Terdapat pelbagai jenis pemberat atau batu ladung dengan fungsi yang tersendiri. Salah satu pemberat yang agak unik dan berlainan dengan ialah batu kepit. Batu kepit atau dalam bahasa umumnya split shot adalah sejenis pemberat yang banyak penggunaannya dalam aktiviti memancing.

 

Bagi yang belum mengenali batu kepit ini, ia adalah pemberat yang terdapat lurah pada badannya di mana ia diapitkan pada tali untuk memberi berat pada umpan atau tali.

 

Kenali Batu Kepit / Sepit Dan Kepelbagaian Kegunaannya

 

Oleh sebab saiznya yang kecil dari 0.1 gm ke 10 gm kita dapat mengagak berat yang diperlukan. Penggunaannya pula amat senang sekali iaiitu dengan memasukkan tali ke celah lurah dan mengepitnya.

 

Batu kepit dijual di dalam paket di mana terdapat beberapa jenis dengan berat yang berbeza. Selalunya terdapat 20-50 biji di dalam plastik. Dan terdapat 2 jenis split shot iaitu jenis bulat (round split shot) dan membujur (oval split shot).

 

Kenali Batu Kepit / Sepit Dan Kepelbagaian Kegunaannya

IKLAN

 

Cara Penggunaannya:

 

Bagi memancing di kawasan sungai yang berbatu dan sekiranya kita tidak mahu perambut kita putus atau tersangkut maka kita boleh menggunakan kili tiga cabang (threeway swivel).

 

Ia dilakukan dengan mengikat tali utama pada satu cabang, perambut pada cabang yang lain dan pada cabang ketiga diikat tali lebih kurang 7.5cm ke 10 cm di mana beberapa split shot dipasang mengikut laju arus. Sekiranya perambut terlekat beberapa tarikan akan melepaskan perambut tersebut.

 

Kenali Batu Kepit / Sepit Dan Kepelbagaian Kegunaannya

IKLAN

 

Menunda umpan ikan

 

Satu cara penggunaan split shot adalah dengan melekatkannya pada tangkal kail apabila menunda dengan menggunakan ikan kecil yang tidak melebihi 15 cm. Cara ini akan memberi aksi pada umpan dengan mengerakkan ikan naik turun.

 

Menunda gewang

 

IKLAN

Cara larian gewang dapat ditingkatkan serta gewang dapat digunakan untuk ditunda lebih dalam lagi sekiranya beberapa batu kepit dikepilkan pada terus pada ikatan perambut. Ini dapat menyebabkan pergerakan gewang bergerak naik turun dan sekiranya perlu gewang berenang lebih dalam lagi boleh lah tambahkan batu kepit mengikut kehendak individu.

 

Kenali Batu Kepit / Sepit Dan Kepelbagaian Kegunaannya

 

Perambut bagi umpan kecil

 

Bagi penggunaan umpan cacing atau cengkerik pula batu kepit boleh dikepilkan terus pada tangkal kail. Sekiranya perlu kita boleh juga mengecatnya dengan warna merah untuk menarik perhatian ikan. Kaedah mata kail juga ini amat bagus sekiranya memancing ikan bulus.

 

Kenali Batu Kepit / Sepit Dan Kepelbagaian Kegunaannya

 

Banyak lagi cara penggunaan split shot seperti menjadi penyekat pelampung sekiranya kita perlukan pelampung berada pada sekian tahap dan bermacam lagi. Senang cerita, penggunaannya tertakluklah pada daya inovasi seseorang.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI