Kami pernah meletakkan skala sengatan bisa ikan depu pada kadar 5/5. Ia jelas menggambarkan betapa hebatnya bisa sengat spesies ini. Ikan depu sememangnya digeruni kerana kepaduan duri yang tajam dan memiliki warna merah, coklat, kuning, hitam atau putih yang amat berbisa yang terdapat di bahagian sirip belakang, jika terkena boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan boleh membawa maut.
Jadi kepada para pemancing perlulah berhati-hati ketika mengendalikan ikan ini, atau dengan kata mudah tak payah sentuh lansung ikan ini kerana boleh dikatakan seluruh tubuh spesis ini mempunyai bisa yang amat beracun.
Bisa yang ada pada ikan depu merupakan racun heat-labile yang membawa maksud racun ini akan rosak atau mengalami denaturasi bila terkena panas. Bila bisa sudah masuk ke dalam tubuh manusia, gejala yang timbul adalah hipertensi, takikardia (kenaikan denyut jantung), dan mati rasa (kebas).
Dalam waktu tiga jam setelah terkena bisa, ia boleh menyebabkan kelumpuhan dan dalam beberapa kes menyebabkan kematian. Segera lakukan ikhtiar rawatan dengan merendam atau membilas bahagian yang terkena sengat dengan air hangat (sekitar 40 – 60 darjah Celcius) selama lebih kurang 30 minit.
Bila masih terasa sakit segera hubungi doktor terdekat untuk dilakukan rawatan penuh. Patil atau duri ikan yang mungkin masih tertinggal harus dicari dan dikeluarkan. Disarankankan juga untuk diberikan suntikan tetanus (luka kecil juga boleh mengakibatkan tetanus). Bila luka meluas, harus diberikan antibiotik untuk mencegah infeksi kulit.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sungai yang seringkali mengakibatkan banjir ketika musim bunga datang ini terletak di Siberia. Pernah pada tahun 2007, air sungai Lena melimpah dan menenggelamkan sebanyak 1.000 rumah penduduk dan 12 bandar. Sungai dengan panjang 4,399 km ini lebih berbahaya ketika musim panas dan munculnya musim bunga.
Sungai Yenisei
Mengalir melewati Mongolia dan China, sungai Yenisei dianggap sebagai salah satu sungai terbesar dan juga paling berbahaya di dunia. Dengan panjang 5,549 km, sungai ini dikenali dengan arus deras yang dapat menyebabkan banjir. Selain faktor tersebut, Sungai Yenisei juga memiliki tahap racun dan radiasi yang sangat tinggi.
Sungai Congo
Sungai Congo atau Sungai Zaire, kedua nama itu merupakan nama dari sungai yang sama. Dengan panjang 4,702 km Sungai Congo menjadi sungai terpanjang kedua di Afrika. Sungai yang dianggap paling berbahaya bagi penduduk di Afrika ini memiliki arus yang sangatlah kuat. Dengan kengerian yang dimiliki oleh sungai ini, orang-orang di Afrika menamakannya Heart of Darkness. Tambah berbahaya, pada bahagian akhir dari sungai Congo terdapat sebuah tebing mengerikan yang disebut dengan Gates of Hell.
Sungai Yangtze
Di Asia juga memiliki sungai yang dianggap berbahaya. Berlokasi di Cina, sungai Yangtze merupakan sungai terpanjang yang berada di Asia dengan panjang mencapai 6,379 km. Sungai Yangtze sudah dikenal akan kengeriannya karena pernah menyebabkan banjir besar yang melanda China pada waktu dulu. Oleh karena itu di sungai ini dibangunkan empangan untuk mencegah kejadian serupa terulang kembali.
Sungai Mississippi
Sungai kedua terbesar di Amerika Syarikat ini memiliki panjang mencapai 3,765 km. Bermula di Lake Itasca, Mexico, Sungai Mississippi memiliki aliran yang berakhir di Teluk Mexico. Dengan tingkat air sungai yang turun naik disertai arus deras, para penduduk yang tinggal sekitar Sungai Mississippi sering hidup dalam ketakutan terhadap ancaman banjir serta ancaman jerung.
Sungai Orinoco
Terletak di Amerika Selatan dan juga termasuk dalam sungai terpanjang ketiga di Amerika Selatan. Memiliki panjang 2,140km dan mengalir melintasi Colombia dan Venezuela dengan 200 cabang sungai dan juga memiliki beberapa air terjun. Sungai Orinoco ini sukar untuk dilalui karena memiliki arus yang sangat keras dan diapit dengan hutan hujan yang sangat tebal. Sungai Orinoco ini juga memberikan ancaman pada penduduk tempatan kerana air sungai Orinoco seringkali melimpah dan menyebabkan banjir.
Sungai Parana
Sungai yang melintasi Argentina dan Paraguay ini memiliki panjang sekitar 4,828 km. Sungai Parana dianggap sebagai salah satu sungai paling berbahaya kerana sungai ini memiliki arus yang sangat kuat dan selalu menyebabkan banjir, sekaligus kemusnahan teruk kepada kediaman dan kota yang berdekatan dengan sungai ini. Arus kuat di sungai Parana ini juga mendapat pengaruh dari angin kuat dan El Nino.
