Penjelasan umum gear ratio ialah jumlah putaran rotor dalam satu kali putaran pengayuh atau handle. Pengayuh melekap pada drive gear. Ketika pengayuh dikili, drive gear memutar rotor melalui pinion gear. Jadi, bolehlah dikatakan juga bahawa gear ratio adalah perbandingan jumlah gigi antara drive gear dan pinion gear.
Contohnya, jika drive gear berjumlah 84 dan gigi pinion gear berjumlah 16 maka gear rationya adalah 5.2:1. Rotor akan berputar 5.2 kali setiap kali kita memutar pengayuh satu putaran penuh. Ada dua perkara utama yang perlu diketahui sewaktu membeli kekili. Yang pertama, kekili dengan gear ratio rendah memiliki kekuatan menarik beban lebih baik berbanding dengan gear ratio tinggi.
Yang kedua, keterangan gear ratio pada kotak bungkusan bukan menyatakan kecepatan penggulungan tali pancing (line retrieve) melainkan hanya informasi ratio mekanis gear yang ada di dalam kekili tersebut. Kecepatan line retrieve dipengaruhi oleh besar diameter spool dan kapasiti tali dalam spool.
Ads
Ads
Sebagai contoh, kekili bergear ratio 4.3:1 dengan diameter spool 6cm, dalam satu putaran handle mampu menggulung tali masuk 65cm berbandingkan kekili bergear ratio 6.3:1 dengan diameter spool 4cm mampu menggulung benang masuk 69cm di mana kondisi kedua spool terisi penuh tali. Terdapat perbezaan 4 cm, jika diameter spoolnya sama seharusnya kekili bergear ratio tinggi mampu menggulung benang lebih dari 100cm.
Bagi kebanyakan pemancing, perbezaan dalam ukuran sentimeter ini seperti diabaikan setelah mengetahui bahwa kekili yang bergear ratio rendah lebih kuat dalam menarik beban. Penjelasan gear ratio ini juga berlaku bagi kekili baitcasting dan multiplier untuk trolling.
Di sebalik keseronokan hobi memancing, sebenarnya ia antara hobi yang berisiko mendatangkan kecederaan dan kemudaratan sekiranya beberapa perkara di bawah ini dianggap tidak penting dan ambil mudah. Berikut disenaraikan beberapa risiko seorang kaki pancing yang perlu sentiasa waspada agar tidak mendatangkan kedukaan kepada diri, keluarga dan juga insan tersayang.
Terkena mata kail gewang
Ia kes yang kerap berlaku di kalangan kaki casting terutama menaiki bot yang ‘sesak’ dengan penumpang. Kesannya, bila ternampak boiling sang ikan, mulalah gelojoh tidak pandang kiri dan kanan, akibatnya rakan tepi dan belakang menjadi mangsa. Walaupun punca kesalahan ini sering kali dituding kepada caster baru, ada kalanya berlaku juga di kalangan caster lama.
Tindakan: Jangan sesekali menaiki bot melebihi had penumpang. Selain tidak selesa, ia juga mengundang kejadian bot karam.
Kemungkinan Bot Karam
Kes berlaku disebabkan, tidak mahir mengendalikan bot (fiber), bot fiber dibawa laju terlanggar objek (biasanya kayu balak hanyut, tunggul yang tidak kelihatan). Di laut pula ia jarang-jarang berlaku dan kes bot karam selalunya disebabkan dipukul ribut dan ombak besar.
Tindakan: Pengendali bot perlulah seorang yang mahir dan tahu selok-belok sesuatu lokasi pancingan, misalnya di sungai dan tasik. Sentiasa berhati-hati ketika melewati kawasan tunggul, melalui sungai yang berarus deras. Jika di laut, sentiasa peka dengan keadaan cuaca.
