Memiliki badan berbentuk silinder memanjang yang mampu mencabar pemancing untuk menewaskannya.

Gemar mendiami perairan jernih dan boleh ditemui serata perairan tropika dan hampir di seluruh dunia.

Apabila dilihat dari atas, kelihatan tona warna bahagian atas badannya seakan warna air persekitaran.

Memiliki profil ekor bercabang sempurna untuk pecutan padu dan kencang.

 

Mengenal Identiti Unik Ikan Pepisang!

 

Sejenis ikan pelagik, keupayaannya melawan dari atas kolum air hingga bawah tanpa sebarang masalah.

Hanya pemancing yang pernah merasa keperitan untuk menewaskan pepisang monster tahu kehebatannya.

Boleh dipancing dengan menggunakan perambut tangsi kerana ia spesies tidak bergigi tajam (halus sahaja).

Biasanya bergerak dalam kumpulan sendiri dan merupakan spesies tidak berbahaya pada manusia. Digemari kerana daya juangnya.

 

Ikan pepisang / pisang-pisang (rainbow runner) memiliki dua jalur biru muda dan dua jalur kekuningan di sepanjang badannya. Warna asas seperti hijau kebiruan dan keperakan pada bawah badan. Kitaran hidupnya dari 4 hingga 5 tahun menurut catatan saintis. Ia mampu membesar sehingga 180sm atau hampir 6 kaki dengan berat maksimum yang dilaporkan mencecah 46.2kg.

 

Di perairan negara kita kebanyakan yang diperolehi sebesar paha sahaja dan berat yang dilihat hanyalah sekitar 2 kg hingga 10 kg sahaja. Ikan pepisang kecil pula amat popular untuk dijadikan umpan pemangsa besar seperti marlin namun ia jarang diamalkan di negara kita.

 

Mengenal Identiti Unik Ikan Pepisang!

 

Boleh ditemui di laut lepas mahupun kawasan persisiran pantai. Sejenis ikan pelagik yang mudah dikesan pada kedalaman bawah 10 meter dan berkeupayaan meronda hingga 150 meter dari permukaan.

 

Namun ia banyak menghabiskan masa mendiami kawasan permukaan sambil memburu anak ikan kecil sebagai diet utama. Ia boleh mendapat jolokan rainbow runner berikutan memiliki corak berwarna-warni pada badannya dan memiliki kuasa pecutan.

 

Sama seperti ikan belitong yang terkenal kerana panggilan dorado. Kedua spesies yang boleh ditemui di lokasi yang sama ini sememangnya mendapat tempat di kalangan masyarakat barat dan hotel lima bintang. Cuma pepisang tidak memiliki aksi akrobatik seperti mana ditunjukkan oleh sang belitong.

 

Mengenal Identiti Unik Ikan Pepisang!

 

Di Malaysia ia mudah ditemui di kawasan laut membiru airnya seperti di kawasan api boreng, Tukun Perak maupun di Sipadan, Sabah. Tidak pernah dilihat ia meronda di persisiran pantai kurang dari 15 batu nautika.

 

Ikan corak warna pelangi ini gemar bergerak dalam satu kumpulan besar (schools of fish) Spesies tidak berbahaya pada manusia tetapi pernah dilaporkan mempunyai racun Ciguatera. Namun tahap merbahaya tidak diberikan secara terperinci kerana mungkin hanya sebahagian sahaja yang mempunyai bahan toksik di badannya.

 

Mengenal Identiti Unik Ikan Pepisang!

 

Oleh kerana pecutan dan daya juangnya yang tinggi ikan pepisang ini amat popular sebagai gamefish dan hidangan di kalangan pemancing khasnya Florida, Mexico dan Australia. Manakala di Jepun di hidangkan sebagai shasimi. Di pasaran tempatan ia kurang kerana hanya diperolehi di lokasi jauh dari persisiran pantai.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI