badannya. Bahagian atas pangkal ekor bertompok hitam. Ekor tegap melebar seperti siakap merah. Warna pudar apabila mati. Catatan saintis melaporkan ikan ini boleh mencecah sehingga 60cm atau 2 kaki panjang.
Habitat Dan Tabiat
Ia adalah jenis ikan sub-tropikal yang tertumpu di kawasan laut iaitu sifat utama ikan marin laut. Sesuai dengan biologi habitatnya, ikan merah boleh ditemui di kawasan berbatu, batu dan bunga karang, reba kayu, tukun dan kawasan kuala sungai yang agak dalam yang terbuka.
Habitat begini memudahkan tabiatnya yang gemar menyambar mangsa, kawasan yang disebutkan tadi adalah yang mempunyai pelindung (tempat persembunyian) kepada mangsa dan dari pemangsa. Ini juga digunakan oleh spesies ini sebagai penangkis kepada pemancing untuk menaikkannya walaupun mata kail sudah berada dalam mulutnya.
Keupayaannya menyelinap di reba maupun karang apabila menyedari bahaya di persekitaran tidak boleh di pertikaikan selaras dengan sifat semulajadi ikan marin. Sesuai sifatnya banyak ikan merah sangkar yang saya pancing dan temui di sekitar Pulau Ketam ialah kawasan reba dan tukun buatan selain di tepi-tepi sangkar ikan.
Populasi ikan ini tidak begitu meluas kerana ancaman persekitaran dan perebutan wilayah terutama dengan siakap merah yang lebih agresif sifatnya. Jelas menunjukkan ikan merah sangkar masih mencari struktur dasar sebagai habitat pilihan jika hidup di luar sangkar.
Amat bagus juga jika ikan dapat menyesuaikan diri dengan pelbagai habitat kerana jika ada pilihan tidak perlu lagi ke laut tengah untuk mencari ikan bermutu. Tidak berani saya menghuraikan lebih lanjut mengenai habitat ikan ini memandangkan tidak ada info tepat mengenai kewujudan ia di Laut China Selatan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...