Cymothoa exigua adalah krustasea parasit yang termasuk dalam keluarga Cymothoidae. Parasit ini memasuki ikan melalui insang, dan kemudian menempel di lidah ikan.
Cymothoa exigua betina memiliki panjang sekitar 8–29 mm dan lebar sekitar 4–14 mm. Sementara yang jantan memiliki panjang sekitar 7–15 mm dan lebar sekitar 3–7 mm.
Parasit betina menempel di lidah, sementara parasit jantan menempel di lingkungan insang di bawah dan di belakang parasit betina. Parasit ini menghisap darah melalui kaki cakar hadapannya sehingga lidah ikan mengalami simpton atrophy akibat kekurangan darah.
Ads
Ads
Cymothoa exigua kemudian menggantikan lidah ikan dengan menempelkan tubuhnya sendiri ke otot potongan lidah. Ikan tersebut mampu menggunakan parasit tersebut seperti lidah biasa. Dalam erti kata lain parasit ini tidak mengakibatkan kerusakan besar bagi ikan yang menjadi rumahnya.
Ads
Ia dianggap tidak berbahaya bagi manusia kecuali jika disentuh kerana akan terkesan dengan gigitannya. Di Puerto Rico, C. exigua pernah menjadi subjek dalam tuntutan mahkamah terhadap pengusaha pasar spesies ini ditemui di ikan snapperyang berasal dari Pasifik Timur, kerana menyangka ia haiwan beracun.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Udang harimau atau nama saintifiknya Penaeus monodon mula dihuraikan oleh Johan Christian Fabricius pada 1798. Ia kekal agak lama sehinggalah 1949 apabila Like Holthuis mengklasifikasinya.
Nama umum udang harimau yang paling kerap digunakan ialah giant tiger prawn atau Asian tiger shrimp merupakan spesies udang, iaitu haiwan laut krustacean yang banyak diternak sebagai makanan.
Taburan semulajadinya adalah di Indo-Barat-pasifik, dari persisiran timur Afrika, Semenanjung Arab, sehingga sejauh Asia Tenggara, dan Laut Jepun.
Ia boleh didapati di timur Australia, dan sejumlah kecil menduduki Laut Mediterranean melalui Terusan Suez.
Tambahan lagi populasi invesif telah menetap di Hawaii dan persisiran Laut Atlantik USA (Florida, Georgia dan South Carolina).
Udang harimau betina mampu mencecah 33cm panjang, dengan berat 200-320gm namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 25-30cm sahaja.
Sementara udang harimau jantan lebih kecil sekitar 20-25cm panjang dengan berat sekitar 100-170gm sahaja.
Khasiat udang
Udang adalah makanan kaya dengan nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh Manusia. Kandungan utama udang yang sangat terkenal adalah protein yang diperlukan untuk pemakanan dan lemak rendah.
Udang juga mengandungi antioksidan seperti selenium kandungan ini memberikan manfaat dalam mengurangkan risiko kebotakan dan kanser.
Selain daripada kandungan mineral penting yang terkandung di dalam udang adalah viamin seperti omega 3.
Omega 3 berguna untuk meningkatkan kecerdasan dan dapat melindungi tubuh dari kerosakan radikal bebas, mencegah pembekuan darah dan pengoksidaan kolesterol jahat sebagai penyebab utama penyakit jantung.
Tip memancing
Sebenarnya memancing udang harimau kolam lebih kurang sama dengan memancing udang galah kolam tetapi berbeza dengan memancing di Sungai.
Pemancing perlu ada sedikit pengalaman dan skill. Saya yang sekian lama tidak memancingnya kerap kali gagal, hampir 2 jam memancing barulah berjaya mempelajari teknik & taktik.
Tumpuan terhadap joran penting kerana jika leka umpan akan dicuri udang. Jika pelampung bergerak atau tenggelam, berikan sedikit ruang agar udang dapat membawa lari umpan kerana ketika itu udang sedang membawa umpan sambil cuba memakannya.
Perlahan-lahan angkat joran dan lakukan sedikit sentapan bagi memudahkan mata kail tercangkuk kemas dimulut udang.
Apa yang saya lihat ia memerlukan ketekunan dan sentiasa berubah tempat mencari port udang berkumpul, samalah seperti memancing udang sungai, cuma bezanya hanya perlu bergerak selangkah dua sahaja.
