Ikan import atau ikan pendatang membawa maksud ikan yang dibawa masuk ke sesuatu perairan yang bukan habitat asalnya. Ini termasuklah ikan yang dibawa masuk dari luar negara. Kebanyakan dari kita menganggap ikan pendatang ini berbahaya kepada ikan natif atau ikan asal. Betul ke ia hanya membawa keburukan semata-mata?

 

Arapaima

Nama lain : Arapaima, ikan naga

Nama Saintifik : Arapaima gigas

Negara asal : Amerika Selatan; Lembah Sungai Amazon

Baik Buruk Spesies Ikan Import (Spesies 3)

Spesies gergasi dari Lembah Amazon ini diakui menjadi spesies yang ganas. Spesies ini mula memasuki perairan tempatan atas kepentingan sebagai ikan hiasan dan juga ikan sukan. Arapaima tidak dinafikan lagi menjadi buruan bagi mana-mana kaki pancing. Akibat pancingan tanpa kawalan, spesies ini dikatakan semakin sukar ditemui. Bagi ekosistem tempatan pula, ikan ini mampu menurunkan populasi spesies tempatan dengan drastik jika dilepaskan tanpa kawalan ke dalam satu ekosistem.

 

Alligator Gar

Nama lain : Alligator gar, ikan buaya

IKLAN

Nama Saintifik : Atractosteus spatula

Negara asal : Amerika Utara; Mexico, USA

Baik Buruk Spesies Ikan Import (Spesies 3)

Ikan yang kelihatan unik ini mula diperkenalkan di perairan tempatan bagi tujuan ikan hiasan dan juga ikan sukan. Tiada bukti jelas juga menunjukkan ikan mulut buaya ini terlepas tanpa kawalan di habitat dan ekosistem bebas. Namun, kekuatan ikan ini diakui oleh pemancing seluruh dunia termasuklah pemancing tempatan. Walaupun populasi global ikan ini semakin berkurangan, ini tidak menghalang bagi pengusaha dan penternak spesies ini menjadikan ikan ini sebagai tarikan untuk kolam pancing komersial.

 

Pacu

Nama lain : Cachama, Blackfin pacu, bawal air tawar

Nama Saintifik : Colossoma macropomum

IKLAN

Negara asal : Amerika Selatan; Lembah Amazon

Baik Buruk Spesies Ikan Import (Spesies 3)

Spesies ini juga merupakan spesies yang berasal dari Amerika Selatan. Spesies ini asalnya diperkenalkan untuk tujuan akuakultur secara minor dan penyelidikan. Namun, disebabkan ikan ini kuat dan ganas, ia menjadi spesies popular di kalangan pemancing. Ikan ini mempunyai gigi evolusi yang kuat dan berisiko mengancam spesies tempatan lain jika terlepas dalam ekosistem bebas tanpa kawalan.

 

Ikan bandaraya

Nama lain : Armoured catfish, Suckerfish, ikan bandaraya

Nama Saintifik : Hypostomus plecostomus

IKLAN

Negara asal : Amerika Selatan; Brazil, Guyana, Surinam

Baik Buruk Spesies Ikan Import (Spesies 3)

Ikan bandaraya ini merupakan ikan yang popular di kalangan peminat ikan hiasan. Spesies ini diperkenalkan juga atas dasar kepentingan dalam ikan hiasan di mana kita boleh melihat ikan ini di kebanyakan akuarium. Ikan bandaraya mempunyai sifat menyedut dan berguna membantu dalam pembersihan dalam kitaran dalam sebuah akuarium. Risiko utama kepada ekosistem yang tidak terkawal pula ialah kemungkinan terjadinya pengubahsuaian struktur dasar dan sedimen bagi sesebuah sungai atau tasik yang berkemungkinan punca terjadinya kerapuhan ban atau tanah.

 

Likoh

Nama lain : Common carp, European carp, Likoh, Likoh Emas

Nama Saintifik : Cyprinus carpio

Negara asal : Eropah, Asia

Baik Buruk Spesies Ikan Import (Spesies 3)

Ikan likoh dengan nama umumnya common carp atau european carp (Cyprinus carpio) adalah ikan air tawar yang meluas di perairan eutropik di tasik dan sungai-sungai besar di Eropah dan Asia. Populasi liar asli dianggap terdedah kepada kepupusan oleh Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) tetapi spesies ini juga telah dipelihara dan diperkenalkan ke dalam persekitaran di seluruh dunia, dan sering dianggap spesies invasif yang merosakkan, termasuk dalam senarai 100 spesies invasif terburuk di dunia. Ikan liar biasa biasanya lebih langsing daripada bentuk yang dipelihara. Jika diberi ruang dan nutrien yang mencukupi ia mampu membesar panjang sehingga 120 sentimeter, berat maksimum melebihi 40 kilogram.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI