Spesies yang kelihatan seperti dari zaman primitif ini pada asalnya dikatakan telah pupus bersama dengan dinasour sekitar 65 juta tahun dahulu.
Kemudiannya ikan ini telah ditemui oleh seorang kurator muzium dari Afrika Selatan di dalam jaring pada 1938.
Ini menarik perhatian para saintis perikanan sehingga menimbulkan perdebatan dan teori evolusi spesies ini.
Terdapat 2 spesies coelacanth yang mana salah satunya hidup di Pulau Comoros di Afrika (Latimeria chalumnae) dan spesies kedua di perairan Sulawesi, Indonesia (Latimeria menadoensis).
Ramai saintis percaya bahawa karakter unik coelacanth merupakan evolusi terawal teori spesies ikan menjadi hidupan darat.
Ads
Antara ciri menarik ‘fosil hidup’ ini ialah mempunyai sirip pectoral yang kelihatan seolah-olah sepasang kaki.
Ads
Selain itu, karakter menarik lain ialah spesies ini mempunyai sisik yang tebal membuatkannya kelihatan seperti haiwan purba.
Begitu pun, ramai berpendapat fizikal luaran spesies ini kelihatan mengagumkan.
Coelacanth merupakan ikan perenang dasar dan menghabiskan banyak masa di dasar laut dalam sedalam 700 meter di dasar laut.
Ads
Spesies ini mampu membesar mencapai 2 meter dan berat melebihi 90 kg. Saintis dan pengkaji berpendapat spesies ini mampu mencapai usia lebih 60 tahun.
Sehingga kini, populasi sebenar sukar dijangkakan, namun saintis percaya spesies ini wujud sekitar 1000 ekor sahaja lantas menjadikan ikan primitif ini dalam tahap spesies sangat terancam.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Gerepoh? Ikan apa tu? Gerepoh merupakan salah satu spesies ikan marin yang besar dan tergolong dalam famili ikan jack, Carangidae. Lebih popular dengan nama GT, iaitu singkatan bagi giant trevally.
Gerepoh merupakan spesies terbesar di kalangan ikan jack dan sering kali spesies ini menjadi raja sesebuah habitat atau kawasan terumbu karang. Dengan bentuk fizikal badan yang solid serta kekuatan ototnya, gerepoh menjadi musuh yang sukar, malah sangat sukar ditangani oleh pemancing walau dengan set heavy sekalipun.
Sesetengah pula cukup licik, apa lagi jika di kawasan karang. Ibarat serangan gerila, gerepoh akan bersembunyi di kawasan karang dan secara tiba-tiba akan melakukan serangan hendap terhadap gewang anda terutama popper dengan kuasa pecutannya ekornya dan kembali memecut ke karang sebelum memutuskan tali utama pada batu atau karang. Kuat dan licik, tidak hairan raja terumbu karang ini menjadi musuh yang didambakan kaki pancing.
Secara morfologi luaran ikan gerepoh, penampilan utama spesies ini dapat dikenal pasti melalui profil bentuk kepalanya yang besar dan curam selain fizikal badannya yang kelihatan solid dan tegap. Ikan ini juga mempunyai kuasa pecutan dan larian yang luar biasa kerana sirip pektoral yang besar di bahagian pertengahan serta sirip kaudal besar dan solid ibarat pendayung.
Warna badannya pula secara umumnya boleh dikelaskan dalam pola warna putih-perak hingga ke hitam. Sesetengah gerepoh juga mampu mempamerkan rona keemasan gelap pada badannya terutama pada bahagian sirip.
Selain warna umum pada badannya, tanda berpaten atau bercorak yang jelas boleh hadir terutama pada bahagian belakang badan. Ini sering terjadi jika ikan ini mempunyai warna belakang badan yang lebih gelap berbanding bahagian lain, kontra warna akan mewujudkan garisan perak cerah dan akan kelihatan corak bintik kehitaman pada badannya.
Selain itu, pada bahagian kaudal pedunkel, kehadiran scutes (plat kecil yang tajam) jelas kelihatan pada kedudukan selari dengan garisan lateral. Scutes ini mampu mengakibatkan kecederaan jika ikan gerepoh tidak ditangani dengan baik sewaktu pendaratan.
