Selaku ikan dalam keluarga flathead, ikan baji memiliki kepala yang leper mendatar. Mulut di bahagian bawah panjang sedikit dari rahang atas dan terdapat sekelompok gigi tajam
yang meruncing ke dalam. Bentuk gigi sebegini bertujuan untuk mengelakkan mangsa terlepas apabila dicengkam.
Matanya kecil terletak di bahagian atas kepala yang lebar dari badannya sendiri. Bentuk badannya menirus ke belakang dan agak lebar saiznya.
Berwarna coklat dan berbelang hitam di badan dan boleh menyamai warna lumpur yang menjadi habitatnya.
Selain itu ia juga untuk tujuan penyamaran ketika menanamkan sebahagian badan pada lumpur dasar.
Ekornya berjalur hitam putih dan separuh bulat. Bahagian bawah perut keseluruhannya cerah.
Pada asasnya ikan baji tidak menggigit atau memiliki sirip berduri yang berbisa. Tetapi perlu diawas pada dua baji (duri tajam) di kiri dan kanan berdekatan bahagian kepala.
Elakkan memegang bahagian kepala ikan ini dengan tangan kerana duri yang terselindung di bahagian kepala ini boleh melukakan tangan anda dengan mudah dan setajam pisau.
Gunakan playar atau alatan yang sesuai untuk mengeluarkan mata kail dari mulutnya.
IKLAN
Ikan baji boleh menjangkau panjang sehingga 1 meter kaki tetapi spesimen sebegini jarang ditemui di pengairan negara kita.
Setakat tiada kajian dilakukan untuk memastikan secara saintifik kenapa ikan baji yang terdapat di negara kita jauh lebih kecil berbanding di Australia.
Spesimen yang biasa diperolehi di perairan tempatan sekitar 20 cm hingga 30 cm sahaja.
Habitat & Tabiat
IKLAN
Taburan ikan baji agak meluas dari India hingga Australia, terutama Queensland dan Selatan Jepun hingga di perairan negara kita.
Ikan berkepala leper mendatar ini mudah ditemui di kawasan perairan cetek yang mempunyai dasar berlumpur dan berselut.
Kadang kala ia turut mendiami kawasan pantai berpasir tetapi spesies yang suka membenamkan diri ini lebih tertumpu di kawasan pasir halus serta lembut.
Paling banyak ia dipancing ialah di sekitar kawasan berlumpur di persisran pantai Barat semenanjung terutama berdekatan dengan Jambatan Pulau Indah, Sekitar pelabuhan Kelang dan persisiran pantai Segari, Perak.
Taksonomi
IKLAN
Kingdom : Animalia
Phylum : Chordata
Class : Actinopterygii
Order : Scorpaeniformes
Family : Platycephalidae
Genus : Platycephalus
Species : P. indicus
Binomial name : Platycephalus indicus
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tentu sekali korang akan berasa pelik melihat foto ikan tapah yang wujud di Sungai Labuk dalam daerah Beluran, Sabah ini. Corak badannya ternyata amat berbeza dengan tapah yang terdapat di Semenanjung atau Sarawak yang ada jalur kekuningan, tetapi corak badan ikan tawi ini bertompok-tompok (blotches) macam peta dunia. Ada juga sifat-sifat lain yang membezakannya seperti pada bahagian mulutnya.
Apabila dirujuk dalam buku The Freshwater Fishes Of North Borneo (antara satu-satunya buku lengkap tentang ikan air tawar di utara Borneo yang diterbitkan pada tahun 1962 oleh Robert F. Inger dan Chin Pui Kong) spesies ini bernama saintifik Wallago maculatus nyata amat berlainan dengan tapah biasa atau Wallago attu.
Tambah menarik lagi apabila spesies ini disahkan oleh laman sesawang FishBase, hanya wujud di Sabah (Borneo utara). Bermakna ia tidak dijumpai di mana-mana tempat di Asia.
Tidak seperti tapah biasa yang populasinya bertaburan di merata sungai di India, Pakistan, Afghanistan, sehingga ke Vietnam dan Indonesia.
Khabarnya ikan tawi atau Wallago maculatus yang hidup di Lembangan Sungai Kinabatangan di Sandakan adalah lebih tinggi populasinya dan padu saiznya.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Biasanya dapat dilihat memanjang hingga ke bahagian ekor. Garisan lateral ini berfungsi sebagai organ rasa untuk mengesan pergerakan dan getaran di dalam air.
Kadangkala garisan lateral ini merupakan electroceptors di mana ianya berfungsi mengesan rangsangan elektrik.
Sesetengah spesies seperti jerung juga menggunakan organ lateral ini untuk mengesan medan magnetik.