Sebenarnya tidaklah sukar atau perlu menunggu lama seperti memancing di Sungai. Jika kena pada port, labuhkan umpan terus mendapat sambaran.
Kita dah tengok rekod tangkapan ikan bersaiz monster. Sekarang kita tengok pulak 3 jenis hidupan marin tahap monster yang pernah didaratkan.
King Red Crab (Lokasi: Lautan Pasifik)
Ketam juga merupakan salah satu hidupan akuatik yang mempunyai ciri-ciri yang unik serta mempunyai rasa yang lazat sebagai hidangan.
Namun begitu, tahukah anda ketam terbesar yang pernah dinaikkan mempunyai berat sehingga 15kg? Itulah seekor ketam Varanger (Varanger king crab) dengan jarak hujung ke hujung hampir 2 meter yang pernah dinaikkan di Lautan Pasifik. Ketam Varanger ini juga sering digelar sebagai “red king crab”.
Sotong Gergasi (Lokasi: Lautan Artik)
Sotong gergasi ini telah ditangkap di Lautan Artik dan direkodkan seberat 1089 paun. Ia telah mengatasi rekod berat sotong sebelum itu yang direkodkan di New Zealand iaitu 992 paun. Panjang sotong gergasi dari Lautan Artik ini mencecah sehingga 6 meter panjang. Bayangkan betapa besarnya gergasi ini!
Lobster (Lokasi: Maine, Amerika Syarikat)
Lobster yang terbesar pernah ditangkap direkodkan di perairan Maine, New England di Amerika Syarikat. Lobster ini seberat 27 paun dan besarnya kira-kira saiz kanak-kanak berusia 3 tahun.
Ianya diberi nama ‘Rocky’ dan sepitnya sahaja mampu mencederakan lengan seorang lelaki dewasa. Beratnya tertumpu pada sepitnya dan ia dikatakan mampu mematahkan lengan jika disepit. Rocky telah dilepaskan kembali ke lautan beberapa hari selepas itu. Sekiranya belum mati, entah sebesar mana lobster ini sekarang.
Terdapat kira-kira 19 genera dan 132 spesies Haemulidae di seluruh dunia. Di negara kita sendiri memiliki 5 genus dan 28 spesies Haemulidae. Terdapat 17 spesies sweetlips dan 11 spesies Haemulidae dari genus Pomadasys (grunters) sahaja.
Taburan Haemulidae (Pomadasyidae) boleh ditemui di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik. Indo-Pasifik Barat, Laut Merah dan pantai timur Afrika ke Asia Tenggara, utara ke Taiwan, selatan ke Queensland, Australia.
Javelin grunts mempunyai sirip dorsal tunggal berterusan 9 hingga 14 segmen duri dan 11 hingga 26 sinar lembut. Memiliki bentuk badan langsing, profil kepala sedikit cembung, bibir tidak menebal, dua liang dan alur pusat di bawah dagu. Tiada tulang belakang antrose sebelum asal sirip dorsal; takuk mendalam antara spinous dan bahagian yang lembut di sirip dorsal.
Warna biasanya perak dengan warna keemasan di sisi, operkulum atas zaitun kuning, yang agak hitam muncungnya, ditindih dengan kuning. Spesimen juvenil mempunyai 7 hingga 11 band menegak di sisi atas, spesies matang ketara dengan band yang dibentuk oleh bintik sejajar dalam baris menegak.
Gerut-gerut berskala saiz 35 cm dianggap mencapai kematangan. Ia mampu membesar panjang sehingga 80 cm namun spesimen yang lazim diperoleh sekitar 50 cm sahaja. Spesies gerut-gerut ini mendiami lautan dasar keruh dengan berpasir pada kedalaman sehingga 75 meter.
Ia turut memasuki sistem muara sungai dan , boleh bertolak ansur dengan air dengan kemasinan rendah. Sering dikaitkan atau ditemui berhampiran bangkai kapal laut berhampiran pantai Manakala diet utama gerut-gerut adalah krustasea dan ikan yang lebih kecil.
Genus & Species
Pomadasys aheneus McKay & J. E. Randall, 1995 (Yellowback grunt)
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...