(Sumber: Pokmud’s)

Nama globalnya mangrove jack atau mangrove red snapper. Di Malaysia ia lebih dikenali sebagai siakap merah atau kakap merah.

Namun di kalangan kaki mengilat, mereka lebih gemar membahasakannya sebagai MJ (mangrove jack), manakala di kalangan pemancing kolam air masin pula ia mendapat nama jolokan ikan kaci.

 

Hakikatnya MJ atau siakap merah dan kaci adalah jauh bezanya dari segi corak warna badan dan habitat.

Kaci adalah dari keluarga Haemulidae iaitu satu keluarga dengan spesies gerut-gerut manakala, siakap merah adalah dari keluarga snapper (Lutjanid).

 

Kaci lebih gemar mendiami kawasan pantai berkarang hingga ke tengah laut lepas. Ia jarang mendiami kawasan sungai atau muara.

Tidak seperti MJ yang menghuni di kebanyakan tempat di Semenanjung sama ada di sungai, muara, pantai, pulau malah di tengah laut.

 

Info Spesies : Profil Siakap Merah Serigala Muara

 

Ada juga yang menyatakan MJ di kawasan Pulau Ketam kebanyakannya berasal dari Taiwan.

Siakap Merah dikatakan mula membanjiri kawasan Pulau Ketam apabila ikan tersebut terlepas dari ternakan sangkar yang sememangnya berselerak di Pulau Ketam.

IKLAN

Sehingga ada juga pemancing memanggil spesies ini sebagai Merah Taiwan. Tetapi pendapat yang menyatakan ikan ini berasal dari Taiwan sukar untuk diterima.

 

Ini kerana di sebelah Pantai Timur juga banyak spesis ini. Malah kebanyakan pulau di Semenanjung  juga dipenuhi oleh ikan jenis pemburu ganas ini dan taburan ikan ini amat ketara di Asia Tenggara, Barat Australia, Mediterranaen hingga Terusan Suez.

MJ boleh membesar sehingga 20kg dan saiz sebegini biasanya berada di kawasan batu karang di lautan luas yang mana amat berbeza habitat pokok bakau tumbang, tepi tiang-tiang jeti, kawasan berbatu atau berkarang.

 

Info Spesies : Profil Siakap Merah Serigala Muara

 

Tebing yang berteluk serta kawasan terbuka untuk memburu makanan. Ia begitu aktif memburu makanan termasuk umpan pemancing ketika awal pagi dan lewat petang.

Bagaimana pun ikan bertaring dua yang tajam ini makan mengikut pertukaran arus serta cuaca setempat.

IKLAN

 

Ini juga boleh diandaikan bahawa ia meragut umpan sepanjang waktu jika kena tempat serta terbuka seleranya.

Kawasan cetek dan terbuka dihadiri oleh pemburu ini ketika air bergerak pasang terutama pada malam hari.

Ia merapati ke darat untuk memburu mangsa yang kebetulan adalah umpan pemancing.

 

Ikan berkulit merah dan boleh bertukar menjadi cerah dan hitam ini bersifat rakus jika menyambar umpan.

Daya juang yang dimiliki pada peringkat permulaan mampu menghela tali pancing ke celah reba atau apa saja yang boleh dijadikan perlindungan.

Ia jarang bermain dengan umpan sebagaimana jenahak, dan tidak begitu memilih umpan (cuma sotong ia kurang sedikit).

IKLAN

 

Info Spesies : Profil Siakap Merah Serigala Muara

 

Profil Serigala Muara

 

Nama Saintifik : Luthjanus Argentimaculatus

Keluarga         : Lutjanidae (Snappers)

Nama Lain      : Kakap merah,merah bakau

Ciri Fizikal       : Bergigi taring tajam, warna badan lebih gelap pada bahagian atas dan bersisik merah (kadangkala merah gelap) menjadi lebih cerah hala ke bawah. Sirip dorsal pertama dan kedua bersambung.

Diet               : Hampir semua anak ikan, udang, ketam

Habitat          : Kawasan reba (bakau), batu karang, muara sungai terutama jeti pendaratan ikan laut.

Taburan        : Kebanyakan Asean, Indo-Pasifik, Australia Barat, Mediterranean dan Terusan Suez. Di Malaysia banyak menghuni kawasan bakau, muara, kawasan sekitar ternakan ikan sangkar dan jeti-jeti pendaratan ikan.

 

Info Spesies : Profil Siakap Merah Serigala Muara

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI