
Teknik ikatan ini sesuai untuk mengikat swivel atau mata kail apabila menggunakan perambut nylon yang berdiameter tebal.
Ia digelar thumb knot kerana ibu jari tangan memainkan peranan penting dalam ikatan ini.
Step 1
Masukkan hujung perambut menerusi cincin swivel atau mata kail kira-kira sejengkal atau lebih bergantung kepada keselesaan korang.
Lingkarkan tali perambut (bahagian hujung) ke bawah perambut utama dan kepit bahagian pertemuan perambut tersebut dengan ibu jari dan jari telunjuk.
Step 2
Lilitkan bahagian hujung perambut pada ibu jari dan biarkan lilitan itu berada di pangkal kuku.
Step 3
Buat lilitan kedua dengan keadaan lilitan tersebut berada di hadapan lilitan pertama ke arah hujung kuku.
Step 4
Buatkan lilitan yang sama sekurang-kurangnya tiga lilitan.
Step 5
Masukkan hujung perambut ke menerusi ketiga-tiga gelungan (yang terbentuk hasil lilitan) yang dibuat tadi.
Step 6
Tarik perlahan-lahan simpulan yang dihasilkan merapati cincin swivel.
Step 7
Ketatkan simpulan yang telah dihasil dengan sempurna.
Step 8
Potong lebihan hujung perambut dan ikatan telah siap dihasilkan.
Panduan Guna Marshmallow Sebagai Bantuan Umpan!!

Menggunakan Marshmallow (Teknik Bottom)
Step 1
Cangkokkan marshmallow pada mata kail hingga sebaris pada perambut seperti sate.
Step 2
Cangkokkan pula roti yang dipotong dadu pada mata kail. Pastikan roti dadu dicucuk melepasi mata kail dan selebihnya menutupi mata kail.
Step 3
Tuangkan 3 penutup pes pacak A1, sos sawit A1 dan sos raya A1 ke dalam cawan. Atau boleh saja gunakan perisa umpan yang korang suka.
Step 4
Sebatikan semua sos tadi.
Step 5
Celupkan umpan tadi ke dalam sos yang digaul tadi.
Step 6
Umpan sudah siap dan boleh digunakan dengan teknik perambut batu gantung.
Cara 2: Menggunakan Roti (Teknik apung)
Step 7
Tuangkan gabungan 3 sos yang dibuat tadi ke dalam bekas bancuhan yang berisi roti yang dipotong dadu.
Step 8
Gaul hingga semua roti dadu mengena sos umpan sekata.
Step 9
Roti itu kemudian dicangkok pada perambut 2 mata.
Step 10
Kepalkan roti yang selebihnya pada mata kail.
Step 11
Hingga menjadi seperti ini.
Step 12
Umpan sudah boleh digunakan.
Rahsia Penting Mancing Rohu Yang Perlu Diketahui

Rohu boleh dikategorikan sebagai game fish bagi pemancing lombong. Henjutan dan tarikannya kadangkala boleh menerbangkan pancing ke dalam lombong. Spesies ini sudah pandai memilih dan lebih peka kepada sebarang gangguan.
Pancingannya semakin complicated apabila setiap masa dan saat, lubuknya sentiasa berubah dan selera makannya semakin sukar dijangka. Oleh itu, eksplorasi pancingan rohu perlu lebih ekstrem dan disamping teknik bancuhan umpan yang perlu dipelbagaikan.
Terdapat dua cara untuk pancingan ikan rohu iaitu teknik apungan dan dasar. Pelampung biasanya digunakan apabila memancing di kawasan lombong ternakan itik dan teknik dasar lebih sesuai dipakai di kawasan lombong tinggal.
Pancingan berpelampung biasanya untuk menjerat rohu bersaiz kecil dan sederhana berskala 2kg ke bawah. Caranya dengan meletakkan pelampung setengah meter dari umpan bom dan dilontar ke kawasan tengah lombong ataupun di kawasan sekitar tempat belaan itik. Tunggu saja pelampung tenggelam dan strike.
Pastikan drag dikendurkan sedikit untuk mengelakkan henjutan akhir yang kadangkala boleh memusnahkan impian anda.
Kebanyakan pemancing lebih gemar menggunakan teknik pancingan dasar daripada apungan, mungkin kurang thrill agaknya. Berdasarkan pengalaman sebelum ini, rohu gemar bermain di geomorfologi lombong yang mempunyai kedlaman antara 1-5meter.
Jika lombong tersebut dalam melebihi 5meter, pelampung lebih sesuai digunakan kerana rohu biasanya akan bermain di kawasan permukaan, mungkin kerana bekalan oksigen tidak cukup banyak untuk spesies ini mencari makanan di kawasan yang dalam.
Tip yang paling penting untuk memikat rohu ialah merasuah dedak ayam di kawasan ikan itu bermain. Sebanyak 2-4kg dedak ayam diperlukan. Campurkan dedak tersebut dengan, kemudian dikepal dan dilontarkan ke kawasan pancingan.
Cari kawasan berteluk yang terdapat teratai atau kiambang. Atau pun cari kawasan yang mempunyai kawasan lantai panjangnya kira 2meter dari tebing sebelum drop off kerana ikan ini gemar bermain di antara tebing dan drop off.
Setelah dirasuah, guna dua set pancing dan lontarkan di kawasan rasuah. Tunggu sehingga buih-buih kecil timbul di permukaan menandakan rohu sudah mula menyedut dedak tadi.
Rohu memakan umpan dengan getuan kecil sebelum menelan terus umpan yang disaji. Oleh itu, jika ada getuan, jangan sentap dahulu. Sabar dan tunggu sehingga ikan ini melarikan umpan kerana ikan ini akan menelan umpan setelah menggetu beberapa kali.
Cuma, kita perlu bersedia dengan henjutan pertama rohu apabila ia merasakan mata kail di dalam mulutnya dengan lariannya ibarat torpedo dan sukar dijangka. Sentap dengan perlahan dan pastikan sistem regangan diselaraskan dengan betul agar tidak rabut.
Pancing hendaklah sentiasa diangkat tinggi dan jangan kendurkan tali semasa bertarung. Ikan ini akan bertarung habis-habisan sehingga ke tebing. Mainkannya sehingga ikan letih dan gunakan tangguk atau lip grip untuk menaikkan ikan.
Jika ikan tersebut melebihi 5kg sedangkan set pancing agak kecil, cuba kawal sistem regangan sebaiknya agar tali tidak putus. Ikan ini biasanya akan melarikan umpan ke kawasan reba atau berstruktur, teknik tekanan perlu digunakan.
Tahan ikan itu dengan sistem regangan yang ketat sedikit untuk mengajak ikan itu lari ke kawasan tengah air kemudian setkan regangan ke aras biasa biarkan ianya lari ke tengah lombong.
Kepentingan Ikan Lampam Dalam Industri

