Inchthyophobia merupakan satu perasaan takut atau fobia pada haiwan dari jenis. Memang pelik kalau ikan pun nak takut. Namun dalam memancing pun ada jenis takut atau fobia tersendiri. Di sini kami senaraikan pula jenis-jenis penyakit takut yang lain pula dalam hobi memancing ini.
Muntahphobia
Penyakit jenis ini juga merupakan penyakit yang agak meluas bilangannya. Ia jauh lebih serius dari inchthyophobia kerana ada yang sanggup tidak berhadapan dengannya meskipun belum pernah mencuba. Fobia yang dimaksudkan ialah takut mabuk laut atau bahasa saintifiknya `muntahphobia’.
Ads
Wifiphobia
Takut jenis ini merupakan penyakit yang paling kritikal dalam hobi memancing. Namun pemancing yang masih bujang terselamat daripada wabak penyakit ini kerana ia hanya dihidapi oleh pemancing yang sudah berumahtangga. Seriusnya tahap penyakit ini sehingga tertubuhnya kelab PTB iaitu Pemancing Takut Bini. Jika hendak diistilahkan, `wifiphobia’ mungkin paling tepat.
Ads
Shopeephobia
Satu-satunya penyakit yang boleh merosakkan mata (mata pencarian) dan boleh menyebabkan kekurusan melampau pada dompet. Penyakit yang dimaksudkan takut untuk masuk ke kedai pancing. Takut jenis tak boleh mengawal diri dari shopping berlebihan. Malah ada juga yang tidak berani untuk online sosmed kerana takut tak boleh control online shopping pulak.
Ads
Kumpauphobia
Ia merupakan sejenis penyakit atau fobia yang dihadapi oleh hampir semua pemancing. Bohong la kalau pemancing itu langsung tak takut dengan fobia jenis ini. Malah ada yang sanggup tidak pergi memancing semata-mata takutkan penyakit ini. Jika inchthyophobia ialah takut pada ikan, kumpauphobia pula ialah perasaan takut tak dapat ikan atau kumpau.
Kecamphobia
Penyakit jenis ini boleh menyebabkan penghidapnya takut nak memancing. Bukannya takut nak memancing kerana ada hantu atau kejadian jenayah, sebaliknya takut kena kecam oleh netizen. Nak pancing ikan tu takut netizen ni kecam, nak pancing ikan ni takut netizen lain pulak yang kecam. Sudahnya langsung tak memancing dan jadi macam netizen lain yang mengecam pemancing-pemancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Katak puru atau kodok biasa dikenali mempunyai kulit yang kering, kasar, menggerutu, dan berwarna kelabu kehitaman. Kaki belakang yang pendek dan saiz kepala yang lebih kecil berbanding saiz tubuh. Antara ciri khas yang jelas adalah kelenjar paratoid yang terletak di belakang mata. Kelenjar paratoid ini akan mengeluarkan cecair berwarna putih yang bertoksik kepada haiwan pemangsa jika ianya merasa terancam sehingga menyebabkan kematian. Oleh itu, tidak digalakkan untuk memakan atau menyentuh cecair putih yang dirembeskan melalui kelenjar tersebut dikhuatiri akan memudaratkan manusia. Namun, jika manusia tersentuh pada permukaan kulit kodok ini adalah selamat dan ianya tidak beracun. Purata ukuran panjang muncung hingga dubur katak dewasa jantan adalah 85 mm dan betina 115 mm.
Kodok selalu dijumpai di kawasan halaman rumah seperti rumput, jalan raya dan saliran air seperti longkang atau parit.
Katak dewasa mempunyai warna kulit coklat kekuningan yang muda sehingga sedikit pekat. Bahagian atas tubuh spesies ini memiliki empat jalur yang berwarna gelap namun, tidak dimiliki oleh setiap individu. Selain itu, spesies ini bertubuh langsing dan muncung yang tajam. Jari tangan spesies ini setengahnya berselaput manakala jari kaki sepenuhnya berselaput. Katak Pisang merupakan katak yang tidak beracun. Purata ukuran panjang muncung hingga dubur katak dewasa jantan adalah 50 mm dan betina 70 mm.
Katak pisang ini merupakan spesies arboreal yang hidup di kawasan tumbuh-tumbuhan dan berhampiran dengan sumber air yang bertakung, lopak air sementara, dan kurang terdedah daripada cahaya matahari.
Spesies ini mudah dikenali melalui jalur tebal berwarna coklat dan oren yang memanjang dari kepala ke sepanjang sisi tubuh. Bukaan mulut yang luas, saiz kepala yang kecil, muncung yang tumpul, dan jari tanpa selaput yang panjang. Katak Bentong juga bertubuh gempal dan akan mengembang ketika merasa terancam dan mengeluarkan lendir yang melekit daripada kulitnya. Katak Bentong dikategorikan sebagai katak yang tidak beracun. Katak dewasa jantan mempunyai purata ukuran panjang muncung hingga dubur sehingga 70 mm manakala katak betina 75 mm.
