Pertama, kawasan dalam teluk yang bertebing tinggi dan curam serta berbatu, terbaik jika tebing tersebut mempunyai lubang-lubang di dalamnya. Sarangnya boleh dikenali dengan tompokan tebal sampah terapung yang tersangkut di ranting-ranting pepohon renek yang tenggelam dalam air.
Kedua, kawasan hujung buluh yang tergantung kerana paras air yang rendah. Sekali lagi sarangnya boleh dikenali dengan tompokan tebal dedaunan dan ranting bulu yang mati yang terkumpul rapat di tepi tebing.
Ketiga, hujung anak sungai kecil yang dipenuhi dedaunan kering yang hampir menjadi kompos. Jika terjumpa alur kecil atau sungai kecil, cuba pergi ke hujungnya yang cetek, kadangkala boleh dijumpai kerandang di situ.
Ads
Keempat, pohon tumbang ke dalam air dengan banyak ranting kecil berceracak di permukaan air. Pastikan kawasan ranting-ranting itu rapat ke tebing dan sampah-sampah hanyut berupa daun dan akar pokok melekat di situ.
Ads
Teknik menggoda
Tidak seperti kerandang kawasan paya yang memerlukan penggunaan katak hidup atau soft plastic kalis sangkut kerana habibatnya bereba banat. Kerandang tasik masih boleh digoda dengan pelbagai jenis gewang dari permukaan hinggalah menyelam dalam.
Ads
Oleh kerana kerandang gemar berlegar betul-betul rapat dengan tebing, sasaran gewang anda harus tepat dan mencelah betul-betul ke dalam reba rapat ke tebing. Peratusan sangkut memang tinggi, tapi itu sahaja harapannya. Ada juga pemancing yang dapat kerandang di kawasan terbuka, tapi itu diibaratkan seperti bulan jatuh ke riba.
Kerandang bukanlah good fighter seperti toman, ia hanya membentak seketika sahaja sebelum mengikut ke bot. Melainkan kerana bersaiz kasar, ia mungkin boleh mengeluarkan drag dan memutuskan tali.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jangka masa ikan galak makan umpan biasanya tidak lama, hanya sekitar setengah jam dari bermulanya air pasang pagi. Waktu permulaan pasang, arus bergerak perlahan dan waktu inilah siakap aktif memakan umpan.
Siakap akan kembali aktif apabila arus air kembali tenang iaitu di antara penghujung pasang dan permulaan surut.
Jangka waktu di antara akhir pasang dan permulaan surut ini tidak lama. Sebab itulah timing air pasang dan surut di muara sungai amat penting dititikberatkan.
Sementara itu ada juga di beberapa tempat, waktu-waktu paling sesuai untuk memburu siakap pada musim air mati.
Pada masa tersebut, air pasang malam agak besar dan menghasilkan arus yang agak deras.
Keadaan ini amat sesuai untuk ikan-ikan dari laut memasuki muara mengikut arus. Sebaliknya pada siang hari air pasang dan surut tidak besar perbezaannya.
Keadaan sebegini menghasilkan arus air yang lembut, amat sesuai untuk ikan-ikan khususnya siakap singgah dan bermain-main di reba.
2 Jenis Siakap
Dikatakan terdapat dua jenis siakap yang menghuni kebanyakan muara sungai. Yang pertama adalah dari jenis siakap putih keperakan.
Siakap jenis ini berbadan lebih panjang dan agak gempal. Ekornya pendek sedikit dan tidak begitu lebar.
Ia dikatakan sering ditemui di kawasan muara ketika musim siakap mudik ke muara.
Spesies ini apabila terdesak, khususnya sewaktu mahu melepaskan mata kail dari mulutnya, akan melompat dan bergerak dengan agresif ke atas permukaan air. Jenis yang kedua tetapi jarang ditemui ialah siakap berwarna kuning keemasan.
Spesies jenis ini badannya lebih lebar akan tetapi agak pendek berbanding dengan jenis pertama.
Apabila menyambar umpan, jenis ini akan mengeluarkan satu bunyi yang sekaligus memperkenalkan dirinya kepada para nelayan dan pemancing mahir dan berpengalaman.
Jenis kedua jarang sekali melompat ke permukaan air, mungkin kerana saiznya yang begitu besar.
Ia lebih suka bertahan di dasar muara mengasak pemancing dengan menarik tali ke dalam reba.
Biasanya pemancing akan mengambil masa lebih lama untuk menjinakkan spesies jenis kedua berbanding jenis pertama yang banyak menghabiskan tenaganya melompat di permukaan air.
Kedua-dua spesies siakap ini mempunyai bentuk aerodinamik badan yang begitu sempurna, gagah dan tersendiri.
Saiz mulut yang boleh membesar ke keluasan maksimum, memudahkan mereka menyambar mangsa dengan pantas tanpa memberikan ruang dan peluang untuk mansa melepaskan diri.
Kesempurnaan bentuk fizikal, ditambah dengan siaz ekornya yang lebar dengan pangkal ekor yang begitu sasa dan kuat, membolehkan si raja muara ini bergerak pantas apabila melibas dan menyambar mangsa.
Ekor yang lebar ini juga memberikan kekuatan yang membolehkan siakap memberikan asakan dan tentang hebat apabila berhadapan dengan pemancing.
Kekuatan libasan ekornya juga membolehkan siakap jenis keperakan, walau sebesar mana saiznya melompat tinggi di atas air dengan aksi agresif dalam usaha untuk melepaskan mata kail.
Namun begitu, siakap adalah pemangsa yang agak pemalas, kecuali di masa ia sedang galak dan lapar, sebahagian besar masa digunakan untuk berdiam diri di tempat persembunyian.
Sewaktu berehat, siakap tidak berminat untuk menyambar umpan walaupun umpan yang dihidangkan adalah seekor udang king size kegemarannya, melainkan umpan tersebut berenang tepat di depan mulutnya.
Sebelum terciptanya batang pancing moden, kekili, gewang dan segala macam peralatan pancing yang cangih manggih hari ini, nenek moyang kita mulakan semuanya dengan tangan. Kali ini kami ingin mendedahkan beberapa kaedah atau teknik menangkap ikan secara tradisonal yang telah diamalkan sejak dari zaman purba hingga sekarang.
Guna tangan
Kat Negeri Sembilan dipanggil ‘ngoca’.
Timba
Keringkan kolam/ lubuk dengan baldi di sesuatu kawasan.
Kayu/batu
Hempuk ikan dengan kayu atau batu.
Tombak
Panah
Pancing guna batang buluh, rumbia.
Taut/tajur
Tinggalkan semalaman untuk tangkap ikan besar seperti tapah , baung, keli atau haruan menggunakan umpan anak sepat /puyu.
Lukah
Alatan menangkap ikan yang diperbuat dari buluh.
Serkap
Femes kat sawah terutama pada musim nak menuai padi .
Tuba
Menggunakan akar pokok tuba yang ditumbuk untuk memabukkan ikan.
Kawasan jeram merupakan salah satu lubuk pemangsa khususnya sebarau untuk mencari makan. Jika bertemu spot begini, jangan lepaskan peluang untuk menguji nasib. Dan berikut disertakan sedikit taktik & teknik untuk casting di lokasi berjeram.
#1
Semestinya pastikan guna kekili (spinning atau baitcaster) ratio tinggi kerana gewang perlu selari dengan kederasan arus.
#2
Penggunaan sesudu merupakan gewang yang paling efektif namun boleh juga guna gewang yang mampu beraksi dengan baik ketika berenang mengilkut arus seperti gewang Rapala Team Esko.
#3
Sebaiknya pilihlah gewang atau sesudu yang berkilat atau berwarna terang. Ia lebih praktikal.
#4
Baling gewang ke bahagian puncak jeram dan karau mengikut arus. Pastikan bukannya baling gewang dan tarik melawan arus.
#5
Pilih spot berbatu besar untuk dijadikan sasaran balingan dan tarik gewang melalui spot tersebut kerana lazimnya pemangsa berlindung di sebalik batu untuk menyerang hendak.
#6
Jangan biarkan gewang khususnya sesudu tenggelam agak lama bagi mengelak sangkut di celahan batu. Sebaiknya segera karau apabila gewang mencecah air.
#7
Bagi mengelak masalah sangkut, sebaiknya gunakan mata kail tunggal.
#8
Pelbagaikan rentak karauan, jika kayuhan perlahan tidak hasil, lakukan pula karauan yang lebih laju.
#9
Gunakan berat sesudu yang sesuai dengan arus agar ia mampu tenggelam dengan cepat. Berat antara 7 gram hingga 15 gram lebih praktikal.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...