Kerapu tikus atau boleh dianggap seperti raja di kalangan keluarga kerapu atau grouper. Ini kerana ikan ini diletakkan sebagai spesies kerapu yang paling mahal di pasaran. Dengan isinya yang lebih halus, sedap dan lebih berkualiti, tak hairanlah harganya begitu tinggi di pasaran.
Habitat ikan kerapu tikus ini adalah di sekitar kawasan karang laut seperti di perairan Pantai Timur dan yang paling banyak sekali di perairan Sabah. Diet utama ikan ini adalah hirisan sotong dan ikan dan teknik yang biasa digunakan pemancing adalah teknik pancingan dasar.
Harga pasaran: RM100 ke atas per kilogram. Jika dieksport ke luar negara ia mampu mencecah harga USD40 sekilogram. Fuhhh!
Ikan kerapu pisang merupakan spesies kerapu kedua termahal yang ada di perairan Malaysia. Spesies ini mempunyai tona yang menarik pada badannya iaitu merah menyala dan terdapat bintik-bintik kecil berwarna putih, kuning atau biru pada badannya dan ekornya pula berbentuk seperti bulan sabit. Ia sering menjadikan kawasan karang sebagai habitat utamanya. Spesies ini juga sangat lazat dijadikan hidangan. Tak hairanlah harganya begitu mahal di pasaran.
Ads
Harga pasaran: RM50-RM75/kg (harga peraih) RM75-RM150/kg (harga restoran) mengikut kawasan.
Spesies kerapu ini merupakan kerapu yang paling biasa dinaikkan kaki pancing Malaysia. Sering menjadikan kawasan karang, kapal karam, kawasan berbatu sebagai habitat persembunyiannya. Lebih terkenal sebagai pemangsa hendap yang mampu memberikan tentangan kepada kaki pancing. Ikan kerapu jenis ini biasanya boleh terpedaya dengan umpan sotong atau udang hidup, hirisan sotong, ikan, dan kini ia juga boleh diperdaya dengan besi jig.
Harga pasaran: RM30-RM50/kg (harga peraih) RM50 ke atas per kg (harga restoran)
Walaupun sudah tidak begitu banyak kolam pancing air tawar yang menyediakan ikan lee koh untuk dipancing, namun masih ramai pemancing yang berminat memancing ikan spesies kap ini.
Sama ada di kolam, lombong atau sungai, ikan lee koh boleh dipancing dengan kaedah dan umpan yang sama.
Sebagai ikan kap yang menjadikan lumut, rumpair atau tumbuhan akuatik sebagai sumber makanan, melihat cara lee koh makan juga boleh dijadikan ilham untuk memahami kaedah memancingnya.
Ikan lee koh juga gemar menyedut tanah dan menyaring makanan yang ada di dalam tanah tersebut.
Oleh yang demikian, bahan umpan berasaskan dedak merupakan senjata utama untuk memancingnya.
Tabiat makan ikan lee koh lazimnya tidak mengira waktu. Ia boleh berubah mengikut persekitaran dan habitat. Maknanya kita boleh memancing lee koh tanpa mengira waktu.
Hanya untuk menentukan waktu ia paling aktif, kita haruslah melakukan sedikit homework.
Apa yang perlu ada pada umpan atau dedak ialah bau-bauan yang boleh menarik minatnya.
Jadi, pastikan umpan yang digunakan dicampurkan dengan bau-bauan yang sedikit wangi serta hanyir.
Apa yang lebih penting daripada umpan ialah kaedah untuk menarik ia datang kepada umpan.
Ia boleh dilakukan dengan teknik menabur umpan dalam jumlah yang banyak di sesuatu tempat.
Inilah rahsia sebenar memancing ikan lee koh.
Selain perlu merasuah, gaya persembahan umpan juga penting. Ikan lee koh dipercayai bersikap agak tamak dan gelojoh terhadap makanan.
Jadi, umpan yang tersembunyi mata kail di dalamnya itu perlulah dikepal dalam saiz yang besar.
Setelah mengetahui tabiat makan ikan lee koh ialah dengan cara pasif, iaitu memakan umpan yang tidak bergerak dan ia sendiri tidak bergerak ketika makan.
Ia akan memakan umpan dengan senyap dan perlahan. Jadi, penggunaan mata kail yang ringan tetapi kuat amatlah penting.
