Ikan mandi abu atau kaci (Plectorhinchus flavomaculatus) adalah spesies yang mendengus (grunt). Ia berkait rapat dengan keluarga gerut-gerut dan snappers.
Keluarga ikan grunts ini memiliki mulut kecil dan gigi yang lebih kecil dan bibir berdaging tebal yang menjadi punca nama jolokannya sweetlips.
Mereka juga dapat menggertakkan gigi ketika tertangkap, mengeluarkan suara mendengus, dan kerana itulah ia mendapat nama grunt (mendengus).
Ikan kaci memilii warna kekelabuan ke coklat kekelabuan dengan garis-garis oren dan biru di kepala, bintik-bintik oren kecil pada bahagian atas tubuh, sirip dorsal dan sirip kaudal, dan margin bawah kehitaman pada sirip ekor.
Juvenil goldspotted sweetlips memiliki warna latar belakang coklat atau biru kekelabuan dengan garis-garis emas horizontal di seluruh tubuh. Seiring bertambahnya usia, garis-
Ads
garis pada tubuh berubah menjadi titik-titik. Garis-garis pada wajah terutama tetap pada tempatnya.
Ikan yang tampak menarik dan cantik ini mampu membesar sehingga 60 cm. Ia boleh ditemui di perairan dari kedalaman 1-25 meter. Spesimen juvenil boleh ditemui di muara dan perairan cetek.
Beberapa spesimen kadang-kadang mengembangkan suatu kondisi di mana kulit kelihatan menggelupas dan meninggalkan tompok coklat besar.
Ads
Ikan kaci dewasa lazimnya lebih gemar menyendiri dan umumnya mudah didekati. Mereka adalah ikan yang ingin tahu dan kadang-kadang akan datang dan memeriksa penyelam,
tetapi jika seseorang terlalu dekat mereka akan cepat berenang ke tempat persembunyian atau duduk di bawah karangan.
Spesimen remaja sulit ditangkap dan bersembunyi di celah-celah atau gua ketika didekati. Terkadang mereka terlihat berenang dengan spesies kaci lainnya.
Ads
Goldspotted sweetlips ditemukan di sepanjang Lautan India, Pasifik barat dan Indo Pasifik Barat. Spesies remaja sering terlihat di terumbu, biasanya dekat dengan bommie
karang dengan tempat persembunyian, yang dengan cepat mereka singgahi.
Spesimen dewasa terlihat tergantung di atas atau berdekatan karang pada siang hari, sendirian atau dalam kelompok kecil.
Goldspotted Sweetlips adalah spesies nokturnal yang aktif mencari makan pada waktu malam. Lazimnya mereka menjadikan ikan kecil, krustasea dan cecacing yang hidup di pasir sebagai makanan utama.
Sangat sedikit yang diketahui tentang status pembiakannya, tetapi mereka dinyatakan mengawan dan bertelur dan mensenyawakan telur ke dalam terumbu karang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Salah satu sikap terpuji para pemancing kita ialah mengamalkan konsep tagal iaitu melepaskan kembali ikan layaran walau di mana jua perairan ia dipancing.
Namun dalam proses pengendalian bagi melepaskannya kembali, berlaku beberapa perkara yang boleh mengancam survival ikan tersebut.
Berikut disenaraikan beberapa yang perlu dielakkan dan panduan untuk menanganinya.
Pertarungan
Apabila dikenali ikan yang dipancing itu ialah layaran, cubalah untuk tidak memanjangkan tempoh pertarungan.
Pertarungan yang panjang sehingga melebihi 30 minit akan meningkatkan tekanan atau stress pada ikan.
Ia turut menjejaskan mekanisma dan sistem biologi ikan yang tidak dapat dilihat pada fizikal ikan.
Justeru itulah kita disarankan menggunakan peralatan berkuasa bagi menyingkatkan tempoh masa pertarungan.
