Baitcasting reels kesayangan anda bercalar… aduh mesti tak seronok, kan? Kadang-kadang di dalam fikiran, apa caranya untuk kekili kesayangan anda kembali nampak cantik. Sebenarnya itu adalah lumrah, kerana semahal mana pun anda membelinya pasti akan tercalar juga satu hari nanti.
Apa yang penting dalamannya masih lagi ok. Kalau dlah bercalar teruk sangat tu, apa kata anda lakukan sendiri DIY ubah sendiri warna kekili tersebut dengan warna kegemaran anda sendiri. Susah ke? Sebenarnya ia tidaklah sesusah mana pun. Di bawah ini ada tutorial-tutorial yang anda boleh lakukan sendiri agar kekili anda kelihatan lebih menarik dan kelihatan seperti baru.
Peralatan yang digunakan
Reel yang hendak diubahsuai.
Penyembur cat Tamiya (boleh juga gunakan jenama lain ikut kesukaan masing masing).
Masking tape.
Kertas pasir saiz halus.
Part custom ikut cita rasa masing-masing. Saya menggunakan part dari berbagai-bagai jenama seperti KTF, Hedgehog Studio dan part dari reel Megabass.
Tutorial Pertama
Buka kesemua bahagian reel tersebut. Sila pastikan semua komponen disimpan dalam satu bekas supaya tidak hilang.
Tutorial Kedua
Kemudian gunakan kertas pasir untuk menggosok semua bahagian badan reel tersebut. Ini bertujuan untuk meratakan bahagian cat asal supaya tidak berlekuk yang akan menjejaskan cat baru. Jangan gosok terlalu kuat sehingga menjejaskan badan reel.
Tutorial Ketiga
Kemudian, basuh semua bahagian reel supaya tiada benda benda asing dan minyak melekat pada badan reel tersebut. Kemudian gunakan masking tape untuk menutup bahagian bahagian reel yang dirasakan perlu.
Tutorial Keempat
Kemudian, gunakan penyembur cat Tamiya dan sembur ke semua bahagian badan reel. Semburan pertama nipis sahaja dan biarkan kering sebentar.
Setelah kering periksa semula bahagian badan reel jika terdapat kesan kesan tidak rata atau berlekuk. Jika terdapat kesan tidak rata dan sekata, sila gosok semula bahagian tersebut.
Ulang sehingga hilang kesan. Warna hitam flat ini tidak memerlukan undercoat atau clear, jadi ini akan menjimatkan kos.
Tutorial Kelima
Badan reel yang sudah siap disembur menggunakan penyembur cat jenama Tamiya. Setelah berpuas hati dengan lapisan warna pada reel tersebut, tanggalkan masking tape.
Tutorial Keenam
Kemudian, pasangkan semula semua bahagian bahagian reel tersebut. Boleh juga menggunakan part asal atau part part custom yang boleh didapati di pasaran.
Gewang tersangkut memang mengusarkan kita terutama kaki-kaki casting, apatah jika ia gewang yang baru dibeli (belum kena ikan), gewang yang killer, gewang mahal atau limited edition.
Penyelamat gewang atau Lure Retriever adalah perkakasan yang wajib ada dalam kotak memancing kita.
Selain membelinya dari kedai, ia juga boleh dibuat sendiri sekali gus menjimatkan wang & juga menjadikan kita lebih kreatif .
Barang-Barang Keperluan:
Cara-Cara Menghasilkannya:
Langkah 1
Tanggalkan klip pada dawai keras. Jangan dibuang, akan guna semula. Potong klip berkenaan (rujuk anak panah).
Langkah 2
Gunakan dawai lembut untuk bina model terlebih dahulu.
Langkah 3
Selepas reka bentuk siap, barulah gunakan dawai keras mengikut model yang telah dibuat. Gunakan marker pen sebagai tanda bahagian dawai yang perlu dibengkokkan.
Langkah 4
Masukkan sebiji batu ladung pada kaki pendek.
Langkah 5
Masukkan batu ladung yang satu lagi pada kaki dawai panjang & lipat dawai ikut yang telah ditandakan.
Langkah 6
Betulkan kedudukan dawai yang melintang & cantumkan.
Langkah 7
Tiruskan sedikit pada bahagian muncung (rujuk anak panah).
Langkah 8
Dan sekali lagi di bahagian tengah.
Langkah 9
Lipat hujung untuk dibuat cangkuk.
Langkah 10
Ikat penyambung & batu ladung dengan braided supaya lebih kejap.
Langkah 11
Ambil klip yang dipotong tadi, buang lebihan dawai & bentukan balik gelung tersebut. Boleh juga digunakan untuk ganti klip swivel.
Langkah 12
Ikat klip pada pangkal penyelamat gewang dengan tali braided.
Langkah 13
Aplikasi penyelamat gewang. Sambungkannya dengan tali yang panjang & kuat. Sangkutkan klip & hujungnya pada tali pancing.
Langkah 14
Penyelamat gewang telah pun siap & sedia untuk diuji.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...