Sekiranya menggunakan mata kail yang besar dan berat, ia juga memungkinkan mata kail tersebut tidak akan bergerak masuk ke dalam mulut ikan ketika menyedut makanan.
Ikan lee koh akan memuntahkan kembali mata kail setelah menyedut dedak. Oleh itu kita haruslah peka pada sebarang pergerakan mata kail melalui gerakan tali pancing.
Memandangkan mata kail berkemungkinan tidak akan tercangkuk dengan sendiri pada mulut ikan, maka kita sendiri haruslah menyentapnya ada petanda ia digerakkan oleh ikan.
Selebihnya, layanlah lariannya dengan lemah gemalai. Pastikan drag kekili tidak dikunci terlalu tinggi kerana mulut lee koh agak lembut dan boleh koyak jika melawannya dengan cara yang kasar.
Negara kita sendiri kaya dengan spesies ikan air tawar yang bernilai, tidak kira daripada segi harga pasaran, nilai kekuatan pertarungan ataupun kepuasan tersendiri saat menaikkan spesies yang sukar dipancing.
BEGAHAK
Nama saintifik : Belodontichthys dinema
Nama umum : Sheatfishes
Nama tempatan : Begahak, Gohok, Gerahak
Tidak banyak yang diketahui tentang spesies ini. Begahak (Belodontichthys dinema) mempunyai bentuk badan yang unik seperti tapah dan lais. Ia terkenal sebagai hidangan bagi kaum Cina dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.
Taburan lokasi spesies ini sering dikaitkan dengan di sepanjang Sungai Pahang di semenanjung selain di Sabah dan Sarawak serta Borneo. Tidak ada maklumat muktahir mengatakan wujudnya begahak di sungai-sungai lain di semenanjung.
Ia mendiami habitat sungai yang sederhana luas dan luas serta tinggal di kawasan yang berkedalaman tinggi serta pertengahan. Ia diketahui gemar memakan ikan-ikan kecil di permukaan sebagai diet utama.
Tip memancing
Ikan begahak juga merupakan ikan sukan yang bagus dan boleh ditangkap dengan joran. Pengilat lebih teruja kerana aksi hentaman gewang mengagumkan dari spesies ini.
Biasanya pemburuan begahak di Sungai Pahang bermula apabila kemarau atau sungai mulai surut. Harganya yang tinggi dan rasa yang sedap menjadi faktor utama kenapa ia diburu.
Penggunaan gewang selaman dalam dengan skema warna semulajadi menjadi pilihan utama di kalangan pengilat begahak.
TAPAH
Nama saintifik : Wallgo attu
Nama umum : Giant River Catfish, Wallgo, Lanchi
Nama tempatan : Tapah
Tapah merupakan antara spesies ikan air tawar gergasi. Ikan ini hidup di kawasan dasar sungai besar serta berlumpur. Spesies tapah juga terkenal dengan sifat pelahapnya dengan memakan ikan yang lebih kecil, krustasia dan moluska sebagai diet utama.
Ini menyebabkan ia mampu membesar mencecah sehingga 8 kaki panjang. Terdapat juga mitos yang terkenal ialah spesies ini mampu menyambar monyet atau kera yang bergayut dari permukaan air.
Selain itu, bandar Tapah di Perak juga mengambil nama sempena spesies ganas ini memandangkan ia sering muncul di kawasan sungai-sungai di Perak.
Tip memancing
Memancing tapah sesuai dilakukan ketika musim kemarau dan air sungai surut. Penggunaan umpan pilihan yang spesifik amat sukar ditentukan dek kerana sifat pelahapnya.
Malah kebanyakan pemancing mengatakan penggunaan hampir semua anak ikan sungai juga mampu menaikkan tapah selain anak keli dan udang galah. Anda boleh mencuba anak ikan sungai bergantung kepada keadaan dan lokasi sungai.
Di sungai yang dikatakan masih banyak tapah, pemancing biasanya akan menggunakan kaedah trolling.
BELIDA SUNGAI
Nama saintifik : Chitala lopis
Nama umum : Feather back, Knifefishes
Nama tempatan : Belida, belida sungai, belida putih, belida jawa
Spesies ini amat cantik dan bentuk badannya pula amat unik. Badannya pipih dengan saiz kepala yang kecil dan ekornya melengkung ke atas menghasilkan bentuk seakan sabit atau pisau. Habitat belida biasanya di sungai-sungai besar, tasik serta lombong.