Sesat Dalam Hutan
Pernah mengalami kejadian sesat ketika memancing. Jika pernah, anda boleh tahu betapa bingungnya macam mana ia boleh berlaku. Untuk elakkan sesat, sentiasa berteman di sesuatu lokasi yang belum anda pernah sampai. Jika menjarakkan diri di kawasan yang tiada liputan telefon pula, pastikan anda dapat melihat kelibat rakan anda dan rancang dengan rakan-rakan terlebih dahulu sekiranya anda ingin berpecah lokasi (kumpulan lebih kecil).
Tindakan: Paling mudah bawa wisel bagi tujuan kecemasan. Anda boleh meniup bagi menarik perhatian di saat anda sudah kekeringan tekak menjerit meminta tolong.
Kemungkinan Lemas
Tiada sebab mengapa anda tidak memakai jaket keselamatan sebaik sahaja anda menaiki bot, lebih-lebih lagi bot fiber ketika memancing. Sentiasa periksa dan sematkan jaket keselamatan dengan baik. Sekiranya bot karam dan terbalik, jangan sesekali panik. Cuba bertenang dan capai benda yang boleh terapung seperti tong minyak. Elakkan memakai pakaian yang berat seperti seluar jean ketika memancing.
Tindakan: Bagi jaket keselamatan jenis gas, periksa bilakah tarikh luput gas berkenaan.
Kemalangan Jalan Raya
Perkara paling indah buat kaki pancing adalah ‘banyak masa dan banyak duit’. Namun bukan semua kaki pancing beruntung ada kedua-duanya. Ramai kaki pancing terus pulang dari trip atas alasan kena esok masuk kerja.
Penat, mengantuk, tidak tukar pemandu, tidak berehat dan tidur seketika, mengejar masa untuk sampai di rumah, antara faktor mengundang berlakunya musibah ini. Periksalah keadaan kereta sebelum menaiki kenderaan dan jangan lupa memakai tali pinggang keselamatan kerana ia mampu mengurangkan kecederaan lebih teruk sekiranya berlaku kemalangan.
Tindakan: Langkah terbaik, semua ahli trip perlu merancang perjalanan trip dengan baik seperti mengambil cuti lebih, hotel, chalet dan menginap selepas pulang dari trip sebelum pulang keesokan harinya.
Bacaan doa perlu dipanjatkan kepada yang Maha Esa dipanjatkan agar terhindar dari sebarang musibah.
Seorang kaki pancing dan juga bukan kaki pancing MESTI memiliki sekurang-kurangnya satu pelan perlindungan insurans diri kerana malang itu tidak berbau.
Walaupun lubuk dah menampakkan ikan berenang di depan mata ia tidak menjamin minat ikan terhadap umpan. Ladung dan pemberat tegak menjunam ke dasar dan selera ikan ketika ini amat kurang sekali tapi tidak selera makan buat pemancing yang menanti sentapan ikan.
Ia jadi kurang agresif terhadap umpan. Kami terpaksa menunggu hingga tengah malam lagi kerana arus dijangka bergerak sederhana. Mengisi masa terluang layan dahulu getuan ikan remong, anak kerapu dan anak merah tanda berumpankan sotong pasar. Henjutan semua jenis ikan yang menceriakan pemancing apabila ada pergerakan pada hujung joran.
Jigging ketika ini mudah dipraktikkan kerana saiz jig seberat 40g dah mencecah dasar yang berkedalaman 180 kaki. Namun bila asyik melayan ikan lauk, ramai yang ingin saiz yang lebih gadang. Bila dah berhajat demikian ada waktunya hajat tertunai.
Usaha berterusan pemancing yang berjaga separuh malam membuahkan hasil apabila sambaran yang dihajati terjadi di hadapan mata. Ego pemancing pakai kekili elektrik mana seronok layan ikan kecil. Bila dah kasar sambaran maka bertungkus lumus pemancing menahan asakan larian kencang ikan yang tidak mahu berhenti. Nampaknya dia beli tiket perjalanan sehala.