Beradaptasi tinggi di kawasan terganggu seperti kawasan berumput, lopak air, dan saliran air seperti longkang atau parit. Pada waktu siang, spesies ini akan bersembunyi di dalam lubang tanah, bawah timbunan daun, dan kadangkala rekahan bangunan.
Katak Rumput Asia memiliki bentuk muncung yang tajam, kulit yang agak berbintik-bintik, dan bentuk timpanum yang jelas. Warna kulit pada bahagian tubuh spesies ini didominasi oleh kelabu kehijauan dan coklat. Jalur kuning yang tebal pada bahagian atas tubuh kebiasaannya ditemui memanjang daripada kepala sehingga dubur, namun tidak dimiliki oleh setiap individu spesies tersebut. Mempunyai kaki yang panjang, berotot, dan jari yang setengahnya berselaput. Katak spesies ini tidak beracun. Purata ukuran panjang muncung hingga dubur bagi katak dewasa jantan adalah 50 mm dan betina 60 mm.
Beradaptasi dengan baik di kawasan terganggu seperti sawah padi, taman permainan, ladang kelapa sawit, kawasan berumput, dan saliran air seperti longkang.
Tidak lama selepas zohor, hanya mereka bertiga di atas sampan di tasik tersebut. Dia pun mengajak kawannya naik. Ikan memang sombong dan jual mahal hari itu, sudah setengah hari baru dapat tiga ekor keli biasa, tidak berbaloi untuk sewa sampan.
Tetapi kawan-kawan minta tunggu hingga asar. Manalah tahu kot-kot ikan kebulur selepas zohor, dan menyambar umpan. Kalau tidak dapat untung, dapat bayar sewa sampan pun kira okey. Buat malu anak bini kalau pulang memancing hanya bawa umpan dan joran.
Rupanya betul, ikan lapar selepas zohor. Tidak habis-habis umpan disambar. Tali kail bergetar dan joran berhenjut-henjut melayan rentapan. Bagi pemancing tidak kira apa ikannya juga tidak kira berapa besarnya, apa yang paling seronok ialah umpan dihulur ke bawah dan bersambut.
Dalam masa tidak sampai sejam selepas tengah hari, banyak ikan naik ke perut sampan. Ada haruan, toman, malah seekor ketutu seberat lebih 1 kg. Pada harga pasaran semasa, ketutu yang seekor itu pun sudah cukup untuk membayar sewa sampan.
Sebenarnya, kalau dibahagi cara kasar, tiap seorang sudah boleh dapat dua kilo. Sudah boleh membuat isteri dan anak-anak di rumah tersenyum dan berlapang dada. Itu adalah bukti para suami betul-betul memancing ikan, bukan memancing orang.
Tetapi adat orang memancing, kalau ikan sedang galak menyambar umpan, susah sekali hendak meletakkan joran. Rezeki tengah ada, kenapa pula hendak pulang. Selalu ada rasa tamak. Kalau boleh biarlah naik bapak haruan sebesar betis, panggang atas api kayu, cicah pula sambal asam tempoyak, fuhh!
Lagi pun siapa tahu akan naik pula beberapa ekor lagi ketutu? Kalau nasib baik bapak ketutu sebesar betis orang dewasa akan merentap kail, boleh buat untung besar kalau jual di pasar. Pendek kata bukan setakat sewa sampan, kalau hendak beli sampan sendiri pun boleh.
Dan, siapa tahu banyak lagi ikan-ikan tasik akan dinaikkan ke dalam sampan. Lagi pun orang sudah tidak ada, jadi semua ikan lapar itu hanya akan menyambar umpan kita. Inilah masanya untuk berpesta dalam tasik. Rezeki semakin murah.
Selepas Asar ikan semakin galak, maka niat untuk pulang dengan sendirinya dibatalkan. Macam-macam ikan sudah tersadai dalam sampan, sesetengahnya masih terkapar-kapar sebab baru dilepaskan dari cengkaman mata kail.
Gerimis merenjis permukaan tasik. Ada tanda-tanda hujan akan turun, sebab langit semakin pekat, matahari entah di mana. Tetapi ikan semakin galak. Pantang umpan mencecah air pasti ada yang menyambar.
Tangan lenguh sebab joran tidak berhenti bergetar. Rasanya sudah lebih dari cukup, sebab kalau dibahagi sudah boleh dapat paling kurang lima kilo seorang. Tetapi masing-masing enggan pulang, walaupun asar sudah di penghujung. Lagi pun semakin kasar gerimis, semakin ligat pula putaran tali kail.
Timbul idea tamak dan ada yang mencadangkan supaya kenduri bakal haji di KL itu dilupakan. Doa selamat boleh dibuat bila-bila masa, tetapi rentak dan tarian bapak haruan dan emak ketutu bukan selalu ada. Maka semua bersetuju!
“Kita tunggu sampai maghrib!”
Sedang galak melayan rentapan ikan, tiba-tiba pancing salah seorang dari mereka direntap ikan besar. Dua tiga kali ikan itu kelihatan seperti ketutu menggelepar di permukaan air. Semakin dekat dengan sampan, semakin jelas kelihatan.
