Pemancing perlu tahu cara terbaik menjinakkannya. Ikan ini juga dibela oleh segelintir penternak ikan sangkar sebagai pencuci jaring manakala ikan juvenil pula dijadikan ikan hiasan akuarium. Dari sifat yang ditonjolkan di dalam akuarium, kita secara tidak langsung dapat menilai sifat semulajadi yang dimiliki kitang untuk memancingnya.

 

Kaedah Mudah Mancing Ikan Kitang!!

 

Secara amnya teknik memancing ikan kitang adalah lebih kurang sama seperti memancing ikan bermulut kecil yang lain. Paparan teknik adalah seperti mana yang telah diterangkan dalam teknik memancing ikan dengkis yang lalu.

 

Bagaimanapun kesukaran menjeratnya adalah merujuk kepada lokasi serta habitat utama. Cara terbaik, mudah dan diaplikasi dengan meluas ialah teknik  apollo. Di antara umpan yang biasa saya gunakan ketika memancing ialah perumpun atau ruat sarang, hirisan ikan seperti sotong pasar, kembung, selayang dan selar.

 

IKLAN

Kaedah Mudah Mancing Ikan Kitang!!

 

Udang mati dihiris kecil sesuai untuk mata kail halus. Jangan terlalu besar umpan sebab lihat saja mulutnya mana mampu makanan ditelan. Ia spesies ikan pengikis makanan. Jika air cetek umpan boleh dilabuh terus ke dasar dan kawasan air dalam boleh guna pelampung atau hanyutkan umpan di permukaan air.

 

Kitang seekor ikan bermulut kecil dan jenis suka mengikis umpan sudah tentu mata halus adalah lawannya. Cara terbaik adalah pengumpanan stail apollo yang memiliki perambut 10Ib ke atas dengan mata kail saiz 8.

 

IKLAN

Sebesar manakah umpan yang perlu dipersembahkan untuk memikat selera ikan kulit liat ini di bawah permukaan air? Persoalan ini haruslah diungkai dengan mudah dan jangan terlalu mengambil berat akan kegagalan keputusan akhir nanti.

 

Kaedah Mudah Mancing Ikan Kitang!!

 

Setengah pemancing menabur rasuah terlebih dahulu agar ia leka dan keluar dari kawasan persembunyiannya.

IKLAN

 

Rasuah umpan biasanya isi ikan yang dihancurkan dan paling mudah dengan menggunakan dedak. Dedak ditabur agar ikan galak dan selang seketika umpan bermata kail kecil dihulur di kawasan yang dikerumuni ikan ini.

 

Ikan kitang seperti ikan muara bermulut bukanlah ikan idaman oleh hampir semua pemancing malah kehadirannya tidak diendahkan oleh kaki pancing. Jika berhajat menggunakan set apollo lebih bagus dan efektif hasilnya, terus ikat mata dengan perambut.

 

Kaedah Mudah Mancing Ikan Kitang!!

 

Setelah saiz mata dipilih, perambut 15lb boleh digunakan untuk mengikat mata kail kecil dengan mudah. Pastikan ikatan kemas dan jangan terlucut pula ia ketika dalam pertarungan. Kalau nak lagi umppp… guna peralatan ultralight dengan kapasiti tangsi 6lb . Baru syok layan kitang apabila ia rembat pancing kecil anda sampai nak rak.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI