Dipercayai terdapat sekurang-kurangnya dua spesies ikan daun iaitu spotted sicklefish (daun baru bintik) dan banded sicklefish (daun baru belang). Kedua-duanya berbeza sedikit dari corak dan tompok warna dibadan. Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai daun baru di sebalik nama lain seperti tudung periuk, baru-baru, agung-agung atau sepihi.
Ikan di dalam keluarga Prepanidae dan genus Drepane ini boleh ditemui dari Laut India hingga Laut Merah dan Selatan China hingga Australia. Di negara kita ia boleh ditemui hampir merata pesisiran pantai Semenanjung.
Ciri-ciri fizikal utama ikan ini memiliki badan berbentuk leper dan lebar dengan rata di bahagian bawah dan tirus di bahagian atas. Kedua-dua spesies ini memiliki asas warna yang sama iaitu keperakan dan berjalur atau bintik hitam.
Yang biasa dipancing ialah daun baru bintik di mana tompok-tompok kecil hitam membentuk jalur yang menegak setengah dari badannya.
Ikan daun baru menjadikan pesisiran pantai berkarang, berpasir dan berlumpur sebagai habitat utamanya. Dietnya pula lebih kepada hidupan kecil yang boleh ditemui di dasar sehingga ke pertengahan air.
Ads
Jika ditegakkan ke bawah, mulutnya kecil sama paras dengan sirip pelvik. Depannya seakan-akan mengunjur hala kebawah, sesuai dengan sifatnya yang menjunam ke bawah mencari hidupan dasar sebagai makanan.
Spesimen yang biasa ditemui sekitar 13 cm hingga 25 cm sahaja namun ia dikatakan mampu mencapai saiz 46cm.
Jika ditegakkan ke bawah, mulutnya kecil hampir sama paras dengan sirip pelvik. Bahagian depannya seakan-akan mengunjur ke bawah, sesuai dengan sifatnya yang menjunam kebawah mencari hidupan dasar sebagai makanan.
Ads
Ikan ini bertelur dalam bulan September di kala bermulanya monsun timur laut. Atas sebab itu ia laporkan banyak ditangkap sebelum musim ia bertelur pada bulan Julai hingga Ogos. Waktu kemuncak selera makannya sebelum berpuasa seketika ketika musim bertelur.
Kawasan pilihan daun baru untuk bertelur ialah dasar berpasir yang mampu memberi perlindungan pada bakal generasinya akan datang terselindung dari pemangsa lain.
Ads
Taksonomi
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Perciformes
Family : Drepaneidae (T.N. Gill, 1872)
Genus : Drepane (G. Cuvier, 1831)
Spesies : D. longiman, D. Punctata
Binomial name: Drepane longiman, Drepane punctata
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Gerepoh? Ikan apa tu? Gerepoh merupakan salah satu spesies ikan marin yang besar dan tergolong dalam famili ikan jack, Carangidae. Lebih popular dengan nama GT, iaitu singkatan bagi giant trevally.
Gerepoh merupakan spesies terbesar di kalangan ikan jack dan sering kali spesies ini menjadi raja sesebuah habitat atau kawasan terumbu karang. Dengan bentuk fizikal badan yang solid serta kekuatan ototnya, gerepoh menjadi musuh yang sukar, malah sangat sukar ditangani oleh pemancing walau dengan set heavy sekalipun.
Sesetengah pula cukup licik, apa lagi jika di kawasan karang. Ibarat serangan gerila, gerepoh akan bersembunyi di kawasan karang dan secara tiba-tiba akan melakukan serangan hendap terhadap gewang anda terutama popper dengan kuasa pecutannya ekornya dan kembali memecut ke karang sebelum memutuskan tali utama pada batu atau karang. Kuat dan licik, tidak hairan raja terumbu karang ini menjadi musuh yang didambakan kaki pancing.
Secara morfologi luaran ikan gerepoh, penampilan utama spesies ini dapat dikenal pasti melalui profil bentuk kepalanya yang besar dan curam selain fizikal badannya yang kelihatan solid dan tegap. Ikan ini juga mempunyai kuasa pecutan dan larian yang luar biasa kerana sirip pektoral yang besar di bahagian pertengahan serta sirip kaudal besar dan solid ibarat pendayung.
Warna badannya pula secara umumnya boleh dikelaskan dalam pola warna putih-perak hingga ke hitam. Sesetengah gerepoh juga mampu mempamerkan rona keemasan gelap pada badannya terutama pada bahagian sirip.
Selain warna umum pada badannya, tanda berpaten atau bercorak yang jelas boleh hadir terutama pada bahagian belakang badan. Ini sering terjadi jika ikan ini mempunyai warna belakang badan yang lebih gelap berbanding bahagian lain, kontra warna akan mewujudkan garisan perak cerah dan akan kelihatan corak bintik kehitaman pada badannya.
Selain itu, pada bahagian kaudal pedunkel, kehadiran scutes (plat kecil yang tajam) jelas kelihatan pada kedudukan selari dengan garisan lateral. Scutes ini mampu mengakibatkan kecederaan jika ikan gerepoh tidak ditangani dengan baik sewaktu pendaratan.
Taburan bagi spesies Caranx ignobilis ini meluas, hadir dalam kebanyakan perairan iklim tropika panas Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Kehadiran ikan ini dikenal pasti hingga ke selatan Australia, timur Kepulauan Hawaii,barat di pulau-pulau timur Afrika dan di utara Jepun.
Gerepoh juga mempunyai toleransi saliniti yang tinggi lantas membolehkannya memilih habitat antara kawasan muara sehingga ke jauh ke lautan di kawasan sistem berterumbu karang. Juvenil pula lebih cenderung untuk berada di kawasan muara, pulau berbatu atau sistem sungai.
Spesimen yang dewasa akan berpindah ke kawasan lebih dalam di lautan di mana terdapatnya struktur seperti terumbu karang atau tukun. Selalunya habitat berstruktur pilihannya ialah kawasan yang mempunyai arus.
Spesies dewasa juga sering berlegar di kawasan tanjung atau pesisir berair cetek ketika memburu makanannya. Kawasan cetek namun berarus di mana terdapat struktur karang atau batuan mewujudkan persekitaran makanan yang ideal bagi spesies ini.
Di Malaysia, gerepoh bersaiz besar boleh diperolehi di kawasan persekitaran pelantar minyak. Bagi kaki popping, waktu senja menjelang malam tatkala lampu pelantar minyak menyala, ia masa yang cukup mendebarkan melontarkan popper sehampir mungkin tiang pelantar dan bawah nyalaan lampu.
Gerepoh merupakan spesies yang mempunyai kadar pembesaran yang cepat. Pada ukuran kepanjangan badannya 60cm, gerepoh umumnya sudah mencapai peringkat matang dan tempoh masa yang diambil untuk mencapai peringkat ini adalah sekitar 3-4 tahun.
Apabila dewasa atau matang, gerepoh mampu mencapai berat 200 lb dengan panjang 1.7 meter dan pada peringkat ini selalunya spesimen akan bersendirian. Apabila dewasa, biasanya gerepoh akan mencari kawasan terumbu karang sebagai habitat dan menjadikan kawasan tersebut sebagai wilayah jajahannya.
Ketika memburu, gerepoh menggunakan abiliti renangan yang unggul dan kuasa hentamannya terhadap ikan buruannya. Selalunya mangsanya akan ditelan terus pada serangan pertamanya, jika terlepas sekalipun biasanya mangsa cedera atau mati akibat kuasa serangannya. Jika memburu berkumpulan, mangsa akan ditelan dengan cepat bagi mengelakkan persaingan yang lebih ganas.
Diet utama gerepoh ialah ikan kecil di sekitarnya. Namun jika terdesak, gerepoh mampu bertukar lebih bengis dan licik. Tuna, penyu dan ikan lumba-lumba antara mangsa yang pernah dilaporkan ada ditemui di dalam perut gerepoh.
Selain itu, kelicikan gerepoh juga terserlah apabila hadir di sebalik jerung karang yang besar dan menjadikan ikan jerung ini sebagai alat untuk serangan hendap mangsanya. Gerepoh bersaiz besar juga ada kalanya menjadikan juvenil sebagai makanannya.
Ikan jacks, scads, trevallies, queenfishes, runners, amberjacks, pilot fishes dan pampanos merupakan antara spesies ikan dalam keluarga besar Carangidae. Keluarga Carangidae ini terdiri daripada pelbagai spesies ikan yang berbeza rupa dan bentuk. Keluarga ini mempunyai empat subfamili.
Caranginae terdiri daripada campuran 20 genus dan 104 spesies seperti pompanos, trevallies, scads, mackerel, moonfish, lookdown dan sebagainya. Naucratinae terdiri daripada 5 genera dan 13 spesies juga dengan banyak campuran. Trachinotinae terdiri daripada 2 genera dan 21 spesies kebanyakannya pompanos.
Scomberoidinae terdiri daripada 3 genera dan 10 spesies ikan queenfish (leatherjacket) atau talang-talang (talang).
Ikan talang-talang bernaung di bawah genus Scomberoides lysan adalah spesies ikan sukan tropika dalam keluarga Carangidae (jack). Ia dikaitkan dengan terumbu dan berkisar di seluruh lautan India dan Pasifik.
Spesies talang-talang ini dikatakan mampu untuk membesar panjang sehingga 110 cm dan berat sehingga 11 kilogram. Mereka secara majoritinya memiliki badan berwarna perak, dengan warna gelap pada sirip dorsal dan ekor dan satu baris bintik gelap di kedua-dua sisi garisan sisi.
Mereka mempunyai ekor berkuku yang kuat dan badan perak yang cerah dengan warna hijau / biru merentasi bahu, belakang dan kepala. Mulutnya penuh dengan gigi kecil, tajam yang direka untuk menahan dan menelan seluruh ikan umpan kecil. Ikan ratu juga dikenali sebagai kulit kurus atau kulit kerana kulit mereka yang sangat nipis dan kulit keras.
Taburan spesies ini agak meluas ke arah timur dari Laut Merah dan Afrika timur ke Hawaii, Marquesas, dan Kepulauan Tuamoto. Ia dijumpai sejauh utara seperti selatan Jepun dan selatan ke New South Wales. Hingga ke Teluk Thailand, Okinawa, Indonesia, Filipina, Malaysia, Papua New Guinea, Australia, dan pantai timur Afrika.
Ikan talang-talang atau queenfish biasanya kerap di lagun pantai, terumbu, dan pulau-pulau pantai lepas pantai. Mereka mendiami perairan yang agak jelas dari permukaan hingga kira-kira 100 meter. Sementara talang-talang juvenil mendiami kawasan air cetek berhampiran pantai boleh memasuki muara termasuklah kawasan air payau.
Ikan talang-talang lazimnya memburu secara berkumpulan. Mereka lazimnya aktif memburu pada siang hari dan lebih suka menjadikan ikan kecil pelagis, sotong dan mangsa lain yang bergerak cepat. Kadang-kadang mereka juga boleh makan krustasea. Apabila dewasa dan mencapai saiz tertentu, lazimnya talang-talang akan bergerak secara bersendirian.
Taksonomi:
Kingdom: Animalia
Phylum: Chordata
Class: Actinopterygii
Order: Perciformes
Family: Carangidae
Genus: Scomberoides (Lacépède, 1801)
Type species: Scomberoides noelii (Lacepède, 1801)
Caranx ingobilis atau lebih popular dipanggil GT (giant trevally) atau nama tempatan yang disyorkan gerepoh. Kalau dapat ikan ini ia membolehkan anda melakarkan senyuman puas,
manis dalam keletihan serta membuatkan anda bercerita kepada kaki pancing sampai seminggu lamanya.
Ciri-Ciri Fizikal
Gerepoh merupakan anggota keluarga ikan trevally (jack) yang terbesar. Ia dilaporkan mampu mencecah berat melebihi 80kg.
Diperairan tempatan yang terberat pernah dilaporkan tewas di tangan pemancing ialah 50kg dan purata yang biasa ditangkap ialah 10 kg ke bawah.
Warna keperakan pada bahagian bawah badan dan lebih gelap di bahagian atas badan.
Keseluruhannya hampir sama manakala badannya lebih lebar dan tegap berbanding cupak yang bermata lebih besar. Warna sirip dorsal lebih gelap kelabu dikelilingi jalur putih yang terang.
Sesetengah ikan ini berwarna hitam terutama untuk spesimen yang lebih besar dan ketika musim ia mengawan. Ini boleh dilihat pada waktu ia bermain di permukaan air dan tidak mengendahkan langsung umpan yang dihulurkan.
Ia memiliki pangkal ekor bercabang yang tegap serta sisik keras yang tajam dan boleh menyebabkan kulit tangan luka dengan mudah apabila ada yang cuba memegangnya ketika ia menggelepar di lantai bot.
Bergigi jarang tetapi kasar dan kuat. Kekuatan rahangnya mampu memecahkan popper kayu dengan sekali ngap.
Sifat Dan Habitat
Gerepoh gemar kepada kawasan yang berkarang, tukun terutama struktur kapal tengelam di dasar laut dengan kedalaman sehingga 100 meter.
Kawasan yang disebutkan adalah lingkungan utama ia memburu mangsa yang terdiri dari pelbagai jenis ikan, anak ikan dan krustesia.
Gerepoh lebih gemar meronda di kawasan yang bertebing seperti yang terdapat di Tukun Perak, Pulau Sipadan, dan Pulau Jarak.
Taburannya boleh dikatakan di semua kawasan perairan negara kita. Di kawasan pulau berbatu, gerepoh gemar mengintai mangsa dari kedudukan air dalam sebelum membuat serangan ke atas mangsa.
Ikan yang biasa menjadi buruan Gerepoh besar adalah jenis snapper seperti anak jenahak, kunyit, remong dan pelagik.
Sebab itu jenahak lebih gemar bersembunyi di celah batu pada waktu siang. Ini berdasarkan apa yang diceritakan oleh pemancing yang menyaksikan GT menyerang kumpulan jenahak di Pulau Sipadan.
Setakat seekor jenahak 2kg dengan mudah sahaja dingap oleh bapak GT.
Gerepoh yang saiz 2kg ke bawah pula lebih tertumpu di muara sungai untuk memburu mangsa yang lebih kecil. Pantai Port Dickson, Pulau Ketam contohnya, kumpulan gerepoh akan masuk dalam bulan Mac hingga April.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...