Maka kecohlah keadaan bila ikan berpusing di serata bahagian kiri, kanan, hadapan dan sisi bot. Mana yang leka mengarau tali pancing bagi memberi laluan kepada pemancing yang sedang bertarung lalu sama-sama turut terjebak.
Dari seorang yang terima sambaran, pemancing sebelah, di kiri dan kanan turut kena tempias tali pancing dikaut bersama. Terlalu banyak bersilang sesama sendiri maka peluang untuk memenangi pertarungan adalah tipis.
Pecutan ikan mudah memutuskan perambut 80lb bila bergesel dengan tali sulam. Ikan putus dan masa untuk meleraikan simpulan tali menjadi adegan seterusnya di bawah pancaran lampu api boreng terang benderang.
Sambaran kasar kedua pula secara mengejut hampir membawa bersama kekili elektrik apabila rod holder tertanggal. Tali pengikat jadi penyelamat. Pertarungan semakin rancak apabila sekali lagi beberapa tali pancing orang sebelah turut dikaut bersama.
Seperti babak pertama kisahnya berakhir sedemikian, menggigit jari lagi. Sekali lagi tali tersimpul diurai beramai-ramai di atas bot. Mujurlah trip kami tekong dan awak- awak banyak membantu. Tugas menjadi lebih mudah.
Hampir separuh malam kami dikejutkan dengan banyak sambaran padu sehingga banyak kes rod holder tertanggal. Nasib tiada kes joran patah. Namun masih belum berjaya menewaskan spesies misteri yang sering membuat sambaran mengejut.
Dunia pancing kadang kala kita perlu terima ketentuan. Ikan yang bakal menjamah umpan tidak diketahui spesies dan saiz.
Kekuatan dan persediaan peralatan perlu sesuai dengan sasaran yang ingin dimiliki jika tidak mahu meniti kegagalan. Jangan terlalu meminta sesuatu yang kita tidak mampu melaksanakan. Kegirangan yang diimpikan berakhir dengan kekesalan tak berkesudahan.
Dalam sejarah memancing di kawasan pelantar minyak, inilah kali pertama merasai cuaca laut yang amat baik sepanjang masa. Deruan angina sederhana berbahasa mendayu, tiada alun dan tidak merasai titisan air hujan sepanjang 4 hari di laut yang terik sekali.
Seminggu selepas trip, kami diberitahu banyak bot terpaksa berpatah balik gara-gara ribut yang mengganas. Hanya selang beberapa hari kami balik, angin bertukar wajah dari ceria dan mesra pengunjung kepada ganas dan tidak bersimpati kepada pengunjung terutama yang berdegil untuk mencabar kuasa alam.
Fenomena alam yang di luar percaturan kita. Terima seadanya walaupun perit ditelan. Buat yang terpaksa berputih mata melihat ombak menggulung di tepian pantai tentu hiba kerana perancangan dan kos yang dilaburkan amat besar dalam waktu penantian cukup lama.
Mungkin ada kebaikan dicelah musibah melanda, hanya yang Maha Esa mengetahui. Nyawa lebih bermakna dari berbakul hasil ikan yang dibawa pulang. Untuk itu dalam keadaan arus lemah kami tetap bersyukur dengan hasil yang dibawa pulang sebagai imbuhan dengan kos yang dihabiskan untuk setahun perancangan dalam menjadikan trip ini berjaya. Selesai agenda untuk setahun perancangan. Syukur kepadamu Ya Allah.
Jika korang memancing di muara dan peroleh ikan belukang yang kasar-kasar saiznya dan selalunya dilepaskan kembali kerana tak tau nak masak apa, selepas ini jangan dibuang lagi. Ikan belukang jangan disangka tidak sedap ini sebenarnya boleh jadi sedap jika tau cara penyediaan dan memasaknya. Berikut adalah cara penyediaan dan resepi yang disediakan oleh Lyza Jemail, yang mana ikan belukang ini adalah hasil pancingan beliau sendiri.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...