Bendera pemancing atau anglers flag ini dicipta pada Jun tahun 2011 dan penggunaannya hanyalah di kalangan penggiat forum di gopancingmalaysia.net sahaja. Tiada sebarang promosi meluas kerana belum punya niat untuk melebarkan penggunaannya ke serata tanah air.
Ia direka dan diperkenalkan pada khalayak pemancing oleh saudara A. Sabre Harun, seorang pereka bentuk, penulis, penggiat sukan memancing dan juga pengasas forum memancing.
Dengan galakan dan sokongan dari ramai pihak termasuk pemancing-pemancing yang berpengalaman antaranya seperti saudara Aznir Malek, lambang ini diimpikan untuk dijadikan sebagai satu ikon khusus untuk mewakili semua pemancing di seluruh dunia.
Walaupun impian ini bukanlah satu perkara enteng untuk direalisasikan, cabaran impian ini mula menampakkan sedikit kejayaannya dengan viralnya bendera ini di laman Facebook hasil dari sebaran berita dari rakan-rakan laman web memancing. Setelah berbulan-bulan dipromosikan hanya melalui perjumpaan-perjumpaan, akhirnya kelihatan sedikit sinar dari usaha-usaha ini.
GoPancingMalaysia telah pun mengambil inisiatif mencetak pelekat ‘Anglers Flag’ ini dan mengedarkannya secara percuma ke seluruh Malaysia. Walaupun bukan dalam jumlah cetakan yang banyak, usaha ini mendapat sambutan yang begitu memeranjatkan! dan hingga kini masih terdapat permintaan untuk mencetak sticker.
PENGENALAN WARNA BENDERA PEMANCING
Hanya dua warna digunakan untuk bendera ini. Warna biru terang yang menjadi latar bendera mewakili warna air, iaitu satu elemen penting dalam sukan memancing (sebenarnya air tidak mempunyai warna – colorless), namun kita tetap mengenali air itu dengan warna biru. Biru juga melambangkan ketenangan, keyakinan, kebijaksanaan serta kesabaran seorang pemancing.
Warna putih yang melintang daripada bahagian bawah bucu kiri naik ke atas bahagian bucu kanan, mewakili pemancing itu sendiri. Putih melambangkan pemancing yang berintegriti, kebersihan, kekuatan jiwa dan naluri serta kesihatan fizikal dan mental.
Pada pemancing yang menceburi arena sukan memancing ini secara serius, sifat-sifat ini mencerminkan jati diri yang kuat dan berkesempurnaan dalam setiap tingkah lakunya.
PENGGUNAAN
Bendera ini boleh digunakan di mana sahaja aktiviti memancing ingin dilangsungkan. Bendera yang dikibarkan pada bot, bermaksud bot tersebut adalah bot untuk memancing dan terdapat aktiviti memancing sedang dilakukan di sekitar kawasan tersebut.
Manakala pelekat bendera yang dilekatkan pada kotak pancing, kenderaan dan sebagainya melambangkan ia dimiliki oleh seorang kaki pancing!
Bendera ini belum lagi menerima pengiktirafan dari mana-mana pihak yang berkaitan. Inilah cabaran dan tugas kita sebagai pemancing.
Andalah yang akan mengusahakannya dengan cara masing-masing untuk menjadikan bendera ini sebagai ‘ikon’ kebanggaan kita dan diiktiraf seluruh dunia.
Sebagai pemancing, anda perjuangkanlah dengan cara yang terbaik sebagaimana ‘scuba-divers’ yang cukup bangga dan sinonim dengan bendera merah putih mereka yang sudah terkenal sejak dari tahun 1956 lagi!
ANDA YANG PUNYA!
Kepada anda yang ingin mencetak ikon ini pada baju, stiker dan apa jua barangan, disertakan di sini panduan asas coloration bendera ini.
CMYK – C-90, M-4, Y-0, K-0
RGB – R-0, G-173, B-239
Anda tidak perlu memohon atau meminta kebenaran dari pereka bendera ini atau sesiapa untuk menggunakannya kerana bendera ini sudah ‘dilupuskan’ hak-pemilikan peribadi perekanya. Bendera ini kini sudah menjadi kepunyaan anda semua.