Cara pegang
Setelah ditewaskan dan dihela sehingga merapati bot, sebaiknya ikan dipegang pada kedua-dua paruhnya atau paling hampir dengan pangkal paruh.
Elakkan dari memegang pada hujung paruh kerana ia akan menyebabkan patah. Harus diingat paruh ini merupakan senjata utama layaran memburu makanan.
Walaupun ia akan tumbuh kembali namun akan mengambil masa yang agak lama untuk kembali berfungsi.
Sekiranya ikan meronta apabila dipegang paruhnya, ia merupakan petanda positif yang menunjukkan ia masih bertenaga.
Cabut mata kail
Sebaiknya cubalah tanggal mata kail yang tertancap pada mulut ikan ketika ia masih berada di dalam air. Sekiranya mata kail tersebut berada jauh di dalam mulut ikan, usah dipaksa untuk mengeluarkannya.
Potong saja tali perambut sependek mungkin dari paruhnya. Peluang survival ikan lebih tinggi dengan berbuat demikian.
Mata kail tersebut akan tertanggal dengan sendirinya atau mereput dalam tempoh tertentu.
Cara pendaratan
Lebih afdal jika ikan dilepaskan kembali tanpa didaratkan ke atas bot. Sekiranya ingin mendaratkannya bagi sesi fotografi, elakkan dari melakukannya seorang diri.
Ikan perlu ditampung pada bahagian kepala dan badannya. Kemudian barulah langsungkan sesi fotografi sepantas yang mungkin.
Elakkan dari membiarkan ikan berada di luar air melebihi jangka masa 5 minit.
Lendir ikan
Perkara ini sangat penting dan sering terlepas pandang. Ikan layaran tidak memiliki sisik tebal sebagaimana ikan jenahak atau merah.
Justeru itu badannya dilitupi dengan lendir yang banyak dari kepala hingga ke ekor. Dan lendir ini amat besar fungsi peranannya pada ikan.
Oleh yang demikian jangan sesekali menghapuskan lendir ikan dengan apa cara sekalipun. Kurangkan sentuhan pada badan ikan apatah lagi mendakapnya.
Bantuan pernafasan
Sebelum dilepaskan kembali sepenuhnya ke laut, perhatikan reaksi ikan apabila dimasukkan ke dalam air.
Sekiranya tiada sebarang pergerakan pada penutup insang atau berkeadaan statik, berilah bantuan pernafasan dengan melalukan air memasuki mulutnya.
Bot digerakkan agar oksigen di dalam air dapat disalurkan ke sistem pernafasannya. Lakukan sehingga ikan memberi respon untuk berenang secara semulajadi.
Jenahak merupakan salah satu spesies ikan pancingan yang cukup dikenali di negara kita. Spesies ini merupakan antara spesies ikan yang menjadi idaman kepada mana-mana kaki pancing. Kehebatan tentangan di hujung kail spesies jenahak bukanlah merupakan sebab utama spesies air masin ini menjadi buruan, sebaliknya nilai komersial spesies Lutjanus johnii ini melonjak ialah dek kerana rasa isinya yang sedap.
Bagi pemancing yang mempunyai obsesi yang tinggi terhadap spesies ikan jenis snapper ini pastinya pernah mendengar gelaran seperti jenahak bantal atau bantal emas yang merupakan nama timangan khas ikan bersisik emas ini.
Biarpun tidak memiliki abiliti melawan yang luar biasa seperti spesies ikan sukan yang lain, mana-mana pemancing yang berjaya menaikkan si bantal emas ini pastinya merasakan kepuasan yang tersendiri. Ibarat sudah boleh tidur lena dengan ‘bantal emas’ tersebut.
Secara global, spesies jenahak dikenali dengan nama John’s snapper. Nama Golden snapper juga merujuk kepada spesies jenahak namun beberapa spesies snapper lain juga mendapat gelaran yang sama di sesetengah tempat.
Sesetengah kawasan seperti Australia menggelar spesies ini dengan nama Fingermark bream, merujuk kepada tanda tompokan hitam pada badannya. Selalunya, John’s snapper digunakan untuk merujuk spesies L. johnii yang besar atau dewasa sementara Fingermark bream merujuk kepada juvenil spesies ini.
Keadaan ini serupa dengan lapangan pancing kita dalam soal kekeliruan sama ada ikan jenahak dan ikan tetanda merupakan spesies yang sama atau berlainan. Jadi, dalam kekeliruan ini, dapat disimpulkan jenahak dan tetanda merupakan spesies ikan yang sama.
tetanda
TABURAN SPESIES
Pola taburan spesies jenahak boleh ditemui di kebanyakan kawasan perairan barat Indo-Pasifik. Golden snapper boleh ditemui bermula dari Afrika Timur hingga ke Fiji serta utara Pulau Ryukyu dan selatan Australia.
Di perairan Malaysia, spesies ini boleh ditemui di kebanyakan perairan dari kawasan muara hingga ke laut lepas. Bagi kaki pancing, spot memburu jenahak lebih tertumpu di kawasan Pantai Barat terutama di sepanjang Selat Melaka.
Spot-spot berstruktur seperti kapal karam, kawah, lopak di laluan kapal Selat Melaka, batu karang antara spot pilihan kaki pancing mencari si bantal emas ini.
MORFOLOGI
Daripada segi morfologi luaran, spesies jenahak mempunyai warna badan yang agak memukau. Sisik ikan jenahak biasanya berwarna kuning perak hingga keemasan bergantung kepada persekitaran. Warna badannya akan bertukar kepada warna putih perak apabila dilihat pada bahagian bawah badan dan kepalanya.
Tompokan berwarna hitam pula dapat dilihat pada bahagian antara garisan lateral dan di anterior sirip dorsal lembutnya. Tompokan hitam ini biasanya bersaiz lebih besar daripada diameter matanya dan beransur pudar apabila dewasa. Bahagian dorsal kepalanya berbentuk sedikit curam hingga ke mulut. Duri pada sirip dorsalnya berjumlah 10 manakala jumlah pada dorsal lembut pula antara 13 hingga 14.
Spesies jenahak biasanya mampu membesar sehingga panjang 1 meter biarpun spesimen yang sering ditemui mempunyai panjang sekitar 50 cm. Beratnya pula mampu mencecah sehingga 10 kg dalam persekitaran yang ideal. Terdapat juga kekeliruan antara spesies L. johnii dan Lutjanus ehrenbergii namun pengelasan saintifik oleh Bock pada 1996 mengatakan keduanya merupakan spesies berbeza. L. ehrenbergii hampir menyerupai L. johnii, seperti ikan tetanda yang kita sering lihat. Namun garisan sisik dan warna spesies ini berbeza.
L. ehrenbergii
HABITAT DAN EKOLOGI
Habitat bagi spesies ikan tropika ini lebih tertumpu kepada kawasan berkarang dan juga kawasan perairan yang mempunyai struktur bagi jenahak dewasa. Bagi jenahak juvenil pula, lebih mudah ditemui di kawasan muara, paya bakau dan kadangkala boleh ditemui jauh hingga ke kawasan air tawar yang berarus. Jadi, spesies ini boleh dikategorikan kepada spesies ikan marin dan air payau (brackishwater) bergantung kepada tumbesarannya.
Spesies jenahak merupakan spesies ikan yang bersifat oceanodromous di mana spesies ikan begini merupakan ikan yang bermigrasi bergantung kepada kitaran hidupnya. Selalunya, migrasi jenahak berlaku ketika mengawan serta disebabkan kawasan pemakanannya. Oleh itu, terdapat pola taburan yang merata-rata spesies ini di kebanyakan perairan di seluruh dunia.
Dalam memburu mangsanya, spesies snapper ini akan memilih kawasan trofik berkarang lebih-lebih lagi kawasan perairan yang mempunyai turbiditi atau kekeruhan yang tinggi. Spesies ini juga boleh ditemui dalam kedalaman sehingga 80 meter.