Dalam industri perikanan, spesies lampam boleh dikatakan agak penting dalam beberapa cabang perikanan.
Secara tradisional, spesies lampam mempunyai kepentingan yang agak tinggi bagi komuniti pinggir bandar.
Komuniti yang menjadikan spesies lampam sebagai salah satu ikan target ialah komuniti pemancing sara diri atau subsistence anglers.
Berbeza dengan pemancing rekreasi, pemancing sara diri bermaksud komuniti ini menangkap sesuatu spesies ikan untuk keperluan harian, terutamanya sebagai sumber makanan.
Selain itu, spesies ini juga mempunyai kepentingan dalam perikanan komersial dan akuakultur.
Jasanya spesies lampam diternak dalam skala yang besar untuk tujuan sumber makanan kepada komuniti setempat.
Dalam sektor perikanan ikan hiasan juga, spesies ini merupakan antara spesies ikan popular dan mudah didapati di kalangan kedai ikan hiasan.
Disebabkan spesies ini gemar berenang berkumpulan, biasanya lampam akan ditempatkan dengan sekumpulan lampam yang lain di dalam akuarium.
Malah spesies ini antara spesies ikan yang tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi jika dibela.
Dalam pancingan sukan sekali pun, selain dipancing untuk dimakan, spesies lampam yang bersaiz kecil juga boleh dibuat umpan untuk menjerat pemangsa yang lebih besar.
Anak lampam adalah umpan hidup terbaik untuk menjerat baung besar, toman, mahupun sebarau.
Kebanyakan orang, lampam nungkin sekadar spesies biasa-biasa sahaja, namun pancingan lampam yang ringkas dan santai mampu mendatangkan riuh rendah jika dilakukan secara berkumpulan.
Bahkan, di sesetengah tempat, lampam sungai terutamanya bersekolah cukup tinggi. Ibarat jinak di depan mata, pandai mencuri umpan, tetapi sukar untuk menangkapnya.
Jika kunjungan trip pancing ke tasik-tasik utama di Malaysia seperti Tasik Kenyir di Terengganu atau Royal Belum di Perak, kaki pancing semestinya meletakkan keazaman yang tinggi untuk menjerat spesies toman dan sebarau.
Bagi kaki trekking pula, spesies pujaan semestinya si raja sungai iaitu kelah dan juga peragut malam iaitu baung.
Iyalah, trip-trip sebegini apatah lagi ke tasik utama yang terkenal di kalangan kaki pancing wajib untuk menyenaraikan ikan target yang bernilai tinggi baik dari segi kekuatan pertarungan mahupun nilai ikan target yang rare untuk dipancing serta sedap dimakan.
Begitu pun, dalam kesibukan memburu ikan gred A, kunjungan ke tasik utama tidak sah jika tidak melayan keseronokan spesies lampam.
Pancingan lampam di tasik utama lebih santai malah teknik pancingan juga lebih santai, ringkas dan minimalis. Pancingan yang santai sebegini memang menghiburkan apatah lagi jika aktiviti tersebut dilakukan beramai-ramai. Riuh boathouse dibuatnya.