Sungai Brahmaputra
Sungai Brahmaputra merupakan sungai yang berada Bahaduradbad, Bangladesh. Sungai dengan panjang 2,896 km ini seringkali digunakan sebagai sarana pengangkutan dan juga pengairan. Walaupun sungai ini memiliki banyak manfaat bagi penduduk di Bahaduradbad, ketika salji di pegunungan Himalaya cair, maka sungai Brahmaputra bakal berhadapan bencana banjir yang besar. Hal lain yang membuat sungai ini sangat berbahaya adalah karena di sungai ini memiliki air pasang yang disebut Tidal Bare. Tidal Bare ini memiliki arus yang berlawanan dengan arus dari sungai Brahmaputra. Hal itulah yang membuat sungai Brahmaputra menjadi sungai yang paling berbahaya di Bangladesh.
Sungai Amazon
Tiada sebarang bantahan untuk meletakkan Sungai Amazon adalah sungai yang paling berbahaya di dunia. Terletak di Amerika Selatan, sungai Amazon ini amat besar dan juga memiliki arus yang sangat deras. Ia menjadikan sungai Amazon amat mustahil untuk dilewati walaupun dengan jambatan sekalipun.
Di bahagian mulut sungai Amazon memiliki punca air yang sangat besar, sebanyak 8 triliun galon air per hari keluar dari mulut sungai itu. Kedalaman sungai Amazon juga sangat dalam hingga mencapai 15 meter.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Biarpun berapa puluh tahun anda memancing dan seberapa banyak pengalaman yang anda, janganlah jadi pemancing yang bodoh sombong atau berlagak pandai! Ini amat penting terutama bila anda meneroka lubuk baru. Sentiasalah bertanyakan mereka yang arif dengan kawasan tersebut dan kaji dahulu lokasi memancing anda untuk mengelakkan kes membangau sehari suntuk!
Mudah Kelam-kabut
Kalau kot ye pun teruja nak memancing elakkan dari menjadi seorang yang kelam-kabut. Bukannya apa, bila terjadinya kes-kes kelam-kabut ni pasti ada saja masalah yang akan terjadi. Tertinggal set pancinglah, ikan rabutlah dan yang paling teruk berpotensi untuk ditimpa kecederaan sewaktu memancing. Jadilah seorang pemancing yang sentiasa bertenang dan rancanglah sebaik mungkin perjalanan sebelum anda keluar memancing.
Dengki tak bertempat
Kes kaki pancing cemburu ni mesti banyak kali terjadi di kalangan kita. Pantang je tengok orang tarik ikan mesti ada 1 atau 2 orang yang jenis tak senang duduk bila tengok orang strike. Time tu jugaklah dia nak pindah duduk kat kawasan orang yang dapat ikan tu. Haihh, kalau boleh, jadilah pemancing yang sentiasa percaya pada rezeki sendiri. Janganlah dek kerana sikap tamak dan cemburu tu anda dibenci pemancing lain.
Set Peralatan Tak Sepadan
Biasa terjadi bila memancing dapat sambaran tetapi ikan susah nak mengena. Adakah anda kaji semula mengapa perkara itu terjadi? Besar kemungkinan ia datang daripada pemilihan peralatan yang salah. Jadi sebagai pemancing, anda harus tahu apa spesies ikan sasaran anda. Jadi dari sini anda boleh menentukan peralatan apa yang sesuai untuk anda gunakan. Sebagai contoh, janganlah nak pancing layaran guna mata kail udang pulak nanti.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bila kita melihat seseorang itu dengan penampilan berambut panjang, berseluar jean ketat, t-shirt bergrafikkan kumpulan muzik dan berjaket, kita boleh mengandaikan beliau mungkin seorang rocker atau sekurang-kurangnya peminat rock. Begitu juga dengan pemancing atau angler. Mereka ada identiti atau penampilan tersendiri yang melambangkan mereka adalah seorang pemancing.
Tengok kenderaan yang digunakannya. Jika ada sticker jenama atau produk peralatan memancing tertampal pada cermin atau badan kenderaan, sahlah beliau seorang kaki pancing
Kalau kenderaannya tak bersticker, tengok pula keychain yang digunakannya. Lazimnya pemancing tegar khususnya peminat casting akan menggantung gewang pada keychainnya.
Berpakaian outdoor… Peminat sukan memancing (yang berduit) lazimnya akan mengenakan pakaian outdoor berjenama yang terkenal dengan aktiviti memancing.
Jika tidak berpakaian outdoor, tshirt atau topi berjenama produk alatan memancing juga sering dipakai pemancing. Begitu juga dengan tshirt kejohanan memancing yang disertainya
Jika di media sosial contohnya di facebook pula cukup mudah untuk mengetahui seseorang itu adalah kaki pancing kerana lazimnya mereka akan letakkan posing bersama ikan sebagai picture profile mereka.
Pemancing ni gemar ngeteh di kedai-kedai mamak. Kalau terlihat sekumpulan lelaki lepak-lepak di kedai mamak dan kedengaran bercerita pasal aktiviti memancing, memang sah la mereka adalah kaki pancing
Berkulit hitam atau rentung… Walaupun bukanlah satu fakta yang tepat, lazimnya tidak ada pemancing tegar yang berkulit halus dan putih gebu. Kebanyakannya macam hangus kerana banyak berjemur di tengah panas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...