Sirip dorsal (dorsal fin)
Terletak bahagian atas ikan. Sesetengah ikan mempunyai hingga 3 sirip dorsal. Sirip dorsal melindungi ikan dari pemangsa dan membantu ikan untuk membelok dan berhenti secara mengejut.
Sesetengah ikan menggunakan sirip dorsal dengan lebih berbeza. Anglerfish menggunakan sirip dorsalnya yang bercahaya untuk ‘memancing’ ikan lain.
Terdapat juga sesetengah ikan yang mampu mengeluarkan racun melalui sirip dorsalnya. Bagi spesies belut pula, fungsi sirip dorsal diambil alih oleh sirip anal.
Sirip adipos (adipose fin)
Merupakan sirip yang lembut dan berdaging di antara sirip dorsal dan kaudal. Terdapat pada sesetengah ikan sahaja seperti salmonidae, charasins dan catfishes.
Fungsi sebenar sirip adipos ini masih menjadi misteri. Terdapat pengkaji menyatakan ianya mengesan bunyi dan perubahan tekanan.
Pengkaji di Kanada juga menyatakan ianya berfungsi seperti sensor namun masih tiada bukti yang jelas.
Kaudal pedunkel (caudal peduncle)
Merupakan bahagian antara badan dan ekor. Boleh dikatakan sebagai bahagian kecil yang menyambungkan bahagian badan dan ekor ikan.
Sirip pektoral (pectoral fin)
Sepasang sirip pektoral terletak pada setiap sisi ikan berhampiran operkulum. Ia membantu ikan untuk mengekalkan kedudukan ikan pada satu-satu kedalaman.
Ikan daripada famili Clariidae seperti keli menggunakan sirip pektoral untuk berjalan di darat.
Sirip pelvik (pelvic fin)
Terletak pada bahagian bawah abdomen dan berpasang. Sirip pelvik ini membantu ikan untuk berenang ke atas dan ke bawah, membelok dengan tepat dan berhenti dengan cepat.
Dalam famili Gobiidae, sirip pelvik biasanya bercantum menjadi satu sirip menyedut yang berfungsi untuk berpegang pada sesuatu substrat seperti batu dan sebagainya.
Sirip anal (anal fin)
Terletak permukaan bawah ventral atau perut ikan dan di belakang anus. Sirip anal berfungsi untuk kestabilan ketika ikan berenang.
Sirip kaudal (caudal fin)
Sirip kaudal merupakan bahagian ekor ikan. Ianya penting untuk henjutan ketika berenang.
Sirip kaudal juga mempunyai pelbagai bentuk mengikut spesies ikan tertentu dan boleh juga dikelaskan untuk mengklasifikasikan spesies ikan.
Photophores
Merupakan organ pemancar seakan bintik bercahaya yang biasanya terdapat pada ikan perairan marin. Kita melihat badan ikan yang berkilat adalah disebabkan oleh photophores.
Karakter pencahayaan ini penting bagi mengenal pasti jenis ikan terutama ikan di lautan pada paras kedalaman benthic.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan ceramin-ceramin (Sabah) atau ebek bukanlah satu nama spesies ikan yang janggal bagi pemancing di Malaysia.
Tergolong dalam kalangan keluarga Carangidae, ikan ebek atau nama sebenarnya, Alectis indica merupakan ikan jack yang mampu membesar sehingga saiz yang cukup besar, atau lebih sinonim dengan terma kaki pancing iaitu saiz mega.
Ikan ebek merupakan sejenis spesies ikan marin yang mudah ditemui di perairan tropika seperti Lautan Pasifik yang melangkaui Afrika Timur ke India, Asia, Indonesia, Australia dan juga Malaysia.
Di Malaysia, akses lokasi atau lubuk untuk memancing ebek tidaklah sesukar mana, bermula dari kawasan muara hingga ke lautan lepas.
Mungkin disebabkan itu, ebek atau nama lainnya, diamond trevally menjadi antara spesies yang sering menjadi buruan pemancing di Malaysia.
Malah kekuatan pertarungan di hujung kail juga cukup untuk memberikan kepuasan pancingan kerana ebek cukup agresif sebaik sahaja kail tercangkuk kemas di mulutnya.
Walaupun mampu membesar sehingga keberatan 25kg dan panjang sehingga 1.6 meter, kebiasaan spesies ebek yang dipancing di perairan Malaysia bersaiz lebih kecil.
Ebek yang berat sekitar 6-7 kg sudah dianggap saiz yang besar jika dinaikkan menggunakan joran dan kekili.
Sinonim
Ebek atau diamond trevally merupakan salah satu daripada tiga spesies ikan jack daripada genus Alectis di mana kumpulan ikan ini datang daripada 33 genera dalam keluarga Carangidae.
Carangidae pula merupakan ikan jenis perciformes dalam suborder yang digelar Percoidae.
Spesies ini asalnya diterangkan secara saintifik oleh pengkaji naturalis Jerman iaitu Eduard Rüppell pada tahun 1830 di bawah nama binomial Scyris indicus, hasil spesimen yang dikumpul dari Laut Merah.
Selepas penamaan Ruppell itu, beberapa orang pengkaji lain tanpa disedari telah menerangkan semula spesies ini, dengan nama-nama seperti Hynnis insanus
(Valenciennes, 1862), Caranx gallus (Klunzinger, 1879) dan Hynnis momsa (Herre, 1927), yang merujuk kepada spesies yang sama.
Selang beberapa tahun, pengelasan asal Ruppell juga telah disemak semula; di mana asalnya spesies ini diletakkan dalam genera Seriolichthys, dan akhirnya diletakkan dalam genus Alectis oleh James Douglas Ogilby pada tahun 1913.
Lantas, nama spesies ini telah ditetapkan sebagai Alectis indicus dalam cetakan sains. Bagaimanapun genus Alectis adalah genus feminin, dengan itu indica merupakan ejaan spesies yang betul.
Taburan Spesies Dan Habitat
Secara saintifiknya, taburan spesies ebek tertumpu di kawasan tropika seperti Lautan Hindi dan Barat Lautan Pasifik merangkumi Madagascar, Afrika Timur, Laut Merah hingga ke India, China, Asia Tenggara, utara Jepun hingga ke selatan Indonesia serta utara Australia.
Selalunya, ikan ebek akan menghuni kawasan perairan berbatu karang yang mempunyai kedalaman sekitar 20meter hingga 100meter sebagai habitatnya.
Begitu pun, ebek juvenil lebih bersifat pelagik dan sering berlegar mengikut arus laut. Kadangkala ebek juvenil mengikut arus laut sehingga ke kawasan muara.
Morfologi
Dari segi morfologi luaran ikan ebek, spesies ini mempunyai bentuk kebiasaan pada spesies ikan jack. Badan ikan ebek mempunyai bentuk yang bersudut yang agak menonjol selain daripada badan nipis mampat yang kuat.
Pengenalan utama bagi spesies ebek boleh diperhatikan pada bahagian kepalanya yang mempunyai bentuk sedikit cekung berhampiran matanya yang membezakannya antara saudara terdekat dalam genus Alectis.
Dengan sedikit imaginasi, pemancing dapat melihat bentuk bersudut ikan ini seakan-akan sebutir berlian apatah lagi ditambah dengan warna perak berkilat pada badannya yang memukau apabila disimbah cahaya matahari.
Sirip dorsal ikan ebek menunjukkan bentuk yang melengkung ke belakang dan bentuk sudut yang jelas bentuk badannya dapat dilihat pada unjuran antara sirip dorsal lembut dan sirip anal lembut yang menggariskan bentuk badannya ke bahagian ekor.
Bagi sirip pektoral pula, spesies ebek mempunyai sirip pektoral yang panjang dan melengkung sehingga ke garisan lengkung lateral.
Badannya kelihatan seolah-olah tidak bersisik, namun jika diperhatikan lebih dekat, dapat diperhatikan kehadiran sisik-sisik kecil dan halus yang tertanam pada badannya.
Garisan lateral pada badannya jelas menonjol dan melengkung pada bahagian anterior dan kehadiran sisik kasar scutes antara 6-11 scutes juga kelihatan pada bahagian kaudal pedunkel.
Bagi ebek juvenil, sirip anal dan dorsalnya seakan filamen yang lebih panjang berbanding ebek dewasa.
Bagi ebek dewasa, warna badannya ialah perak terang dan menyilaukan hingga ke warna perak biru kehijauan, sering kali warna bahagian kepala lebih gelap dan beransur perak apabila semakin ke bawah.
Bahagian operculum atas ebek mempunyai tompok hitam kecil. Warna sirip berfilamen lembut ebek pula biasanya berwarna biru atau hitam.
Biologi Dan Diet
Asasnya, ikan ebek merupakan salah satu daripada pemangsa marin alam kitaran makanan lautan. Ebek sering menjadikan ikan kecil, sotong, obor-obor dan krustasia sebagai mangsanya seterusnya menjadikan senarai tersebut sebagai diet pemakanan utama.
Bagi kitaran persenyawaan pula, tidak banyak diketahui berkaitan ikan ebek. Namun pemerhatian sebuah kajian di Indonesia mendapati persenyawaan spesies Alectis indica
berlaku di kawasan beting yang berkedalaman antara 35-45meter berhampiran kawasan berkepulauan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...