Memancing di laluan kapal dagang atau zeezone kebiasaannya memang mampu memberikan hasil tangkapan yang lumayan buat kaki pancing, terutama jika kena pada lubuknya.
Namun begitu, memancing di kawasan ini juga berpotensi mendedahkan kaki pancing kepada bahaya terutama jika terlalu leka.
Oleh yang demikian adalah amat perlu para pemancing memahami beberapa isyarat lampu dari kapal-kapal besar di laluan kapal.
Perairan Selat Melaka terutama di perairan Pelabuhan Klang adalah lokasi memancing yang terdedah dengan bahaya ini tidak kira siang atau malam.
Ads
*PENTING!!
Lazimnya semua kapal memiliki lampu dengan 3 warna asas yang sering digunakan, iaitu warna putih, merah dan hijau.
Adalah penting untuk kaki pancing mengetahui kedudukan lampu ini terutamanya pada malam hari bagi mengelakkan berlakunya kejadian tak diingini.
Ads
➡ Jika anda melihat lampu kapal berwarna putih berada di tengah-tengah di antara warna hijau (kedudukannya sedikit tinggi di sebelah kanan yang dipanggil starboard) dan
warna merah (lampu sebelah kiri yang dipanggil port), maka ia membawa maksud kapal tersebut sedang menuju ke arah anda.
Jadi anda perlu segera mengubah haluan ke arah yang selamat.
Ads
➡ Jika anda melihat hanya lampu berwarna putih dan merah sahaja, maka ia membawa maksud kapal tersebut berada di sebelah kiri anda (masih perlu berwaspada).
➡ Jika anda melihat hanya lampu berwarna putih dan hijau sahaja tu menunjukkan haluan kapal tu sebelah kanan (masih perlu berwaspada).
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan makan besi! Itulah antara perkara pertama yang akan kita ingati bila bercerita perihal teknik jigging.
Boleh dikatakan teknik ini menjadi semakin popular di kalangan kaki pancing masa kini. Namun, masih ada juga yang tidak begitu arif mengenai teknik ini.
Jom kita kongsi beberapa info penting mengenai teknik jigging yang perlu anda ketahui. Dalam istilah jigging, terdapat 2 jenis kaedah untuk jigging, iaitu vertical jigging dan jig cast.
Vertical jigging
Vertical jigging digunakan untuk mengumpan ikan yang mendiami dasar dengan cara melepaskan jig secara menegak atau ke depan sehingga ia tenggelam ke dasar laut. Kemudian karauan secara laju atau perlahan dibuat untuk mengayakan jig besi di dalam air.
Jig cast
Jig cast pula digunakan untuk mengumpan ikan predator yang bermain di pertengahan atau di permukaan air. Teknik ini sering kali digunakan untuk menjerat ikan tenggiri. Caranya, Jig dibaling sejauh mungkin dan karauan laju dibuat dan membuatkan jig seolah-olah ikan yang sedang berenang.
Joran
Joran jigging mestilah halus, ringan dan tahan lasak. Kebiasaan panjang rod jigging antara 5.5 hingga 6.5 kaki. Rod handle atau pemegang joran biasanya lebih panjang berbanding joran casting bagi tujuan menggayakannya lebih mudah.
Kekili
Saiz kekili yang berbeza juga perlu dipadankan dengan berat jig yang anda gunakan. Misalnya, kekili saiz 4000-6000 sesuai untuk jig seberat 40 gram – 100 gram, saiz 8000-10000 untuk jig seberat 100 gram – 400 gram dan untuk jig seberat 400 gram ke atas, kekili bersaiz 10000 ke atas sesuai digunakan.
Saiz jig
Untuk menentukan saiz jig yang boleh anda gunakan, anda harus mengambil kira kedalaman air di lokasi memancing anda.
Misalnya, kedalaman 100kaki amat sesuai menggunakan jig bersaiz 100gm dan begitulah seterusnya. Senang cerita, jig yang semakin besar digunakan apabila air semakin dalam. Ini kerana pemilihan saiz yang besar ini akan mempercepatkan jig jatuh ke dasar.
Saiz jig mestilah disesuaikan dengan arus pada masa itu. Sekiranya arus agak laju, saiz jig yang sesuai perlu digunakan untuk memastikan jig jatuh betul-betul di kawasan yang sudah dikenal pasti kawasan ikan bermain sekali gus mengelakkan tersasar akibat dibawa arus.
Assist hook
Bagi menjimatkan kos jigging, anda boleh membuat sendiri ikatan mata kail jig atau assist hooks. Ada banyak cara untuk membuatnya dan ia tidaklah sukar. Anda boleh rujuk dalam segmen DIY di laman sensawang Umpan.
Warna jig
Warna jig juga memainkan peranan besar. Apabila jigging pada waktu malam, jig jenis luminous adalah pilihan utama. Spesies seperti cupak dan tenggiri amat mudah diperdayakan.
Tali utama
Tali sulam atau braided line menjadi pilihan utama untuk teknik jigging. Tali sulam bukan sahaja dapat memotong air dengan lebih cepat, kurang daya regang, sensitif tetapi yang paling penting diameternya yang kecil akan membolehkan lebih banyak tali di sisi dalam gelendong kekili anda.
Shock leader
Penggunaan shock leader atau juga amat penting untuk teknik jigging. Ini kerana dengan leader ini ia mampu menampung main line apabila mendapat asakan secara tiba-tiba.
Tali jenis fluorocarbon adalah lebih disarankan kerana ia lebih lasak menahan geseran dan kurang kelihatan di dalam air.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Spesies ini memakan umpan anda seperti ikan kecil, henjutan pada hujung joran begitu tidak ketara sehingga mata kail sudah masuk ke dalam mulutnya.
Saiz mulut yang tidak begitu besar memberi kelebihan kepada spesies ini dan pemancing akan kehilangan hasil jika mata terlalu besar. Saiz mata kail yang disyorkan ialah 1/0 atau 2/0.
Untuk mengelakkan umpan dicuri ikan yang lebih kecil, pendapat saya penggunaan sotong kurita (jejari) adalah umpan terbaik selain cumit hidup, udang dan ikan bilis bergantung kepada jenis umpan ada. Mungkin di kawasan perairan Pulau Sembilan, umpan ikan bilis adalah paling mudah dan sesuai digunakan.
Waktu paling sesuai ialah ketika air mati dengan umpan udang hidup, jejari sotong kurita dan juga perumpun. Kawasan tersebut adalah berpasir dan dasar mendatar di kuala selat (Pelabuhan Klang) dan mempunyai kedalaman sekitar 15meter hingga 25 meter.
Masa kini ikan gegerut turut banyak dipancing melalui teknik jigging. Ia membuktikan spesies dasar ini juga boleh diperdaya dengan umpan tiruan seperti jig. Penggunaan sotong getah pada assist hook turut membantu memikatnya.
Masakan
Gegerut lebih enak dimasak kari, tumis pedas atau stim. Anda juga perlu berwaspada kerana sesetengah gegerut mempunyai daging yang agak liat dari kebiasaan. Kes ini biasanya terjadi pada spesies yang mati mengejut (pendapat orang lama) selepas dinaikan terutama separuh badan hilang disambar pemangsa yang lebih besar.
Memperoleh atau mendaratkan ikan layaran dianggap sebagai memperoleh lesen laut dalam. Namun untuk memperoleh lesen laut dalam ini bukanlah semudah yang disangka. Kami belanja sikit tip & panduan untuk korang yang berhajat untuk memancing layaran.
Peralatan & Persiapan
Kekili – Sebaiknya gunakan siri kekili 5000 dan ke atas yang boleh memuatkan tali sulam 40lb sekurang-kurangnya 200 meter.
Joran – Joran kekuatan 20lb-40lb atau PE 2-4 atau lebih.
Leader – 50lb atau bergantung kepada warna air. Kalau air jernih, guna di bawah 50 lb.
Mata kail – Wajib guna circle hook bagi kelestrarian spesies layaran. Saiz 5/0 hingga 7/0 bergantung pada saiz umpan.
Kejayaan misi memancing layaran banyak bergantung kepada umpan yang digunakan. Oleh yang demikian, dapatkan umpan hidup seperti tamban, selar, kembung atau sotong toraksebanyak yang mungkin ketika tekong berhenti mencari umpan di unjam-unjam.
Untuk mencari layaran, tekong akan mencari petunjuk dengan mengesan kewujudan burung-burung camar di permukaan laut. Burung-burung camar ini mengambil peluang mencuri ikan-ikan yang dipengsankan oleh layaran sebelum menyambarnya.
Sebaiknya gunakan tiga set pancing sahaja bagi untuk memancing layaran bagi mengelakkan kejadian tali pancing bersilang sama ada ketika menghanyutkan umpan atau
ketika layaran melarikan umpan. Dua set di bahagian belakang bot dan satu set di bahagian depan bot.
Ketika proses menghanyutkan umpan ini, korang masih boleh mencari umpan dengan teknik apollo. Apollo yang disangkutkan candat akan berpeluang memperoleh sotong.
Apabila salah satu pancing mengena, biarkan layaran melarikan umpan terlebih dahulu (tanpa drag), apabila ia berhenti seketika barulah gunakan drag dan hanya bertahan (tanpa strike) sehingga mata kail melekat pada paruh layaran.
Kemudian barulah lakukan satu strike bagi mengukuhkan lagi tancapan mata kail.
Keseronokan utama memancing layaran adalah saat ketika ia melarikan umpan dengan pecutan yang menyebabkan spool berdesing memuntahkan tali. Justeru itulah pentingnya simpanan tali yang panjang dalam spool.
Jangan paksa layaran menghentikan lariannya, korang hanya perlu laraskan lagi tahap drag dan meminta bantuan tekong memandu bot mengikut larian ikan sekiranya perlu. Apabila ikan mula menghentikan larian barulah menarik tali masuk semula ke dalam spool.
Sebaik-baiknya jangan layan lama sangat sehingga layaran keletihan tahap maksima. Ia boleh menyebabkan spesies mati.
Jika ingin bergambar dengan ikan, lakukan dengan pantas agar ikan tidak lemas akibat terlalu lama berada di luar air.
Untuk mendaratkan layaran, pegang kedua-dua bahagian paruhnya. Elakkan dari memegang hujungnya sahaja kerana boleh menyebabkan ia patah.
Paruh yang patah akan mengambil masa untuk tumbuh semula sekaligus merencatkan proses ia memburu makanan.
Sebelum lepaskan kembali, berikan bantuan oksigen dengan melalukan air ke ingsangnya. Lakukan sehingga ada pergerakkan ekornya seperti mahu berenang barulah lepaskannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...