Spesies ini yang menghuni ke dalam lebih 10 meter biasanya terdedah kepada kerosakan fizikal pada tisu badan iaitu Barotrauma yang menyebabkan pelampung (air bladder) dalam badannya terkeluar. Hal ini sering berlaku dan dapat dilihat terutama ketika aktiviti memancing.
DIET
Dalam rantaian makanan dalam persekitaran ideal, si bantal emas ini merupakan tertiary consumer, yang bermaksud pemangsa karnivor unggul yang menghuni carta teratas dalam piramid makanan. Ini bermaksud, jenahak dewasa merupakan ikan karnivor yang menjadikan karnivor lain atau pemangsa kedua sebagai mangsanya.
Diet utama bagi spesies ini tertumpu kepada ikan bertulang, ikan pelagik, udang dan ketam. Selain itu, organisma bentik atau zoobenthos seperti mysids dan cephalopod juga menjadi diet bagi spesies ini bergantung kepada kitaran hidupnya.
TAKSONOMI
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Perciformes
Family : Lutjanidae
Genus : Lutjanus
Species : Lutjanus johnii (Bloch, 1792)
Nama lain : Jenahak, Jenahak tanda, Jenak, Tetanda, John’s snapper, Golden snapper
Gelama mudah dikenali walaupun terdapat 15 jenis yang terdapat di perairan negara kita berpandukan kepada sisik yang terdapat pada badannya yang halus. Jenis yang dibezakan untuk spesies ini berpandukan kepada bentuk pada bahagian mulut, gigi serta badan.
Yang pasti sisik untuk setiap jenis gelama yang wujud hampir sama dan isinya lebih sedap dari spesies biasa seperti gelama papan, gelama dada kuning dan gelama bongkok.
Gelama berbadan gempal di bahagian kepala dan tirus memanjang hingga ke ekor seperti gelama tirus dan gelama panjang.
Gelama yang lebih gempal dan badan yang pendek seperti gelama cherua, gelama batu, gelama keling, gelama hitam dan gelama janggut.
Ada juga yang agak slim dari badan hingga ekor seperti gelama jarang gigi, san gaa atau lebih dikenali tiga gigi (dua atas dan satu bawah).
Satu lagi spesies yang dikatakan dari keluarga gelama yang biasa diternak melalui sangkar ialah senangin Taiwan (red drum).
Namun spesies ini dikatakan diimpot dari luar sebelum ada yang terlepas dari sangkar dan membiak di kawasan perairan negara kita terutama sekitar Selangor dan Singapura.
Ikan ini dikatakan adalah jenis hidupan marin tapi kebanyakan boleh ditemui di kawasan muara sungai. Hampir keseluruhan spesies gelama tertumpu kepada kawasan dasar berpasir, lumpur, berselut di bahagian dasar untuk mencari makanan.
Ia mudah diperolehi di kawasan muara dan jarang berada di kawasan batu karang. Gelama juga mudah diperoleh di sekitar tiang-tiang jeti, jambatan dan kelong.
Kemampuan sesetengah gelama menyesuaikan diri di air payau dan boleh memburu mangsa di air yang agak keruh.
Ini menunjukkan gelama tidak begitu memilih keadaan air kerana keadaan muara di negara kita yang sentiasa berubah kejernihan air. Gelama boleh dijumpai samada di air dalam mahupun cetek.
Gelama yang paling besar dalam keluarganya dikenali sebagai ibu gelama yang boleh mencecah hingga 120cm.
Ibu gelama banyak terdapat di Laut China Selatan terutama di Serawak dan gemar kepada kawasan dasar berlumpur / pasir yang mempunyai kedalaman air sekitar 60 meter. Ikan ini biasanya dikeringkan di kebanyakan tempat di Sabah untuk pasaran.
Gelama secara keseluruhan adalah spesies yang berkelompok dan bergerak secara berkumpulan yang banyak terutama spesies yang kecil saiznya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...