
Belin merupakan haiwan laut yang mampu hidup di kawasan air payau hingga ke air tawar dan lazimnya lebih mudah ditemui di kawasan dasar berkarang berkedalaman 1 hingga 20 meter.
Taburannya meliputi Indo-Pasifik, Laut Merah dan Afrika Timur ke Polinesia Prancis, utara ke Kepulauan Ogasawara, selatan ke Australia. Spesimen dewasa mampu memanjang sehingga 108cm namun spesies yang ditemui sekitar 50cm.
Sesirat memiliki gigi molariform, multiserial pada rahang, intermaxillary dan vomer. Sirip dorsal dengan tepi gelap yang lebar. Bentuk tubuh bersilindir seperti ular, terkompresi hanya di sepanjang hujung ekor yang ekstrem.
Lubang hidung bahagian depan, lubang hidung bahagian belakang sepanjang tepi bibir bawah; median sirip tidak terus menerus ke belakang; hujung ekor yang kaku dan tidak berhujung.
Variabel warna kekelabuan hitam hitam atau coklat. Spesimen dewasa memiliki kulit yang keriput.
Mudah ditemui di lagun dan muara, kadang kala memasuki air tawar. Seringkali ditemui di saluran pasang surut di mana kelompok kecil berkumpul, dan biasanya terlihat hanya dengan kepala terbuka. Terperangkap paling sering di daerah pasang surut dan muara.
Sesirat sebagai umpan memancing
Sesirat atau belin… sama je. Sesetengah tempat panggil lain. Lebih kurang mcm belut, tapi yang ni orang tak buat makan.
Kalau kaki pancing dapat, dia akan belit tali perambut kita sampai perambut tu dah tak boleh pakai lagi. Lendir dia pun agak banyak dan berbau hanyir.
Biasanya orang guna umpan ni biar sesirat kering dulu baru cangkuk pada mata kail. Tapi kalau guna terus pun tak jadi masalah. Sesirat ni kalau kecil pakai sekor-sekor cangkuk kat mata. Kalau besar korang potonglah kasi cun-cun kat mata kail.
Umpan ni memang lambat sikit nak dapat strike, tapi kalau dapat strike biasanya saiz mega. Ikan yang kerap makan umpan sesirat ni ialah belukang, pari dan juga jenahak.
Kenali Spesies Sotong Ala-Ala Sulur Bidar

Taksonomi:
Kingdom: Animalia
Phylum: Mollusca
Class: Cephalopoda
Order: Octopoda
Family: Tremoctopodidae
Genus: Tremoctopus
Species: T. violaceus
Binomial name: Tremoctopus violaceus
Saya percaya ramai kaki pancing pernah mendengar salah satu mitos yang diceritakan oleh orang dulu-dulu mengenai sejenis mahkluk mitologi dipanggil sulur bidar. Sulur bidar ini dikatakan wujud di Tasik Kenyir.
Kisah Sulur Bidar ini agak popular dikalangan kaki pancing kerana mahkluk mitos ini diceritakan sering menganggu nelayan dan pemancing yang sedang menangkap ikan agar jatuh lemas kedalam air dengan menggoncangan sampan dinaiki oleh mereka supaya karam.
Apabila terjatuh di dalam air, sulur bidar akan menggulung mangsa menggunakan badannya selama beberapa hari supaya mati lemas. Bentuk sulur bidar ini diceritakan seperti sehelai kain yang sangat besar mempunyai 4 kepala yang sangat menakutkan terdapat pada setiap sudut badannya.
Cerita mitos ini pantas berlegar di kepala saya apabila ingin menulis perihal sejenis sotong yang sangat unik. Salah satu spesies sotong kurita yang dianggap sangat rare ini dinamakan Tremoctopus atau kebiasaannya dipanggil sebagai blanket octopus (sotong selimut ) disebabkan bentuk fizikal berkelihatan seperti sehelai kain selimut yang sedang `terbang’ (hanyut) di dalam air laut. Spesies sotong selimut ini berhabitat di dalam kawasan perairan jenis Subtropika.
Ukuran bagi spesis sotong selimut ini mampu mencapai sehingga 2 meter panjang dan ukuran bagi jantina pula betina lebih besar berbanding jantan. Jangka hayat bagi sotong selimut ini dianggarkan mencapai 3 ke 5 tahun dan sotong betina mampu hidup lebih lama berbanding sotong jantan.
Setiap kali ketibaan musim mengawan bagi sotong selimut ini, sotong betina mampu membawa sebanyak 100,000 telur yang melekat di permukaan badan dan ruang di antara sesungutnya boleh mengembang menjadi sehingga kesemuanya menetas.