Belida bersaiz kecil juga hidup di paya dan tali air yang bersambung dengan sungai. Antara lokasi taburan spesies belida ialah di kawasan Chenderoh, Bersia, Kenering, Sungai Kelantan, Tasik Kenyir dan banyak lagi.
Spesies belida bersifat nokturnal dan aktif pada waktu malam. Ia bersifat pemangsa dengan diet utamanya ialah udang dan ikan kecil. Belida lebih dikenali sebagai game-fish bagi pemancing kerana kekuatannya, namun begitu ia mempunyai potensi baik dalam sektor ikan hiasan.
Tip memancing
Belida biasanya mendiami lubuk tertentu dan gemarkan kawasan banyak reba dan kayu-kayuan. Bagi pancingan dasar, umpan yang paling sesuai pastilah umpan hidup walaupun ada yang pernah mendaratkan belida berumpankan sawit.
Anda boleh mencuba anak sepat, anak keli, seluang, udang atau ikan emas dan pastikan perambut agak panjang bagi umpan anda lebih bebas menggoda dengan gaya renangannya. Bagi pengilat, anda boleh mencuba gewang selaman dalam bersaiz kecil dengan padanan warna berkilau.
Sirip merupakan organ yang menonjol dari tubuh yang ditutupi dan dihubungkan oleh selaput kulit. Fungsinya secara umum adalah untuk membantu ikan berenang, walaupun ada ikan yang menggunakannya untuk meluncur atau merangkak. Sirip pada ikan terletak pada pelbagai tempat untuk pelbagai fungsi.
SIRIP DORSAL
Sirip dorsal (dorsal fin) terletak di posterior operculum atau disebut juga bahagian atas ikan. Sesetengah ikan memiliki lebih dari satu sirip dorsal. Sirip dorsal berperanan melindungi ikan dari pemangsa dan membantu pergerakan maju, membelok serta pegun atau berhenti. Sesetengah ikan menggunakan sirip dorsal dengan cara berbeza. Anglerfish contohnya, menggunakan sirip dorsalnya yang bercahaya untuk ‘memancing’ ikan lain. Ada juga sesetengah ikan menggunakan sirip dorsalnya yang mampu mengeluarkan racun sebagai senjata pertahanan.
SIRIP ADIPOS
Sirip adipos (adipose fin) merupakan sirip yang lembut dan berdaging terletak di antara sirip dorsal dan sirip kaudal. Namun tidak semua ikan memiliki sirip ini. Hanya sesetengah ikan seperti spesies salmonidae, charasins dan catfishes yang memilikinya. Fungsi sebenar sirip adipos ini masih menjadi tanda tanya para pengkaji. Pengkaji di Kanada berpendapat ia berfungsi seperti sensor namun masih tiada bukti sahih mengenainya.
SIRIP KAUDAL
Sirip kaudal (caudal fin) merupakan bahagian ekor ikan. Ia penting untuk henjutan ketika berenang. Sirip kaudal juga mempunyai pelbagai bentuk mengikut spesies ikan tertentu. Ia juga boleh dikelaskan untuk mengklasifikasikan spesies ikan.
SIRIP ANAL
Sirip anal (anal fin) terletak di permukaan bahagian bawah ventral atau perut ikan dan di belakang anus. Sirip anal berfungsi untuk kestabilan ketika ikan berenang.
SIRIP PELVIK
Sirip pelvik (pelvic fin) terletak pada bahagian bawah abdomen dan berpasang. Sirip pelvik ini membantu ikan untuk berenang ke atas dan ke bawah, membelok dengan tepat dan berhenti dengan cepat. Dalam famili gobiidae, sirip pelvik biasanya bercantuk menjadi satu sirip menyedut yang berfungsi untuk berpegang pada sesuatu seperti batu dan sebagainya.
SIRIP PEKTORAL
Sirip pektoral (pectoral fin) terletak pada setiap sisi ikan operkulum (bahagian keras yang melindungi insang). Ia berfungsi untuk membantu ikan mengekalkan kedudukan pada satu-satu kedalaman. Ikan daripada famili clariidae seperti keli menggunakan sirip pektoral untuk berjalan di atas darat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...