Dikenali dengan nama umum cobia, aruan tasik atau haruan tasek adalah spesies ikan laut dari order Perciformes, satu-satunya wakil genus Rachycentron dan keluarga Rachycentridae. Nama umum lain termasuk black king, black salmon, lemonfish, crabeater, dan bonito hitam.

 

Cobia mempunyai badan berbentuk panjang dan kepala yang rata. Mata kecil dan mulut rahang bawah sedikit melepasi bahagian atas. Gigi yang seragam merangkumi rahang, lidah, dan bumbung mulut.

 

Badan bersisik kecil tapi licin. Biasanya berwarna coklat gelap, dan semakin memutih ke bahagian perut dengan dua jalur mendatar coklat gelap di tepi. Jalur tersebut lebih menonjol semasa pengeluaran telur, di mana warna menjadi lebih gelap.​

 

 

Ikan cobia atau aruan tasik boleh ditemui di seluruh semenanjung terutama kawasan pantai, unjam dan kawasan ikan pelagik. Kadang kala kita boleh nampak ia berlegar di keliling bot pemancing.

 

Sebagai ikan pelagik, pergerakan harian lebih tertumpu kepada kawasan yang kaya dengan sumber makanan seperti tukun, unjam, boya dan pulau berkarang. Ia juga sering berenang bersama-sama dan menjadi teman setia kepada ikan yu paus (whale shark).

 

Ia biasanya mengemudi yu paus dengan berenang di hadapan (kadang-kala bawah mulut) seolah-olah betul-betul di dalam mulut besar yu paus yang hanya memakan plakton. ini menjadikan cobia agak terselamat dari sebarang serangan pemangsa lain seperti jerung dan alu-alu dengan adanya ‘bodyguard’ di belakang.

 

 

IKLAN

Cobia salah satu spesies pelagik yang gemar meronda di merata tempat bukan saja di permukaan air, malah di dasar, pertengahan air dan kawasan pantai. Ia merupakan spesies tunggal yang mewakili satu keluarga Rachycentridae. Ikan gemi walaupun satu lagi spesies yang hampir serupa bentuk badan dan warna namun ia adalah keluarga yang berbeza.

 

Cobia mempunyai badan tegap seperti selinder membujur, berwarna coklat gelap serta satu jalur warna cerah (putih). Berekor tirus bercabang berbeza dengan haruan atau toman yang mempunyai ekor bulat.

 

Begitupun ia boleh disifatkan pemburu atau gemar makan menyambar dengan rakus bak toman yang kelaparan. Jaluran warna cerah memudahkan pemancing mengenali spesies ini dengan mudah apabila ia berada di dalam air.

 

 

Barisan gigi halus atas dan bawah membuatkan sukar untuk mangsa melepaskan diri dari cengkaman memberi kelebihan kepada pemancing apabila ia meragut umpan yang di hulurkan. Bermata kecil dan mempunyai kepantasan renang yang laju hasil tujahan ekor cabang yang lebar.

 

Ia boleh membesar sehingga 2meter dan berat maksimum sehingga 78kg. Saiz yang biasa di temui sekitar 0.5meter hingga 1meter. Spesies jantan dan betina sukar dibezakan dengan sekali pandang. Ia seakan -akan sama.

 

Cobia adalah ikan pelagik pemburu. Ia sentiasa berkeliaran mencari mangsa di kawasan yang memiliki makanan yang banyak. Mangsa pula terdiri dari anak-anak ikan pelagik, sotong, udang, ketam dan lain-lain anak ikan yang berada di habitat laluannya seperti anak kunyit.

 

 

Fisiologi Cobia

Ciri fizikal: Badan hitam berjalur sedikit putih yang meruncing membujur hingga ke ekor, bahagian kepala agak mampat seperti haruan.

Diet: Anak ikan, sotong udang dan ketam serta hidupan marin kecil yang lain.

Habitat: Kawasan batu karang, muara sungai dan pantai terbuka.

Taburan: Hampir kebanyakan tempat selain Asean dan kebanyakan tempat di benua kecuali timur pasifik.

 

 

Taksonomi:

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Perciformes

Family: Racgycentridae

Genus: Rachycentron (Kaup, 1826)

Species: R. canadum

Binomial name: Rachycentron canadum