Selain daripada keunikan bentuknya seperti selimut, spesies sotong ini juga kebal terhadap mana-mana hidupan laut yang mempunyai racun seperti toksin yang terdapat dalam obor-obor Man O’War Portugis sangat beracun.
Disebabkan spesies sotong ini imun terhadap mana-mana toksin, sotong ini terkenal kerana dia mampu merobek obor obor jenis Man O’War walaupun memiliki senjata digeruni sudah tidak berguna lagi terhadap spesis ini.
Fakta Luar Biasa Pokok Keduduk Bulu!!

Keduduk bulu atau senduduk bulu (Clidemia hirta) merupakan sejenis tumbuhan renek yang biasa ditemui tumbuh liar di kawasan semak samun dan belukar.
Ia merupakan spesis tumbuhan penceroboh di kebanyakan rantau tropika, ia mendatangkan kerosakan teruk pada tumbuhan lain.
Habitatnya sama seperti senduduk biasa memandangkan kedua-duanya mempunyai ciri-ciri yang hampir sama. Clidemia hirta Don dari keluarga Melastomataceae satu kumpulan
terbesar (taxon) terdiri daripada 200 genus dan kira-kira 4000 spesies dari herba, pokok dan tumbuhan renek tersebar luas di kawasan tropika.
Kira-kira 30 spesis dari keluarga tumbuhan ini digunakan bagi tujuan perubatan di Asia-Pasifik Batang dan daunnya mempunyai bulu-bulu halus yang kesat.
Permukaan daun berwarna hijau berkilat dan daunnya berbentuk bujur. Daunnya lebar dan meruncing di bahagian hujung.
Urat daun kecil dan banyak, membentuk petak di atas daun. Daun dibahagikan kepada beberapa bahagian (selalunya empat) oleh urat daun yang besar seolah-olah pangsa.
Bunganya muncul dalam bentuk jambak di hujung ranting. Bunga yang biasa ditemui berwarna putih atau merah jambu cair atau merah jambu muda.
Buahnya berbentuk bulat dan berbulu halus. Warnanya hijau ketika muda dan akan menjadi hitam berkilat apabila ranum.
TABURAN DAN PENGAGIHAN
Berasal dari Neotropics Amerika (Mexico ke Paraguay serta Caribbean), ia telah diperkenalkan ke Australia, Asia Selatan dan Afrika Timur juga ke Hawaii pada tahun 1940-an; menjelang 1978 ia telah merebak ke 90,000 ekar (360 km2) tanah di Oahu.
Pada tahun 1972 Keduduk Bulu (Koster’s Curse) buat pertama kalinya ditemui di Pulau Besar (Big Island / Hawaii).
Biologi
Buah beri hitamnya memanjang sehingga 8 milimeter dan rasanya sedikit seperti blueberry. Setiap buah mengandungi lebih daripada 100 biji benih kecil (0.5 mm).
Ia berbunga dan berbuah sepanjang tahun jika berkeadaan lembap secukupnya. Satu pokok boleh menghasilkan lebih daripada 500 buah dalam satu tahun.
Tanin yang terdapat didalam buah ini beracun kepada kambing dan kambing biri-biri. Biji benih dari buah ini boleh bertahan di dalam tanah sehingga 4 tahun.
Faktor Penggunaan buah ini untuk di makan di kalangan manusia masih belum dikaji sepenuhnya.
Tanin dari buah ini tidak merbahaya kepada manusia dan jus sirap yang dihasilkan dari buah ini amat lazat.
Sirapnya mempunyai warna biru indigo yang cantik dan boleh digunakan untuk meningkat dan menghilangkan rasa pahit pada teh.
Nama Epitheton hirta dalam bahasa Latin bermaksud ceding (scrubby – merebak menutupi dan membantut pokok, sayuran dan pokok semak).
Sumpahan Koster / Koster’s curse adalah nama yang diberikan oleh penduduk tempatan di Hawaii kerana keadaan tempat di mana tumbuhan itu tumbuh sebagai rumpai merbahaya.
Koster adalah nama orang yang memperkenalkan tumbuhan keduduk bulu kepada penanam benih kopi di Fiji pada 1880 dan 1886 secara tidak sengaja.
Pada asalnya ia hanya digelar sebagai `yang disumpahkan’ kerana kerosakan yang dilakukan terhadap perladangan kelapa.
Kegunaan:
Daun keduduk bulu boleh digunakan sebagai sabun membasuh pinggan mangkuk.
Daun dihancurkan lalu digosokan pada tempat gigitan lintah atau pacat bagi menghentikan pendarahan.
Khasiat:
Dalam perubatan tradisional Melayu dan asli, keduduk bulu digunakan untuk mengubat penyakit sawan.
Cara atau kaedah yang digunakan ialah dengan mengambil secekak daunnya dan disapukan dengan minyak kepayang kemudian ditempekkan pada ubun-ubun kanak-kanak tersebut pada setiap pagi sehingga sembuh.
Selain itu ia juga sering digunakan untuk mengubat luka. Caranya, daun dilayukan di atas api dan digentel mengeluarkan getahnya. Getah ini kemudiannya disapukan pada bahagian yang luka.
kenali juga Info Spesies: Kenali pokok tapak kuda
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Info Spesies: Kenali sotong secara umum

Dalam taksonomi pengkelasan saintifik, sotong dikelaskan di dalam kumpulan Cephalopoda, subclass Coleoidea, dan order Teuthida.
Terdapat dua suborders yang utama iaitu Myopsina dan Oegopsina. Oegopsina lebih merujuk kepada kumpulan sotong gergasi atau giant squid.
Teuthidia merupakan order cephalopod terbesar iaitu sekitar 300 spesies di dalam 29 famili.
Para saintis mengandaikan terdapat lebih kurang 200 spesies sotong yang masih belum dikenal pasti.
Secara umumnya sotong mempunyai lapan lengan dan dua tentakel. Ada juga jenis sotong yang mempunyai 10 lengan.
Tentakelnya berfungsi untuk menangkap mangsa dan pegangannya dikukuhkan lagi dengan bantuan lengan.
Setiap lengan dan tentakelnya mempunyai tiup penyedut bulat yang bertindak sebagai penyedut yang menguatkan pegangan.
Lengannya akan membantu menghalakan mangsa ke arah mulut. Kesemua lengannya bersambung terus ke bahagian kepala.
Pada bahagian kepalanya terdapat sepasang mata yang besar. Mata yang besar memudahkan ia untuk mencari makanan dan mengesan musuh.
Sotong agak menyerupai ikan berdasarkan bentuk badannya serta mempunyai sepasang sirip renang di hujung badan.
Gabungan tiub tubuh dan siripnya yang aktif memberikan kelebihan kepada sotong untuk memecut dan berhenti secara tiba-tiba.
Salah satu keistimewaan sotong ialah memiliki pasi atau simpanan dakwat hitamnya. Selalunya sotong memancutkan dakwatnya apabila ia rasa terancam.
Jika pancutan dakwatnya terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan kita menjadi kabur dalam beberapa minit.
Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan dari dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit secara berulang-ulang.
Antara keistimewaan lain sotong ialah kewujudan chromataphores yang membantu sotong untuk menyamar mengikut warna persekitarannya.
Chromataphore juga berfungsi semasa ritual mengawan. Semasa proses menyamar, Chromataphores pada badan sotong akan menghasilkan cahaya maya yang menarik minat ketam dan ikan-ikan kecil untuk menghampirinya.
Majoriti sotong mempunyai panjang badan tidak lebih dari 40cm (24 inci). Giant squid pula mampu mencapai panjang sehingga 14meter.
Sotong yang paling besar mampu mencapai berat sehingga 1,000 paun. Sotong Humboldt yang ganas mampu menyerang ikan jerung untuk dijadikan makanannya.
Sotong bernafas menggunakan insang seperti ikan dan kebanyakkannya mampu hidup selama tempoh lebih kurang setahun.
Sotong suka hidup di kawasan panas dan hanya sedikit hidup di kawasan yang sejuk dan dalam.
Menurut saintis, sotong merupakan satu spesies yang boleh digunakan sebagai penunjuk kepada kualiti air laut. Sotong dikatakan tidak boleh hidup di kawasan yang tercemar.
Kawasan yang mengandungi sotong menunjukkan kualiti air di kawasn berkenaan adalah baik. Sotong hidup secara berkumpulan dan berpindah randah.
Sotong akan mengikuti pola pergerakan makanannya. Ia akan berhenti di kawasan yang selamat dan mempunyai makanan yang cukup.
Sotong juga berhenti di sesuatu lokasi untuk bertelur tetapi tempoh persinggahan berkenaan tidak lama.
Perubahan cuaca terutamanya pemasanan global boleh merencat pertumbuhan dan pembiakan sotong.
Sotong dapat mencerna makanannya dengan baik di kawasan sederhana panas. Pertambahan suhu akan merendahkan kemandirian sotong untuk hidup dan membiak.
Pemanasan global juga akan menghadkan kewujudan makanannya seperti anak-anak ikan, udang dan ketam.
Taksonomi:
Kingdom: Animalia
Phylum: Mollusca
Class: Cephalopoda
Order: Oegopsida
Suborder: Myopsina dan Oegopsina
(sumber: sotonglaut.blogspot.com)