Ramai yang mengambil keputusan untuk beli assist hook sebab tak pandai nak buat. Lebih-lebih lagi assist hook yang ada bulu atau flasher rambu-ramba. Sebenarnya tidak susah pun nak tambah bulu pada assist hook.
Sebagai langkah berjimat cermat sempena lockdown ini, kami buat satu tutorial bagaimana nak lekatkan bulu-bulu berkilat yang menjadi tarikan ikan untuk membaham jig yang digunakan. Semoga berjaya dan peroleh strike.
Tutorial 1
Kepitkan mata kail (apa saja mata kail yang korang nak guna) pada fly tying vise. Kalau tak ada vise ni, guna jari pun boleh je.
Tutorial 2
Lilitkan mata kail dengan tali sulam (6lb-10lb) sebagai tapak untuk memegang kevlar. Lilit dalam anggaran 2cm atau sepanjang mana kevlar yang akan ditempel ke atasnya.
Tutorial 3
Masukkan kevlar melalui lubang cincin mata dan tempelkan ia mata kail yang telah dililit tali sulam. Mulakan lilitan dari arah lubang cincin ke arah hujung mata kail.
Kemudian letakkan flash atau bulu kilat ke atas kevlar dan lakukan lilitan sehingga ke lubang cincin dan teruskan satu lapisan lilitan lagi.
Tutorial 4
Setelah itu potong lebihan bulu kilat. Panjang bulu kilat memadai satu kali ganda panjang mata kail.
Tutorial 5
Sapukan gam pada lilitan yang dihasilkan tadi. Pastikan gam yang digunakan adalah gam yang berkualiti. Biarkan gam kering seketika, kemudian sapukan satu lapis lagi. Siap!
Loop knot merupakan salah satu teknik ikatan yang berasaskan simpulan. Ia amat sesuai untuk mengikat swivel atau mata kail yang berlubang cincin. Paling berkesan adalah untuk teknik pancingan menggunakan umpan hidup kerana ia membolehkan umpan bergerak dengan lebih bebas.
Step 1
Buatkan satu simpulan pada perambut kira-kira sejengkal dari hujungnya.
Step 2
Masukkan hujung perambut ke dalam lubang cincin mata kail
Step 3
Masukkan pula hujung perambut itu ke dalam simpulan yang dihasilkan tadi.
Step 4
ketatkan ikatan simpulan itu terlebih dahuluBuatkan lingkaran keluar dan masukkan hujung perambut ke dalam lingkaran pertama.
Step 5
Buatkan satu lingkaran dan lilitan pada tali utama.
Step 6
Ketatkan ikatan simpulan yang dihasilkan itu.
Step 7
Tarik perambut utama dan mata kail sehingga dua ikatan itu melekat antara satu sama lain. Potong lebihan perambut.
Riverse knot ini merupakan ikatan paling mudah dilakukan terutamanya bagi mengikat perambut dawai bersalut plastik. Ikatan ini sering digunakan oleh pemancing bagi mengikat mata kail khusus untuk memancing ikan bergigi tajam seperti tenggiri dan juga toman.
Kelebihan ikatan ini adalah disebabkan tiada bebanan simpulan ke atas perambut atau dawai yang digunakan. Oleh yang demikian lilitan tidak mudah lucut sebaliknya semakin mencengkam apabila diberi tentangan.
Perambut perlu dipotong terlebih dahulu mengikut panjang saiz yang dikehendaki. Sebaiknya lebih satu inci dari panjang saiz yang dikehendaki bagi tujuan simpulan. Dan pastikan juga lubang cincin mata kail yang digunakan sepadan dengan saiz perambut. Pilihan terbaik ialah mata kail dari jenis large ring.
Tutorial 1
Masukkan salah satu hujung perambut menerusi cincin melalui arah satu arah. Sebaiknya dari bawah atau belakang lubang cincin. Pastikan hujung tali yang dimasukkan sama panjang dengan teras batang mata kail.
Tutorial 2
Pegang dengan kemas bahagian perambut pada teras mata kail sebagaimana di dalam gambar.
Tutorial 3
Ambil bahagian perambut utama dan tariknya dalam keadaan tegang dan tidak terlepas bahagian hujung yang dipegang. Bila menggunakan perambut dawai anda dapat rasakan sedikit kesukaran untuk membuatnya.
Tutorial 4
Mulakan lilitan pada teras batang mata kail ke arah hujung mata kail. Ia sedikit sukar kerana kebanyakan ikatan atau lilitan terarah ke lubang cincin.
Tutorial 5
Lakukan sekurang-kurangnya 5 lilitan. Jika teras mata kail panjang bolehlah sehingga 7 lilitan dan pastikan lilitan tersebut tidak menutup sepenuhnya hujung perambut.
Tutorial 6
Akhir sekali masukkan bahagian hujung perambut utama ke dalam lubang cincin juga dari arah yang sama (belakang/bawah) sebagaimana memasukkan hujung perambut yang awal tadi.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...