IKLAN

 

Bila masuk musim tengkujuh ni ada beberapa aktiviti memancing yang perlu ditangguhkan. Salah satu daripadanya ialah pancingan sungai pegunungan seperti trekking di sungai hutan banat mencari kelah atau tengas.

 

Aktiviti ini perlu ditangguhkan dari bulan November hinggalah tamat musim monsun pada bulan Februari. Ini sebab-sebabnya kenapa aktiviti ini perlu ditangguhkan dulu.

 

Ini Sebabnya Kena Off Jungle Trekking Pada Musim Hujan

 

Bayangkan… pada musim biasa air cuma paras lutut. Pada musim ini air naik hingga paras dada malah hapus kepala pun ada. Untuk sampai ke lokasi kena melintas 3-4 kali sungai. Ini kerja bahaya tuan-tuan… bahaya betul.

 

IKLAN

Bila-bila masa saja boleh berlaku fenomena kepala air. Dengan hujan berterusan potensi  turun kepala air sangat tinggi. Kita mancing ni kadang-kadang jadi ralit… tak sedar langsung perubahan air. Sekali dia turun memang tak sempat nak buat apa-apa dah.

 

Ini Sebabnya Kena Off Jungle Trekking Pada Musim Hujan

 

Bila air besar ni ikan main merata tempat… tak duduk lepak dalam lubuk biasa tu. Kalau waktu biasa tabur umpan penuh ikan kerumun… musim hujan nak jangan mimpi la nak dapat tengok perkara tu lagi. Tak meriah langsung jadinya.

IKLAN

 

Pada musim hujan lubuk akan jadi clear dari timbunan daun yang dihanyutkan kepala air atau curahan air hujan lebat. Maka tak ada lagi kawasan permainan ikan-ikan ni. Tak tahulah ikan-ikan ni main kat mana pulak.

 

Ini Sebabnya Kena Off Jungle Trekking Pada Musim Hujan

 

Aktiviti casting akan terbantut. Kalau waktu biasa bolehlah redah ke hulu atau turun ke hilir tapi musim hujan ni boleh casting dekat campsite je. Nak gerak redah sungai dah tak berani… air laju gila!

 

Potensi kena hypotermia sangat tinggi. Bayangkan… beg semua basah, pakaian lembab lepas tu pastu hujan turun lagi. Dia punya sejuk tak payah cerita la. Nak buat unggun api? Mana nak cari kayu api yang kering?

 

Ini Sebabnya Kena Off Jungle Trekking Pada Musim Hujan

 

Kesimpulannya ia adalah isu keselamatan sebab nyawa tak ada dijual kat mana-mana. Mancing tu mancing jugak… tapi ingat jugak orang kat rumah tu. Rehat la dulu sementara musim tengkujuh ni… takkkan lari lubuk dikejar.