Taburan bagi spesies Caranx ignobilis ini meluas, hadir dalam kebanyakan perairan iklim tropika panas Lautan Pasifik dan Lautan Hindi. Kehadiran ikan ini dikenal pasti hingga ke selatan Australia, timur Kepulauan Hawaii,barat di pulau-pulau timur Afrika dan di utara Jepun.
Gerepoh juga mempunyai toleransi saliniti yang tinggi lantas membolehkannya memilih habitat antara kawasan muara sehingga ke jauh ke lautan di kawasan sistem berterumbu karang. Juvenil pula lebih cenderung untuk berada di kawasan muara, pulau berbatu atau sistem sungai.
Spesimen yang dewasa akan berpindah ke kawasan lebih dalam di lautan di mana terdapatnya struktur seperti terumbu karang atau tukun. Selalunya habitat berstruktur pilihannya ialah kawasan yang mempunyai arus.
Spesies dewasa juga sering berlegar di kawasan tanjung atau pesisir berair cetek ketika memburu makanannya. Kawasan cetek namun berarus di mana terdapat struktur karang atau batuan mewujudkan persekitaran makanan yang ideal bagi spesies ini.
Di Malaysia, gerepoh bersaiz besar boleh diperolehi di kawasan persekitaran pelantar minyak. Bagi kaki popping, waktu senja menjelang malam tatkala lampu pelantar minyak menyala, ia masa yang cukup mendebarkan melontarkan popper sehampir mungkin tiang pelantar dan bawah nyalaan lampu.
Gerepoh merupakan spesies yang mempunyai kadar pembesaran yang cepat. Pada ukuran kepanjangan badannya 60cm, gerepoh umumnya sudah mencapai peringkat matang dan tempoh masa yang diambil untuk mencapai peringkat ini adalah sekitar 3-4 tahun.
Apabila dewasa atau matang, gerepoh mampu mencapai berat 200 lb dengan panjang 1.7 meter dan pada peringkat ini selalunya spesimen akan bersendirian. Apabila dewasa, biasanya gerepoh akan mencari kawasan terumbu karang sebagai habitat dan menjadikan kawasan tersebut sebagai wilayah jajahannya.
Ketika memburu, gerepoh menggunakan abiliti renangan yang unggul dan kuasa hentamannya terhadap ikan buruannya. Selalunya mangsanya akan ditelan terus pada serangan pertamanya, jika terlepas sekalipun biasanya mangsa cedera atau mati akibat kuasa serangannya. Jika memburu berkumpulan, mangsa akan ditelan dengan cepat bagi mengelakkan persaingan yang lebih ganas.
Diet utama gerepoh ialah ikan kecil di sekitarnya. Namun jika terdesak, gerepoh mampu bertukar lebih bengis dan licik. Tuna, penyu dan ikan lumba-lumba antara mangsa yang pernah dilaporkan ada ditemui di dalam perut gerepoh.
Selain itu, kelicikan gerepoh juga terserlah apabila hadir di sebalik jerung karang yang besar dan menjadikan ikan jerung ini sebagai alat untuk serangan hendap mangsanya. Gerepoh bersaiz besar juga ada kalanya menjadikan juvenil sebagai makanannya.
Di Pantai Timur ikan ini lebih mendapat perhatian berbanding jenahak mahupun merah sebab itu nilainya amat baik di pasaran. Isinya lebih lembut.
Jumlah tangkapannya kasar tidak memberangsangkan seperti mana ikan merah. Ibu kerisi bukanlah gamefish. Ia diburu kerana harga dan kelembutan yang dimiliki spesies unik ini.
Ibu kerisi atau goldband snapper mampu membesar sehingga 90cm panjang dengan anggaran berat melebihi skala 20 kg.
Namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 70cm sahaja. Ibu kerisi matang apabila mencapai 35-50cm dan membiak di antara bulan Mei hingga Ogos. Anggaran usia maksimum boleh mencapai 30 tahun.
Bagi saya ibu kerisi berwarna ‘lembut’ sehalus isinya berbanding kerisi bali lebih terserlah warna badan.
Ia cukup cantik dipandang apatah lagi jika dapat melihat kilauan warna ketika biasan dan pancaran cahaya matahari.
Asasnya berwarna seperti jenis kerisi kecil lain dan kilauan perak lebih memancar hampir 70%. Jalur kekuningan halus memanjang dari kepala hingga pangkal ekor untuk P. Typus.
Bergigi taring lebih kecil dari yang dimiliki oleh siakap merah. Ekor slim bercabang boleh menghasilkan pecutan baik dalam air.
Ibu kerisi kini lebih tertumpu di kawasan air dalam minimum 150kaki tidak seperti dahulu boleh dijumpai merayau di kawasan persisiran pantai 50kaki.
Lokasi tumpuan kini adalah lubang dan boleh dikatakan banyak mendiami perairan Penang dan sekitar laut di kawasan cari gali minyak. Ia berada di laut (selat) sempit dan juga laut luas.
Kebanyakan lokasi dihuninya adalah dasar keras sama ada berkarang, batu keras dan pinggir lokasi berkenaan. Paling hampir dengan pantai yang pernah saya dapat ialah
bahagian timur Pulau Bidung (kedalaman air 160 kaki) dan selebihnya di lokasi yang berjam-jam lamanya.
Ikan kerisi ini aktif untuk kedua-dua waktu siang dan malam. Rekod tangkapan saya lebih banyak di siang hari berbanding malam.
Kuat melawan ketika bawah pertengahan air dan muncul pelampung di mulut menandakan ia sudah barotrauma, tidak mampu berbuat apa lagi.
Ikan berharga rendah ini juga dikenal dengan nama Sagor catfish, Sagor sea-catfish, atau Sunda sea-catfish.
Ikan bertubuh sederhana, licin tak bersisik; panjang hingga 45cm. Kepala memipih datar ke arah muncung, dengan tiga pasang sesungut; sepasang yang paling panjang di antaranya berada di rahang atas, hujungnya mencapai pertengahan sirip pektoral atau lebih.
Sisi atas kepala dengan kepingan tulang serupa perisai yang berpola kasar permukaannya, dengan lekuk fontanel yang memanjang di tengah dahi di antara dua mata. Taju kepala belakang membundar, dan plat pangkal di muka duri sirip dorsal seperti sayap kupu-kupu.
Gigi bentuk kerucut dan tersusun dalam barisan melintang pada empat plat yang berderet di langit-langit mulut (palatum); plat gigi yang sebelah depan (plat maksilar) melengkung sempit dari sisi ke sisi.
Sirip dorsal dan kedua sirip pektoral masing-masing dengan duri yang bergerigi dan berbisa; sirip lembut dorsal kedua berukuran sederhana. Keseluruhan duri sirip dorsal I-7 (satu duri keras dan 7 duri lembut) sirip pektoral I-11; sirip pelvik 6; dan sirip anal 18-19.
Bahagian atas dan sisi tubuh berwarna kelabu-gelap kecoklatan atau kebiruan, sisi bawah putih susu; biasanya dengan (10 atau lebih) garis-garis melintang putih keperakan, kebiruan, atau kehijauan. Semua siripnya berwarna kusam kehitaman, hanya bahagian filamen dari sirip dorsal yang berwarna terang.
Menurut saintis Bleeker, dari pengamatannya belukang bersama dengan long whiskers catfish (Mystus gulio) dan engraved sea catfish (Nemapteryx caelata), merupakan jenis-jenis ikan berkumis yang paling umum didapati di pantai-pantai berlumpur serta di muara-muara sungai di Asia tenggara.
Kedukang dijual dan dikonsumsi dalam keadaan segar atau dikeringkan (ikan masin). Namun tangkapan belukang secara komersial tidak dilakukan secara besar-besaran berikutan harganya yang rendah. Dengan sifatnya memakan kotoran menyebabkan ia kurang digemari sebagai hidangan di meja makan.
Dalam dunia pancingan pula, ikan kedukang tidak tersenarai dalam spesies buruan utama dan ia lebih banyak dipancing secara tidak sengaja walaupun terdapat segelintir pemancing yang menjadikannya sebagai hiburan pancingan santai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...