Memang ketutu yang tersangkut pada mata kail. Tetapi hanya tinggal beberapa depa hendak masuk ke sampan, tiba-tiba tali kail putus. Adat orang memancing, bila terlepas ikan tentu disangka paling besar. Adat orang memancing juga, apabila tali putus itu pertanda tidak baik.
Ikan sudah banyak, hari makin gelap, maghrib pun makin hampir. Gerimis sudah bertukar menjadi hujan. Salah seorang mencadangkan supaya naik ke darat.
“Tak sedap pulak hati aku sebab tali kail putus, lagi pun hujan makin kasar, baik kita naik dulu.”
Tetapi, perasaan tamak menguasai diri. Dua lagi berkeras tidak mahu naik. Lagi pun semakin hampir maghrib, ikan semakin rancak menyambar umpan.
Dalam hujan makin lebat dan petir sabung-menyabung, tiba-tiba terasa umpan direntap dengan kuat. Hebat sekali ikan yang menyambar umpan. Joran melintuk hingga mencecah air, menggeletar tangan dibuatnya.
Oleh sebab tidak terdaya melayan ikan di hujung tali, dua orang lagi turut membantu memegang joran, sambil hati berdebar-debar ikan apakah yang amat luar biasa menarik sampan ke tengah tasik. Tidak pula dia muncul di permukaan air menunjukkan diri.
Petir membelah langit, sinarnya bagaikan mencecah permukaan tasik. Hujan semakin lebat, airnya melimpah dalam sampan. Sementara ikan di hujung tali semakin hebat merentap, joran yang dipegang oleh tiga orang bagaikan hendak terlepas.
Dengan tenaga tiga orang, akhirnya yang ditarik semakin hampir ke sampan. Tetapi alangkah mengejut dan menyeramkan, yang muncul di sebelah sampan bukan ikan, tetapi satu lembaga aneh berbentuk manusia.
Dalam cahaya kilat yang memancar kelihatan dengan jelas lembaga berwarna serba putih dengan rambut berjurai di air, mata merah bersinar, dan mulut ternganga luas, sambil mendengus seperti orang marah.
Untuk beberapa saat makhluk aneh itu muncul sambil merenung tepat kepada tiga sahabat. Semua tidak terkata, dan joran terlepas dari tangan.
Makhluk aneh itu perlahan-lahan hilang dari permukaan, tetapi rambutnya yang panjang itu berkilat-kilat dalam pancaran petir.
Tiba di darat tiga pemancing itu bagaikan hilang semangat. Seluruh tubuh menggigil kesejukan dan ketakutan. Untuk beberapa hari berikutnya semua demam teruk. Makhluk berambut panjang dengan mata merah itu sentiasa menjelma dalam tidur….!
Spesies kedua tetapi jarang ditemui ialah siakap berwarna kuning keemasan. Spesies jenis ini badannya lebih lebar akan tetapi agak pendek berbanding dengan jenis pertama. Apabila menyambar umpan, jenis ini akan mengeluarkan satu bunyi yang sekaligus memperkenalkan dirinya kepada para nelayan dan pemancing mahir dan berpengalaman.
Jenis kedua jarang sekali melompat ke permukaan air, mungkin kerana saiznya yang begitu besar. Ia lebih suka bertahan di dasar muara menggasak pemancing dengan menarik tali ke dalam reba.
Biasanya pemancing akan mengambil masa lebih lama untuk menjinakkan spesies jenis kedua berbanding jenis pertama yang banyak menghabiskan tenaganya melompat di permukaan air.
Kedua-dua spesies siakap ini mempunyai bentuk aerodinamik badan yang begitu sempurna, gagah dan tersendiri. Saiz mulut yang boleh membesar ke keluasan maksimum, memudahkan mereka menyambar mangsa dengan pantas tanpa memberikan ruang dan peluang untuk mangsa melepaskan diri.
Kesempurnaan bentuk fizikal, ditambah dengan saiz ekornya yang lebar dengan pangkal ekor yang begitu sasa dan kuat, membolehkan si raja muara ini bergerak pantas apabila melibas dan menyambar mangsa.
Ekor yang lebar ini juga memberikan kekuatan yang membolehkan siakap memberikan asakan dan tentang hebat apabila berhadapan dengan pemancing. Kekuatan libasan ekornya juga membolehkan siakap jenis keperakan, walau sebesar mana saiznya melompat tinggi di atas air dengan aksi agresif dalam usaha untuk melepaskan mata kail.
Namun begitu, siakap adalah pemangsa yang agak pemalas, kecuali di masa ia sedang galak dan lapar, sebahagian besar masa digunakan untuk berdiam diri di tempat persembunyian.
Sewaktu berehat, siakap tidak berminat untuk menyambar umpan walaupun umpan yang dihidangkan adalah seekor udang king size kegemarannya, melainkan umpan tersebut berenang tepat di depan mulutnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...