Tergolong dalam keluarga catfish (ikan bermisai), ikan patin merupakan spesies yang popular di Asia. Taburan ikan patin banyak berada di Asia khususnya kawasan Asia Tenggara. Antara kawasan utama ialah Sungai Chao Phraya dan Lembah Sungai Mekong di mana cukup dikenali di serata dunia. Selain itu, perairan di sungai-sungai di Thailand, Myanmar, Borneo, Malaysia, Kemboja dan Vietnam turut dihuni oleh spesies ikan patin.
Berikut disenaraikan antara spesies ikan patin yang telah ditemui oleh para penyelidik yang kesemuanya ditemui di Asia.
(Nama saintifik – tahun ditemui – saiz maksimum)
Pangasius bocourti – 1880 – 120 cm
Ads
Pangasius pangasius (Pangas catfish – 1822 – 300 cm
Pangasius polyuranodon – 1852 – 80 cm
Pangasius nieuwenhuisii – 1904 – 60 cm
Pangasius djambal – 1846 – 90 cm
Pangasius conchophilus – 1991 – 120 cm
Pangasius hypophthalmus – 1878 – 130 cm
Pangasius krempfi – 1949 – 120 cm
Ads
Pangasius kunyit – 1999 – 70.2 cm
Pangasius larnaudii (spoy pangasius) -1866 – 130 cm
Pangasius lithostoma – 1989 – 25 cm
Pangasius elongatus – 2002 – 28.2 cm
Pangasius humeralis – 1989 – 38.9 cm
Pangasius kinabatanganensis – 1991 – 23.8 cm
Ads
Pangasius macronema – 1850 – 30 cm
Pangasius mahakamensis – 2002 – 18.2 cm
Pangasius mekongensis – 2003 – (tidak diketahui)
Pangasius myanmar – 1991 – 100 cm
Pangasius nasutus – 1863 – 90 cm
Pangasius pangasius (pangas catfish) – 1822 – 300 cm
Pangasius rheophilus – 2000 – 77.5 cm
Pangasius sabahensis – 2003 – (tidak diketahui)
Pangasius sanitwongsei (giant pangasius) – 1931 – 300 cm
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tentu sekali korang akan berasa pelik melihat foto ikan tapah yang wujud di Sungai Labuk dalam daerah Beluran, Sabah ini. Corak badannya ternyata amat berbeza dengan tapah yang terdapat di Semenanjung atau Sarawak yang ada jalur kekuningan, tetapi corak badan ikan tawi ini bertompok-tompok (blotches) macam peta dunia. Ada juga sifat-sifat lain yang membezakannya seperti pada bahagian mulutnya.
Apabila dirujuk dalam buku The Freshwater Fishes Of North Borneo (antara satu-satunya buku lengkap tentang ikan air tawar di utara Borneo yang diterbitkan pada tahun 1962 oleh Robert F. Inger dan Chin Pui Kong) spesies ini bernama saintifik Wallago maculatus nyata amat berlainan dengan tapah biasa atau Wallago attu.
Tambah menarik lagi apabila spesies ini disahkan oleh laman sesawang FishBase, hanya wujud di Sabah (Borneo utara). Bermakna ia tidak dijumpai di mana-mana tempat di Asia. Tidak seperti tapah biasa yang populasinya bertaburan di merata sungai di India, Pakistan, Afghanistan, sehingga ke Vietnam dan Indonesia.
Khabarnya ikan tawi atau Wallago maculatus yang hidup di Lembangan Sungai Kinabatangan di Sandakan adalah lebih tinggi populasinya dan padu saiznya.
Suatu ketika dahulu ia popular dengan gelaran si merak. Namun, lama kelamaan gelaran ini tenggelam dan lebih popular nama umumnya peacock bass atau singkatannya PB. Walaupun dikenali dengan nama peacock bass, spesies ini sebenarnya bukan dari kumpulan ikan bass.
Peacock bass atau ikan raja menurut panggilan sesetengah pemancing merupakan sekumpulan spesies ikan air tawar yang datang dari genus Cichla. Spesies yang berasal dari Amerika Selatan ini merupakan antara spesies yang rakus dan cepat membiak.
Di negara Brazil, di mana spesies ini mempunyai taburan paling besar, ikan ini mendapat pelbagai gelaran. Gelaran tucunare merupakan nama paling popular di Brazil dan Peru sementara di Venezuela, spesies ini lebih dikenali sebagai pavon (peacock/butterfly).
Ketika ini terdapat 15 spesies yang datangnya daripada genus Cicla. Spesies ini merupakan spesies ikan natif bagi kebanyakan sungai di Amerika Selatan. Kawasan asal spesies ini termasuk Sungai Amazon, Lembah Sungai Orinoco dan Guyana.
Spesies peacock bass ini juga pernah diperkenalkan di beberapa kawasan lain di dunia. Oleh kerana ikan ini cepat membiak dan agresif, spesies ini mempunyai kadar survival yang sangat tinggi malah mampu mengancam spesies ikan asal lantas menyebabkan ekosistem asal di sesetengah tempat terganggu.
Secara fizikal, morfologi luaran bagi bagi peacock bass bergantung kepada spesies dan peringkat tumbesarannya. Sesetengah peacock bass jantan mempunyai bonggol yang besar di bahagian kepalanya apabila mencapai peringkat matang. Bagi semua spesies peacock bass, dapat diperhatikan corak yang berlainan pada badannya.
Namun pada bahagian kaudal pedunkel iaitu sambungan badan dan ekornya, dapat dilihat kehadiran tompokan hitam bulat di situ. Ini merupakan tanda yang hadir pada semua spesies ikan ini. Bagi spesies Cichla ocellaris, dapat diperhatikan morfologi luaran utama dari segi corak badannya iaitu terdapat dua corak vertikal memanjang.
Seterusnya di bahagian bawah berhampiran abdomen di bawah sirip pektoral, terdapat satu lagi corak barisan hitam. Kebanyakan spesies peacock bass boleh ditemui di kawasan air berarus dan air tenang dengan struktur seperti batu atau tumbuhan akuatik.
Selalunya ikan ini bergerak secara berkumpulan. Ikan ini merupakan pemangsa dan sangat agresif. Ia menjadikan ikan kecil malah sesetengah tidak segan untuk menyerang ikan yang bersaiz besar sebagai diet utamanya. Oleh kerana tabiat agresifnya, ikan ini tidak sesuai diternak kerana sifat pelahapnya.
Di Malaysia, ikan peacock bass telah dilabelkan sebagai ikan pendatang atau ikan alien. Dalam kontek sains, ikan ini dikira sebagai perosak yang berisiko tinggi kerana kehadiran ikan ini menyebabkan ketidakseimbangan dalam ekosistem asal.
Antara implikasi kehadiran ikan ini tanpa kawalan ialah kepupusan spesies asal ikan tempatan kerana persaingan untuk mendapatkan makanan dan habitat dalam meneruskan kelangsungan hidup. Selain itu, sifat ikan ini yang begitu agresif menjadikan ikan ini pemangsa kepada spesies ikan tempatan.
Walaupun spesies peacock bass merupakan spesies pendatang, nilainya dari sudut pancingan sukan memang tidak dapat dinafikan. Pemancing Malaysia sekarang ini rata-riti bersetuju bahawa perlawanan di hujung pancing dengan peacock bass sangat mengujakan. Sekali gus menimbulkan persoalan yang tidak terjawab apakah amalan tangkap dan lepas turut wajar dilakukan terhadap spesies peacock bass ini.
Di luar negara, spesies ini diangkat sebagai ikan trofi bagi pancingan ikan air tawar. Spesies C. temensis merupakan spesies yang mampu membesar sehingga panjang 99cm! Di Malaysia, selalunya kita dapat menjumpai spesies C. ocellaris yang juga berkualiti sebagai ikan sukan selain mampu membesar sehingga 74cm panjang.
Namun, dipercayai bukan spesies C.ocellaris saja menceroboh masuk berikutan spesies terbesar Cichla iaitu C.temensis sudah pun menjarah perairan kita.
Tidak banyak yang diketahui tentang spesies ini. Begahak (Belodontichthys dinema) mempunyai bentuk badan yang unik seperti tapah dan lais. Ia terkenal sebagai hidangan bagi kaum Cina dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.
Taburan lokasi spesies ini sering dikaitkan dengan di sepanjang Sungai Pahang di semenanjung selain di Sabah dan Sarawak serta Borneo. Tidak ada maklumat konsisten mengatakan wujudnya begahak di sungai-sungai lain di semenanjung.
Ia mendiami habitat sungai yang sederhana luas dan luas serta tinggal di kawasan yang berkedalaman tinggi serta pertengahan. Ia diketahui gemar memakan ikan-ikan kecil di permukaan sebagai diet utama.
TAPAH
Nama saintifik: Wallago attu
Nama umum: Giant River Catfish, Wallgo, Lanchi
Nama tempatan: Tapah
Tapah merupakan antara spesies ikan air tawar gergasi. Ikan ini hidup di kawasan dasar sungai besar serta berlumpur. Spesies tapah juga terkenal dengan sifat pelahapnya dengan memakan ikan yang lebih kecil, krustesia dan moluska sebagai diet utama.
Ini menyebabkan ia mampu membesar mencecah sehingga 8 kaki panjang. Terdapat juga mitos yang terkenal ialah spesies ini mampu menyambar monyet atau kera yang bergayut dari permukaan air.
Selain itu, bandar Tapah di Perak juga mengambil nama sempena spesies ganas ini memandangkan ia sering muncul di kawasan sungai-sungai di Perak.
BELIDA
Nama saintifik: Notopterus notopterus, Chitala chitala
Nama umum: Feather back, Knifefishes
Nama tempatan: Belida, Belido, Lopis
Walaupun dalam genus atau genera berbeza, belida sungai (Notopterus notopterus) dan belida bintik (Chitala chitala) masih tergolong dalam keluarga yang sama iaitu Notopteridae.
Spesies ini amat cantik dan bentuk badannya pula amat unik. Badannya pipih dengan saiz kepala yang kecil dan ekornya melengkung ke atas menghasilkan bentuk seakan sabit atau pisau. Habitat belida biasanya di sungai-sungai besar, tasik serta lombong.
Belida bersaiz kecil juga hidup di paya dan tali air yang bersambung dengan sungai. Antara lokasi taburan spesies belida ialah di kawasan Chenderoh, Bersia, Kenering, Sungai Kelantan, Tasik Kenyir dan banyak lagi.
Spesies belida bersifat nokturnal dan aktif pada waktu malam. Ia bersifat pemangsa dengan diet utamanya udang dan ikan kecil. Belida lebih dikenali sebagai game-fish bagi pemancing kerana kekuatannya, namun begitu ia mempunyai potensi baik dalam sektor ikan hiasan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...