Ayuh, sama-samalah kita memartabatkan sukan memancing Malaysia! Semoga sukan memancing di Malaysia akan diiktiraf oleh Kementerian di Malaysia dengan pemancing berada bersama di bawah satu bendera walaupun kita semua berlainan cita rasa.
Gaulkan pallet tadi dengan santan, apa² jenis santan pun boleh, lagi pekat santan tu, lagi lemak bau umpan tu, kalau campur dengan air pun boleh untuk kolam harian. jika guna essen, sebaiknya guna 750ml, jika gunakan pati yang dibeli atau pati buah²an yang tuan blend dan masak sendiri, sebaiknya guna 700ml, jika tidak, pallet akan jadi terlalu lembut dan sukar dikepal.
Setelah digaulkan pallet tadi, sampai betul² kembang (dlm 15-30min). Simpankan pallet tadi dlm bekas kedap udara selama dua hari. Selepas dua hari, gaulkan pallet bersama dengan segenggam kelapa parut dan gaulkan sekali dengan apa² jenis perasa yg tuan² mahu. Perapkan lagi sehari, dan umpan tuan sudah siap untuk digunakan.
PERASA
Jika gunakan esen Starbrand 3 tutup sudah memadai untuk 1kg pallet, atau jika menggunakan emulco dari kedai kek, boleh letak 5-10 tutup (bergantung kepada bau) bagi saya sendiri, saya lebih suka gunakan perasa dan pati yang diolah sendiri. Antara yang saya dan kawan² pernah gunakan:-
1.Tapai Ubi / Air Tapai pulut
2. Buah rosell
3. Buah durian
4. Buah durian belanda
5. Buah sukun + Mauripan (peram)
6. Barembang/Kedabu + ara
7. Pelam Kuini
8. Buah Nona
9. Pelam Bemban (peram)
10. Buah Kulim
Secara asasnya, umpan yang saya tulis di atas secara dasarnya ialah lemak dari santan, manakala kelapa parut ialah sebagai agen pemecah pallet sewaktu pallet berada dalam air, diperam untuk mengeluarkan sedikit MINYAK sebagai agen penyebar bau di dalam air dan sedikit bau MASAM dari santan. Manakala perasa adalah untuk menambahkan bau WANGI pada umpan atau utk melebihkan bau lemak atau masam.
Saya ingin bertanya adakah air, ombak dan cuaca menjadi penentu untuk seorang kaki pancing itu mendapat ikan.
JAWAPAN:
Dalam memancing, tentu saja faktor air merupakan perkara utama yang perlu difikirkan. Tak kira sama ada pancingan di laut, sungai, tasik atau lombong, apa-apa perubahan pada sifat atau suhu air akan mempengaruhi penghuninya (ikan) dari aspek keaktifan dan kesihatannya. Bila ikan tidak aktif maka umpan yang digunakan untuk memancingnya sudah pasti tidak akan disentuh dan kita akan pulang dengan kecewa.
Begitu juga dengan proses pasang surut air laut. Perubahan pasang surut air laut amat penting malah boleh menjadi faktor dalam hasil tangkapan. Faktor pasang surut air bergantung pada tarikan graviti bulan. Ini kerana ada sesetengah ikan amat aktif mencari makan ketika air surut dan sesetengah lagi ketika air pasang. Dan ada juga ikan yang pasif ketika air surut dan sebaliknya ketika air pasang.
Keadaan angin pula mempengaruhi keadaan ombak. Apabila angin bertiup kencang yang menyebabkan ombak besar, ikan-ikan kecil akan pergi ke kawasan yang lebih terlindung. Oleh yang demikian, ikan-ikan besar yang menjadikan ikan-ikan kecil ini sebagai diet pemakanan mereka akan turut ke kawasan yang lebih terlindung kerana memburu ikan kecil.
Jika keadaan hujan pula, ikan akan cenderung pergi lebih ke arah laut kerana saliniti air berkurangan di pantai akibat hujan. Sebaik-baiknya, lihat cuaca dan jadual pasang surut air sebelum memancing.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...